SETELAH BERFIKIR-FIKIR dan mempertimbangkan keputusan, Reis memutuskan untuk berehat dari karier bola tampar. Ianya bukan bermakna dia tidak akan kembali. Reis cuma mengundurkan diri atas sebab memfokuskan kesihatan dirinya. Seteguh-teguhnya dia, jikalau perlukan rehat bila sudah terlebih had, itulah yang harus diutamakan.
Reis hanya mampu memberikan semangat kepada pasukan kelabnya yang berjaya mara ke perlawanan akhir. Melalui siaran langsung, dia menonton perlawanan di antara kelab Selangor Lion dan ATM Wolf.
Lama Reis tidak melihat Iqhan bermain, masih hebat lelaki itu. Dan yang merangkul gelaran juara bagi perlawanan liga bola tampar kali ini ialah kelab ATM Wolf. Menang perbezaan tiga kiraan mata untuk set terakhir perlawanan.
Reis sekadar mengucapkan tahniah melalui akaun media sosialnya. Belum rezeki kelabnya untuk dapat membawa pulang gelaran juara.
Dan itu membuatkan semangatnya membuak-buak. Bila dia kembali nanti, dia akan tunjukkan versi dirinya yang lebih baik. Lebih kukuh. Namun buat masa sekarang, Reis rehatkan fizikal dan mindanya. Dia masih punya masa yang panjang dan banyak untuk bahunya sembuh.
Tubuh yang tegap itu mengenakan baju kemeja berwarna biru cair yang berlengan pendek. Disempurnakan dengan seluar slack putih.
Sesekali tawanya terlepas dari bibir. Terhibur dengan adegan yang terbentang di depan mata. Suasana di halaman rumah agam heboh.
"Bubu! Abang Zade curi sausage Lanna!" Suara Alanna bergema.
"Zade, perangai macam budak-budak," marah Puan Zara. "Kalau bubu campak PS5 kamu dekat rumah tu, baru nak dengar cakap!"
"Sorry lah, bubu." Zade memang sentiasa kalah dengan Puan Zara.
"Nah, Lanna. Uncle ambilkan yang baru." Reis memberikan sosej yang baharu ke dalam tangan kecil Alanna. Dipastikan tidak panas.
Reis dan Della dijemput ke rumah agam atas tujuan meraikan hari kelahiran Alanna yang ke sepuluh. Ada sebuah kanopi putih sudah dipasang di halaman, menghadap anjung rumah agam di belakang.
Makanan sudah ditempah menggunakan khidmat catering. Sekadar panggang-memanggang saja yang keluarga mereka lakukan sendiri. Perah tenaga kaum lelaki yang ada kecuali Reis, dia tukang melihat memandangkan tangan kanannya perlu dikurangkan pergerakannya.
"Reis, nak saya ambilkan makanan? Aunty Zara cakap kita dah boleh ambil makanan kalau nak." Della datang menghampiri Reis. Pinggan plastik di tangannya belum diambil nasi atau mana-mana lauk-pauk.
"Aunty Ella! Uncle Reis bagi sausage dekat Lanna." Lain orang yang ditanya, lain yang menjawab.
"Sedap ke?" Berbasa-basi Della melayan Alanna.
"Sedap!"
Atas bawah, kepala Alanna mengangguk dengan riak wajah yang girang. Sedap kerana yang mengganti sosej yang dicuri tadi ialah Reis. Nak harapkan Zade, tunggu dia menangis baru nak gelabah.
"Reis? Nak makan?" Sekali lagi, Della menyoal. Rambut Reis yang tersebak ke belakang namun beberapa helaian yang terjuntai di dahi diraupnya.
Berborak dengan saudara-mara sampai tidak ingat isteri! Reis yang sedang menadah telinga dalam perbualan itu langsung menukarkan perhatiannya kepada Della. Segaris senyuman yang kacak dikoyak.
"Kejap lagi, sayang. Nak bagi turn yang lain ambil makanan dulu."
"Tapi saya dah ambilkan pinggan," ujar Della. "Tak nak, tak apalah."
"Adoi, sayang. Kalau nak makan dulu, makanlah." Reis berdiri dari duduk. Memberikan ruang untuk Della mengambil tempat duduk di kerusi yang dia gunakan itu.
YOU ARE READING
THE LOVE SETS
RomanceSTAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Ke...