CHAPTER 13

3.8K 293 9
                                    

BARU SETAPAK Reis melangkah ke dalam dressing room yang menempatkan para pemain untuk menyalin pakaian dan berkumpul, belakang kepalanya dipukul dengan segulung tuala. Dia meringis.

"Apa ni, coach."

"Baju mana baju? Tadi cakap nak ambil phone. Ni datang balik baju dah tak ada. Peminat serbu kau ke sampai baju hilang?" Bertalu-talu soalan datang daripada Jurulatih Shaq yang bercekak pinggang.

Tadi elok saja Reis keluar berpakaian jersi milik kelab mereka. Tapi sekarang hanya baju tak berlengan yang tersarung di tubuhnya. Ahli-ahli yang lain sudah pun bergerak ke gelanggang. Reis hanya tunggu giliran. Dia akan munculkan diri selepas pengumuman dibuat.

"Hm." Reis tidak menjelaskan. Sekadar sengih tak bersalah.

"Dah, pakai baju. Kejap lagi turn kau nak masuk."

Tak membantah kata-kata Jurulatih Shaq, Reis mendekati sebuah bangku panjang di bilik persalinan itu. Dia melabuhkan duduk. Sehelai baju jersi yang terlipat kemas di dalam kotak dia capai.

Buat beberapa saat, Reis termangu. Melayan segala perasaan yang bertandang di dalam hati. Teruja serta gementar. Semangatnya tak pernah pudar sejak kali pertama dia bergelar pemain bola tampar.

Dua bulan dia telah berlatih sehingga tubuhnya kehilangan seluruh tenaga setiap kali pulang ke rumah. Dua bulan juga dia bertungkus lumus agar performance nya pada hari ini tak akan mengecewakan para peminat yang sanggup datang menyokongnya. Jauh atau dekat.

Tiada apa yang Reis ingin tunjukkan selain melakukan yang terbaik.

"Orang suruh pakai baju, dia mengelamun. Ada lima minit lagi, Reis."

Tersentak Reis akibat teguran Jurulatih Shaq. Aduh, orang nak acah melankolik pun terbantut. Reis segera menyarungkan baju jersi ke tubuhnya. Lengan diregangkan sebelum dia menegakkan badan.

"Today is a home game for you, Reis. Kalah atau menang, kita letak tepi. Itu adat permainan. Yang penting hari ni kemunculan rasmi kau sebagai pemain kelab kita. Do your best and have fun," ujar Jurulatih Shaq seraya menepuk bahu Reis. Itu nasihat yang sering dia pakai.

"Thanks, coach. I'll do my best."

Reis mengusap belakang lehernya dan meregangkan urat-urat yang berselirat. Air muka berubah serius. Kalah atau menang bukanlah perkara yang boleh dielakkan. Dan kalah tak bererti sebuah pasukan itu lemah. Itu sebuah pengalaman yang bakal menjadi dorongan.

Namun hari ini, Reis akan buktikan segala usahanya berbaloi.

DELLA KEMBALI ke ruangan kerusi sejurus menyelesaikan hajat di tandas. Dia mengisi tempat duduk yang kosong di tepi Hera. Tas tangan miliknya yang dipegang oleh Hera, dia ambil semula.

Helaan nafas dihembus lega.

"Sorry, lambat. Aku tersesat tadi," tegur Della separa kecil supaya tidak menarik perhatian sesiapa. Bergema sorakan menyelubungi dewan. Mana tidaknya, pemain-pemain dari kelab Selangor Lion sedang memanaskan badan di tengah gelanggang.

"Kenapa tak call aku tadi? Boleh aku keluar lepas tu pergi cari kau."

"Nanti orang lain ambil tempat duduk kita kalau kau keluar. It's fine, Hera. Ada orang dah tolong aku tunjuk arah ke tandas tadi." Baju jersi berwarna merah yang berada di atas riba, Della lipat kemas.

"Siapa?" Hera menoleh ingin tahu.

Semerta dia ternganga kecil. Dia menekup mulut. Terkejut yang teramat apabila dia perasan Della sudah berganti baju. Dan lagi memeranjatkan, baju yang Della pakai ialah jersi keluaran baru.

THE LOVE SETSWhere stories live. Discover now