SEJAK KEBELAKANGAN ini, Reis boleh dikatakan agak sibuk dengan latihan bola tampar. Banyak yang harus dia perbaikan serta usahakan sebelum musim perlawanan liga kebangsaan bola tampar bermula.
Dan sedar tidak sedar, ikatan perkahwinannya bersama Della kini menginjak sebulan. Tiga puluh hari berlalu terbang. Tidak sangka.
Sebulan menetap di rumah yang sama. Sebulan menyesuaikan diri dengan kehadiran satu sama lain. Sebulan berkongsi hidup dengan ditemani suara dan gelak tawa. Jari manis yang dahulunya kosong, tersarung dengan cincin yang melambangkan perkahwinan mereka.
Hari minggu. Sepatutnya hari untuk Reis meluangkan masa bersama Della dan merehatkan tubuhnya yang telah digunapakai namun tiada masa yang Reis mahu sia-siakan. Kelabnya tetap meneruskan latihan pada hari begini.
Sehelai baju untuk ditukar sehabis latihan nanti, Reis masukkan ke dalam beg sandangnya. Zip ditarik setelah itu. Langkahnya dibawa keluar dari bilik tidur.
"Sayang, dah tolong isikan air dalam botol aku?"
Hening suasana walau bunyi televisyen datang dari tingkat bawah.
"Sayang? Kejap lagi aku nak pergi training ni."
Reis menuruni anak tangga. Beg sandang digalas ke bahu. Kasut sukan dipegangnya pada sebelah tangan.
Sedari tadi, Della cuma berdiam diri setelah Reis memberitahunya yang dia perlu datang latihan sebentar lagi. Selepas membersihkan diri, kelibat Della tidak kelihatan di dalam bilik tidur mereka. Reis andaikan isterinya sudah turun ke bawah. Itu yang dia perasan tadi.
"Senyapnya sayang aku ni. Buat apa tu?" Reis mencuba lagi.
Jejak kaki ke ruangan dapur, Reis menarik sebuah kerusi. Kasut dan beg sandangnya diletakkan di situ. Terdetik rasa hairan tatkala Della berpura-pura tidak mendengar dia. Seingatnya, tidak ada perbalahan di antara mereka.
Setakat ini belum ada.
Kalau ada pun, Reis yang akan memberi kata maaf lebih dulu. Biar dia yang mengalah awal. Jadi kenapa angin Della tiba-tiba lain hari ini?
Seketika, tiada tanda-tanda Reis menegur Della. Segala tingkah laku Della menimbulkan tanda tanya di ruang fikiran. Reis tidak pasti apa kesalahan yang telah dia buat.
Bangun tidur tadi, memang dia yang kemaskan tempat tidur mereka.
Bagi Reis, tidak mengapa jika dia yang melakukan tugas itu. Biarlah adil memandangkan Della yang menyediakan sarapan mereka. Tidak jatuh pun kejantanan seorang lelaki dalam dirinya menolong isteri di rumah.
Jantina yang berlainan bukan penghalang untuk berbuat apa-apa.
Reis menggumam perlahan. Atau sebenarnya sekarang ialah waktu Della dalam fasa bendera merah? Pintar! Reis menuju ke peti sejuk. Diambilnya chocolate bar yang belum dibuka pembalutnya. Selalu, coklat lah yang digunakan untuk menyejukkan hati pasangan.
Dihampiri Della yang sedang memulas penutup botol air. Langsung tiada sepatah kata yang keluar darinya. Reis mendekatkan tubuhnya dengan Della sehingga bahu mereka saling bersentuhan.
Jarak yang terlalu rapat itu belum berjaya menarik perhatian Della.
"Sayang," panggil Reis. Lengan Della ditarik lembut.
"Apa?" Ton suara Della kedengaran malas melayan.
"Nah, chocolate. Bagitau aku kalau perut kau sakit." Telapak tangan Reis menggosok perut Della yang berlapik kain baju. Berharap yang Della tidak mengalami senggugut seperti mana yang dia fahami dari internet.
YOU ARE READING
THE LOVE SETS
RomanceSTAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Ke...