CHAPTER 10

4.3K 229 17
                                    

SEBATANG TUBUH itu duduk memeluk kedua-dua lutut sambil pandangan mata tunak memandang ke arah tasik buatan. Langit pada malam itu gelap gelita. Mencerminkan hatinya yang sedang berduka.

Apa dia bodoh kerana berasa sedih? Dia sepatutnya marah. Berteriak kerana dicurangi. Bukan melayan perasaan seperti orang yang putus harapan untuk hidup. Tidak. Della cuma rasa dikhianati oleh Evan.

Pelbagai janji manis lelaki itu taburkan sehingga Della menyimpan hasrat yang suatu hari kelak percintaan mereka akan berakhir dengan perkahwinan. Alih-alih, anak panah yang menusuk tangkai hatinya.

Hancur secepis harapan.

Sudah tiga hari berlalu setelah insiden itu. Nombor telefon Evan disekat dan kenalannya dihapuskan terus. Lantaklah. Della tak nak ambil tahu-menahu tentang Evan lagi. Nak sangat dengan Tessa kan.

Suasana di kawasan itu sunyi tanpa manusia. Larut dalam lamunan yang membawanya terbang jauh dari realiti, Della tiba-tiba bangkit berdiri. Setapak demi setapak dia menghampiri tebing tasik. Kaki mulai terbenam ke dalam bahagian air yang cetek.

Tika air mencecah paras betis, ada lengan kekar yang merangkul pinggangnya. Impak yang kuat menyebabkan tubuh Della terdorong ke belakang. Dia rebah ke atas rumput bersama gerangan asing yang hadir tanpa diduga. Semua berlaku terlalu pantas.

"Kau gila ke nak bunuh diri?! Dah tak sayang nyawa sendiri?!" Suara garau yang tak dikenali menjengah. Berbaur nada risau.

Wajah seraya diraup.

Reis jogging pada jam lewat malam begini kerana matanya belum mengantuk. Tubuhnya masih aktif. Tak sangka pula dari kejauhan dia ternampak satu susuk figura berjalan menonong ke arah tasik. Tiada perkara lain yang terlintas di dalam kotak fikirannya tadi.

Reis terus berlari dan sempat menghalang sebelum apa-apa terjadi.

"Saya bukan nak bunuh dirilah!" Della akhirnya menjawab setelah seminit dia membisu. Ingat dia gila nak cabut nyawa sendiri hanya disebabkan putus cinta? Akal fikirannya masih berfungsi waras.

"Then? Kau buat apa? Hei, tak ada orang jalan macam tu tadi selain nak bunuh diri. Kalau betul kau tak sayang nyawa sendiri, tolonglah fikir tentang perasaan ahli keluarga kau. Tak rasa kesian dekat ibu kau yang bersusah payah lahirkan kau tapi senang macam tu je kau nak campak nyawa sendiri? Please, your life is more precious."

Tak semena Della berdecit.

Bebelan percuma lelaki itu menaikkan darahnya. Ini fitnah yang mengarut! Tubuh diangkat dari atas rumput. Enggan lama-lama di situ. Della membatu apabila dada lelaki itu menyapa pandangan mata. Dia tak perasan tubuh lelaki itu separuh menindihnya.

"My eyes are up here."

Terhinjut bahu Della. Refleks, tangannya menolak tubuh Reis. Dia segera bangun. Langkahnya kaku seperti robot. Segenap wajah Della membahang panas. Tolong! Dia nak sental matanya sehingga bersih.

Hampir dia beredar, pergelangan tangannya disambar.

"We're not done talking yet." Suara Reis sedikit menekan.

Dengan rasa jengkel, Della berpaling tubuh lalu melangut wajah. Nafas hilang seketika sebaik pandangan mata mereka bertemu. Di sebalik sepasang mata yang hitam pekat itu terselit kelembutan yang penuh tersirat.

Kenapa... macam pernah jumpa?

Reis tidak mengutarakan sebarang bicara. Senyap. Bergerak-gerak bebola matanya mengamati wajah gadis itu. Liur ditelan. Situasi ini bagaikan deja vu. Lantas dia melepaskan pegangan di tangan Della.

THE LOVE SETSWhere stories live. Discover now