SILA YANG dipasang oleh Della dilerai. Dihayun langkahnya ke bilik persalinan dengan beberapa helaian baju yang terlipat kemas. Baju disusun sehelai demi sehelai ke dalam almari. Bila semuanya selesai dikemaskan, Della membawa dirinya keluar dari bilik tidur.
Turun dari atas, Della melewati ruangan dapur. Memperlahan aturan langkahnya apabila sistem penglihatannya diramahkan dengan susuk tubuh Reis yang tegap, berdiri membelakangi dia.
"Reis, saya boleh buatkan." Della mendekati Reis. Diturunkan wajah pada potongan buah epal yang Reis agihkan ke dalam mangkuk yang kosong dan bekas makanan.
Sedari tadi Della menangkap bunyi yang datang dari ruangan dapur. Ingatkan Reis sudah berangkat untuk latihan namun masih di rumah mereka rupanya. Setiap kali pukul sebelas, Reis akan bertolak untuk latihan bola tamparnya.
"Kau tak sihat, sayang. Pergilah duduk dulu. Setakat potong-potong buah ni, guna kaki pun aku boleh. Perut kau macam mana? Nak aku sediakan teh?" Beralih tumpuan Reis kepada Della. Air muka ketara merisaukan keadaan isterinya.
"Tak apa, dah kurang sikit rasa sakit. Malam tadi je teruk."
"Kalau sakit lagi, bagitau. Kita boleh pergi klinik kalau kau nak."
"Tak payahlah. Saya tak nak susahkan awak. Nanti awak lambat nak pergi latihan." Della menolak saranan Reis. Dilentokkan kepala pada bisep Reis.
Jam subuh tadi, Della terbangun disebabkan perutnya yang tiba-tiba sakit. Berulang-alik dia ke tandas ingin melegakan badannya hingga Reis yang tidak berhasil melelapkan mata terjaga dan memerhati dia dari katil.
Risau sudah pasti.
Sudahnya, Reis menyediakan air kosong dan lada hitam. Lada hitam boleh membantu dalam masalah pencernaan dan mengatasi sembelit.
Kebiasaan, Reis akan berbuat seperti itu bila tiada ubat yang sesuai.
Tidak Della memprotes apabila Reis menyuruhnya untuk kunyah dan telan meski pada mulanya, Della berwas-was. Dan nasib baik rasa sakit pada perut Della beransur reda disebabkan solusi Reis.
"Aku pernah cakap, kan? Kau takkan susahkan aku. Biar aku tolong kau. Kenapa tak nak bergantung dekat suami kau ni, sayang? Lemah ke kalau kau tak nak suarakan yang kau perlukan bantuan dari aku?"
"Mana ada saya kata macam tu." Memandai saja Reis ini!
Jari-jemari Della menarik hujung baju yang dipakai oleh Reis. Acap kali Reis memanjangkan topik perbualan mereka, dia rasa gementar.
"Then, kenapa asyik cakap yang kau tak nak susahkan aku? Sayang, aku takkan mengeluh. Aku tahu apa tanggungjawab aku dan macam mana nak handle. Yes, you can be independent tapi aku ada. Percaya yang aku akan ada bila kau panggil nama aku dan perlukan aku."
Kadangkala hati Reis geram dengan pemikiran Della. Bergantunglah pada dia. Mengadulah apa-apa yang dimahukan.
"Sebab saya tak nak susahkan awaklah. Nanti lama-lama awak yang rimas. Nanti orang cakap yang saya ni terlalu berharap dekat awak."
"Sayang," panggil Reis dengan nada serius. "Siapa bagitau tu dekat kau? Bagitau aku. Biar aku sekeh-sekeh kepala dia sebab menyibuk dalam hal rumah tangga kita."
"Tak ada siapa." Della mengemam bibir. Terlepas ayat yang bermain dalam fikiran.
"Jadi kenapa cakap yang aku akan rasa rimas dengan kau? Hm?"
Sudah Reis sematkan dalam fikiran. Perkahwinan ialah memberi dan menerima. Bila dia memerlukan sumber kekuatannya, Della yang dia cari terlebih dahulu. Hilang segala rasa yang membebankan diri. Bila Della pula yang memerlukannya, Reis yang akan datang kepadanya.
YOU ARE READING
THE LOVE SETS
RomanceSTAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Ke...