RUTIN HARIAN, Della masuk ke sebuah kafe yang berada tidak jauh jaraknya daripada syarikat. Sekadar lapan minit berjalan kaki. Dia perlukan kopi untuk menyegarkan mata. Lurus dia menuju ke kaunter.
"Aku dah sampai dekat kafe. Kau nak apa?" Della bertanya kepada Hera menerusi panggilan telefon. Dilihat menu yang tersedia di situ.
Dia singgah ke kafe itu seorang diri. Hera terpaksa tinggal di ofis memandangkan dia terlibat dalam mesyuarat yang bakal bermula satu jam lagi. Kelam-kabut nak sediakan pembentangan. Direktor pula orang yang memang seminit awal sampai di bilik mesyuarat.
Mana tak gelabahnya.
"Americano double shots. Nanti kau letak je atas meja aku. Lepas meeting, aku minum. Aku tak nak kau pecut berlari dari sana pula sebab nak bagi dekat aku sebelum meeting mula."
"Okay, kau confirm tak nak order apa-apa lagi?" Dalam pada itu, Della masih berfikir-fikir ingin memesan kopi apa untuk dirinya.
"Tak naklah. Lunch nanti aku makan sama-sama dengan kau. Eh, aku sibuk ni. Kau pula ganggu. Aku nak revise pembentangan aku. Penting ni. Lepaklah dekat sana kalau nak. Bye!" Panggilan telefon ditamatkan.
"This one with double shots and flat white coffee." Jari telunjuk dihalakan pada nama americano dan flat white coffee di menu itu oleh Della kepada pekerja kafe yang menjaga kaunter tersebut.
Dompet yang dipegang kemas, dibuka zipnya. Hendak membuat bayaran. Sepintas pandangan mata Della mengerling pada susunan donut yang terpamer di sebelah kaunter. Tergugat seleranya. Della menggumam kecil. Nak beli atau tidak? Kalau tak beli, kempunan.
"Excuse me, saya nak do..." Belum sempat Della menyudahkan kata, ada suara yang mencelah dari arah belakang.
"Two sugar raised donuts and another americano but cold. Sekali bayar."
Mata Della membundar sempurna. Dia terkebil-kebil melihat kad hitam yang dihulurkan oleh seseorang yang kini berdiri di tepinya. Siapa pula ni? Wajahnya diangkat. Langsung terkaku Della di situ.
"Hi, girlfriend. Fancy meeting you here." Reis tersengih kecil.
Sebesar-besar alam ini, di kafe yang sederhana kecil itu jugalah mereka bertembung. Perbualan semalam masih segar di ingatan Della. Perbualan itu bukanlah mainan mimpinya. Reis memang bersetuju ingin berpura-pura menjadi teman lelakinya.
"Macam mana encik boleh ada dekat sini?"
"Same reason like yours. Nak beli coffee sebelum latihan aku mula pukul sebelas nanti. Kebetulan aku lalu kawasan sini, nampak kafe ni baru buka. Tak sangka terjumpa kau," ujar Reis.
Kad hitamnya digenggam. Reis ternampak kelibat Della di kafe itu sebaik dia keluar dari kedai dobi yang kebetulan terletak di sebelah. Dia main sumbat saja beg bajunya ke dalam kereta sebelum menuju ke kafe itu.
Seminit Reis memerhati gerak-geri Della yang melakukan pesanan. Tatkala dia menangkap lirikan mata Della pada donut tadi, dia terus munculkan diri dan menghulurkan kadnya. Tidak memberi peluang kepada Della untuk menggunakan duitnya sendiri.
"Aku bayarkan, okay? Aku nak belanja kau." Reis mengujar.
Della menggumam setuju. Hendak protes, memang Reis tak dengar cakap pun.
"Encik ada latihan tapi minum americano. Perut encik tak sakit ke masa latihan nanti lepas minum americano?" Terbit tanda tanya di dalam ruang fikiran Della.
"Tak, belum ada berita lagi seorang pemain bola tampar sakit perut masa latihan sebab minum americano. Kalau ada, mungkin akulah orangnya," jawab Reis berseloroh. Mengundang jelingan Della.
YOU ARE READING
THE LOVE SETS
RomanceSTAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Ke...