CHAPTER 16

3.9K 238 11
                                    

ANDAI SAJA mencekik orang tidak salah di sisi undang-undang, sudah lama tangan Della menjerut leher dua orang manusia yang kelihatan terpaling bahagia sedang mencuba pakaian pengantin di butik itu. Sungguh menyakitkan mata dan menyebalkan hati dia.

Kalau bukan kerana Puan Brenda, Della tak akan berada di sini. Dia ingat selepas makan tengah hari di sebuah restoran tadi, mereka akan terus pulang ke rumah. Tiba-tiba Puan Brenda mengajaknya ke butik baju pengantin tanpa memberitahu asbab kenapa.

"Aunty, thank you sebab sudi datang. Tessa betul-betul berterima kasih dekat aunty. Tessa tak pandai sangat pilih baju pengantin."

"Tak apa, aunty faham. Lagipun ni kali terakhir aunty dapat tolong Tessa. Lepas ni, Tessa ialah tanggungjawab Evan. Dia yang akan bantu kamu sebagai suami." Puan Brenda mengukir senyuman.

Tessa tersipu malu.

Perbualan itu menuang minyak ke atas api kemarahan Della yang membara. Salah satu sifat yang paling dia tak suka tentang ibunya ialah Puan Brenda mudah mengasihani sesiapa. Sikap baiknya itu merupakan titik kelemahan yang senang diraih oleh orang lain.

Della pekakkan telinga daripada terus mendengar perbualan di antara Puan Brenda dan sepupunya yang jahil itu. Bagai hendak bernanah  telinganya mendengar suara Tessa yang bernada manja. Tak malu! Cermin mata hitam miliknya, Della sangkut pada batang hidung.

Dia bermain dengan telefonnya agar tidak bosan menunggu Puan Brenda. Cepatlah selesai, dia benci dengan Evan yang sedari tadi mencuri pandang ke arahnya. Dengan bakal isteri pun tak pandai jaga mata.

"Hi, lil sister." Teguran Darren yang muncul entah dari mana menyebabkan bahu Della terenjut dek kaget. Ruang sofa yang kosong ditepinya tenggelam apabila Darren duduk di situ.

"Kau dari mana?" Atas bawah, Della menilik abangnya.

Bau ubat bercampur minyak wangi.

"Hospital. Habis operation tadi, aku datang sini lepas baca mesej yang mama send dekat aku. Mama minta aku datang dan temankan kau sementara mama tolong perempuan tu. Kau okay?"

Della mengemam bibir. Dia faham Puan Brenda risaukan dia kerana perlu berhadapan dengan bekas teman lelaki yang selingkuh bersama sepupu sendiri tapi dia baik-baik saja. Tak perlulah minta Darren ke sini.

Della tidak memendam rasa lagi.

Perasaan sayang yang ditujukan kepada Evan selama empat tahun itu semakin hari, semakin memudar. Sedikit demi sedikit. Tiba masanya nanti, perasaan itu bakal terhapus sepenuhnya dan Evan tidak akan lagi menjadi pemilik hati Della.

"Aku okay. Belum gila nak tampar muka orang dekat public."

"Siapa kau nak tampar?" Darren menjungkit kening.

"Tu, pasangan terpaling bahagia."

"Kalau kau nak tampar muka Evan tu, bagitau aku. Biar aku tampar sampai dia tercampak dalam kubur." Wajah Darren yang selalunya tenang kini beransur tegang. Rahangnya yang erat bergerak-gerak.

Dia tidak akan maafkan Evan sama sekali setelah menduakan hati Della. Dia punyalah susah nak gembirakan adiknya ketika masih kecil, lelaki itu sekelip mata saja menghilangkan senyuman Della.

"Kalau dalam movie horror, aku dah siat-siat dia lepas tu mayat dia aku bagi makan beruang," ujar Darren lagi. Jelas bahawa dia sangat membencikan Evan.

"Dahlah, malas aku nak peduli." Della membiarkan.

Telefon yang berada di dalam pegangan tangan bercahaya sebelum ianya malap kembali. Menandakan ada pesanan mesej masuk. Della menggesek bahagian notifikasi. Bibir mencemik melihat nama Reis.

THE LOVE SETSWhere stories live. Discover now