BOTOL MINYAK wangi dirapatkan ke bahagian leher. Disembur dua kali. Sesudah itu, Della meletakkannya ke atas meja solek. Dia berganjak ke arah cermin yang terletak di sudut bilik tidur. Pakaian yang tersarung elok pada tubuhnya dan merupakan pilihannya pada malam ini, Della tenung buat beberapa detik.
Tidak melebih dan tidak kurang. Della berpaling menuju ke birai katil. Tas tangannya diraih sebelum dia keluar dari bilik tidurnya. Telefon yang bercahaya menandakan ada pesanan mesej masuk.
Della bergerak ke muka pintu. Kasut tumit tinggi yang bertapak merah dipakai. Sebaik membuka pintu rumah, kelihatan sebuah kereta yang mewah parkir di luar kediaman rumahnya.
"Siapa pula ni?" Della mengomel kecil. Dia tidak mengecam kereta itu kepunyaan siapa. Reis telah menghantar pesanan mesej yang dia sedang menunggunya di luar seminit yang lalu.
Namun Della tidak menjumpai kelibat kereta Reis kecuali kereta asing yang berada di luar pagar itu. Mungkin Reis belum sampai. Ketika Della berura-ura ingin masuk ke dalam rumahnya semula, bunyi hon yang nyaring menjengah telinga. Terhinjut bahu Della.
Eh, eh! Sudahlah parkir depan rumah orang, main hon pula. Tidak beretika betul.
Della mengetap gigi dek geram. Dia berpusing. Della terus terkaku. Figura Reis yang menapak keluar dari kereta 'asing' menyapa mata. Langsung tidak terduga kereta yang berjenama Aston Martin DB12 itu merupakan kereta Reis selain BMW.
Nada deringan menyedarkan Della yang diburu tanda soal. Sebaris nama tertera di skrin telefon. Inikan Reis. Kenapa telefon sedangkan mereka berdekatan? Della melihat tepat ke arah Reis yang bersandar pada keretanya sambil memegang telefon di telinga.
"Encik Reis, kena..." Della mati bicara apabila Reis membawa jari telunjuk ke bibir. Menyuruhnya untuk diam. Kerutan di dahi Della kian berlapis-lapis.
Lirikan mata Reis memberi isyarat kepada telefon Della yang masih berdering. Minta dijawab. Della menggesek ikon hijau. Mengangkat panggilan telefon. Turuti sajalah perangai Reis yang buang tabiat ini.
"Hello, girlfriend." Suara Reis kedengaran.
"Saya dah cakap semalam. Jangan panggil saya macam tu." Della menghayun langkahnya ke pagar. Pagar rumahnya tertutup secara automatik sesudah dia keluar dari halaman.
"Okay, kau nak aku panggil kau macam mana? I'm trying to make our relationship seems real for your own benefit so tell me what should I call you." Mata Reis tidak lepas memandang Della yang berdiri tidak jauh daripadanya. Hanya perbezaan empat langkah.
Jari-jemari Della mencengkam telefon yang masih menyambungkan panggilan telefon mereka. Renungan dan kata-kata Reis menghantar perasaan yang menembak lurus ke hatinya. Mengapa renungan Reis membiaskan pandangan seseorang yang dilamun cinta?
Della diserang persoalan.
"I need an answer, Della." Reis menegakkan tubuh. Dia mendekati Della yang diam membisu. Jarak di antara mereka terhapus apabila Reis berdiri di hadapan Della.
Ekspresi Della berubah. Dia tidak mempersoalkan tindakan Reis yang mahu memastikan hubungan palsu mereka tidak terbongkar. Tapi aura Reis terasa lain daripada selalu ketika ini. Tidak keruan Della dibuatnya. Dia mempamerkan riak wajah yang kosong.
"Encik salah makan ubat ke hari ni sampai tanya benda macam ni? Panggil jelah guna nama saya. Apa yang susahnya?" Pantas Della mematikan panggilan telefon. Sudah bersemuka, masih bertelefon.
"Susahlah, aku nak panggil kau guna gelaran yang aku seorang je boleh guna," balas Reis. Pintu kereta di tempat duduk penumpang dibuka olehnya tanpa pintaan Della.
YOU ARE READING
THE LOVE SETS
RomanceSTAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Ke...