CHAPTER 4

4.3K 259 12
                                    

SEPASANG MATA hitam pekat itu memancar riak kosong. Seolah sinarnya pudar sejak ketiadaan Datuk Ichard. Tengah hari tadi, datuknya sudah selamat dikebumikan. Reis masuk ke dalam rumah agam. Beberapa saudara-mara dan sepupunya turut ada di situ.

Sut hitam tersarung elok di tubuh. Pemakaian sebagai tanda hormat kepada yang telah pergi. Rambut berselerak kusut. Juntaian rambut Reis yang selalunya disebak ke belakang jatuh mengucup dahi.

Fikiran melayang jauh.

"Reis..." Panggil seorang wanita.

Reis panggung wajah. Bibir cuba mengukir senyuman namun perit. Bagaimana dia ingin senyum dalam keadaan begini? Pemergian Datuk Ichard benar-benar buat dia rasa kehilangan. Pedih hatinya bertambah. Sekarang Reis tiada sesiapa untuk menagih kasih.

"Reis belum makan, kan? Sana. Pergi duduk dengan Zade. Aunty layankan tetamu. Reis jangan penatkan diri lagi. Reis ada training camp minggu depan. Sudahlah tu. Isi perut, lepas tu rehat."

"Thank you, aunty. Reis makan dulu," pamit Reis.

Dipeluk Puan Zara merangkap mak cik saudaranya serta anak kepada Datuk Ichard. Puan Zara menggosok belakang tubuh Reis. Mahu menyampaikan kekuatan kepada anak muda itu. Kasihan.

Ibunya sudah lama meninggal. Ayah kandungnya pula tak tahu ke mana. Lesap menghilang dan memang tiada khabar.

Puan Zara tahu hubungan Reis dan Datuk Ichard sangat rapat. Setelah ibu Reis meninggal dunia, Datuk Ichard ialah penjaga sah Reis sejak umurnya sepuluh tahun. Dibesarkan dengan tegas tapi Reis sekalipun tak memberontak. Sikap peramahnya juga kekal sehingga dewasa. Reis ialah seorang anak lelaki yang baik.

"Sama-sama, Reis. Dah pergi makan."

Pelukan dileraikan. Reis menghayun langkah ke ruangan makan. Ada sepupunya yang sedang menjamah makanan. Walau Reis tiada selera, dipaksa dirinya untuk isi perut. Kesihatan harus dijaga.

"Pinggan," pinta Reis kepada Zade.

Zade Archer ialah sepupu yang umur sebaya dengannya dan anak lelaki Puan Zara. Lelaki itu merupakan pemain bola sepak. Namanya hangat di media sosial baru-baru ini kerana Zade mengumumkan bahawa dia akan kembali bermain setelah setahun berehat.

Waktu zaman persekolahan dulu, Reis dan Zade sangat aktif dalam sukan. Tak pernah tertinggal nama mereka dalam pertandingan. Tapi setelah meningkat dewasa, masing-masing ada pilihan bidang yang berbeza. Hubungan mereka tetap akrab meskipun berlainan sukan.

Zade hulur pinggan kosong menggunakan tangan kiri. Reis yang memerhati tingkahnya berkerut dahi. Atas bawah dia lihat Zade. Adab mana adab? Tersedar, pinggan bertukar ke tangan kanan.

"Kau ada training camp minggu depan?"

"Hm." Reis mengiyakan. Ikutkan hati, mahu saja dia tarik diri. Dia masih terkesan dengan pemergian Datuk Ichard. Tak mudah bagi Reis untuk teruskan hidup dan berlagak semuanya baik-baik saja.

"Tak tahu pula mulut kau penuh dengan emas sekarang. Reis, aku tahu susah untuk kau terima Tuk dah tak ada. Bukan kau seorang je cucu dia. Aku pun cucu dia tapi hidup ni, kita kena teruskan."

"Entahlah. Aku rasa kosong."

Reis buang pandangan ke tepi. Anehnya air mata dia tak pernah gugur sejak dahulu. Mengapa air matanya tidak jatuh sama sekali sedangkan segenap sanubarinya terasa begitu sakit dan pedih?

Seperti enam belas tahun yang lalu ketika ibunya meninggal dunia.

Otak Reis masih polos. Dia menganggap ibunya hanya tidur dan bakal bangun dari lenanya kelak namun hampa. Bila ditanya pada Datuk Ichard di mana ibunya berada, Datuk Ichard tak menjawab.

THE LOVE SETSWhere stories live. Discover now