CHAPTER 31

4.7K 319 34
                                    

PANAS MENUNGGU Reis habis berlatih, Della duduk di dalam kereta. Kereta milik Reis memandangkan dia datang ke dewan itu dengan menaiki Grab. Dibiarkan keretanya di syarikat disebabkan keputusannya yang dibuat secara melulu.

Tubuh Della bersandar selesa pada kerusi bahagian penumpang. Penghawa dingin sudah dipasang. Menyejukkan peluh. Rambut dikalihkan ke belakang bahu. Della memejam mata. Menikmati kedinginan yang menggantikan kepanasan ketika di dewan tadi.

Kebosanan menunggu Reis, Della menapak keluar dari kereta. Dia menukar tempat duduk ke tempat bahagian pemandu. Jarak stereng daripada kerusi terasa berbeza. Tenggelam tubuh Della ke belakang.

"Lama lagi ke latihan dia," monolog Della sendirian.

Usai mendapat kebenaran daripada Iskan untuk menamatkan latihan awal, Reis berlari-lari anak keluar daripada dewan bola tampar tanpa membazirkan masa walau seminit. Jika diberi pilihan untuk memilih bola tampar atau Della, jawapan Reis cuma satu.

Della lebih penting.

Baru sejam lebih mereka berenggang, Reis sudah rindu!

Reis memberhentikan hayunan langkah kakinya apabila dia sampai di kereta. Matanya difokuskan. Terus melebar senyumannya tatkala terpandang sosok Della di tempat duduk pemandu. Amboi, dia buat kereta tu macam kereta dia!

Reis mengetuk tingkap kereta. Terhinggut bahu Della. Tak disergah pun dah terkejut. Della memalingkan wajah. Lah, macam mana dia boleh tak perasan yang Reis sedang berdiri di tepi kereta? Salahkan tingkap kereta yang bertinted gelap itu.

Pemegang pintu kereta hendak ditarik. Pergerakan Della tergendala saat Reis membuat isyarat tangan untuk menurunkan tingkap kereta.

Tak jadi Della hendak keluar dari kereta. Tingkap kereta diturunkan. Kening diangkat bertanya kenapa. Reis berdehem sekali. Jari-jemari dikepal seolah membentukkan mikrofon. Dihalakan ke mulut Della.

"Miss, what do you do for living?" Sengih Reis.

Sejenak Della mengerutkan dahi sebelum mentol lampu di kepalanya berdenting. Dia pernah nampak video di mana lelaki atau perempuan yang mempunyai kereta berjenama mewah diberi interviu seperti ini.

Dan setahu Della, kereta Reis ini nilainya mencecah sejuta lebih.

"Sorry, not interested. Find someone else." Jual mahal!

Della berpura-pura angkuh. Reis berdecak suka. Wah, Della sudah pandai melayan perangai dia. Inikah yang orang cakap kuasa cinta mampu mengubah seseorang?

"But I am more interested. Miss cantik ada boyfriend ke? Nak kenal-kenalan, boleh?" Reis merendahkan tubuhnya. Lengannya ditopang pada bahagian tingkap. Lirikan matanya begitu nakal dan mengusik.

"Tak boleh, saya dah ada boyfriend. Jadi tolong jangan ganggu saya. Kalau tak, saya saman awak." Della membalas. Wajah dibuat serius.

"Samanlah. Saman hati saya juga," ujar Reis dengan nada yang kekal kedengaran nakal. "Terus cop nama miss dekat hati saya sekali. Saya nak miss seorang je yang pegang hati saya."

Ah, jantung Della mahu meletup! Sangat selamba Reis mengulaskan itu kepadanya. Dengan hubungan mereka yang mulai bertukar serius, tak malulah Reis menyakatnya begini. Della tak tahu reaksi apa yang patut dipamerkan olehnya. Malu ada, segan ada. Suka pun turut ada.

Semuanya bercampur. Disebabkan Reis.

Della tidak mahu Reis berubah. Dia suka Reis versi ini. Reis yang tak serik dengannya. Reis yang serba-serbi lengkap dan senantiasa cuba memesona hatinya walau pernah ditentang jauh-jauh darinya.

THE LOVE SETSWhere stories live. Discover now