TANPA MEMATIKAN enjin, Della keluar dari kereta dengan rasa khuatir. Ada apa dengan Reis? Tergesa-gesa dia berlari ke arah pintu masuk dewan. Ditolaknya lebar dari luar. Terus saja pandangan mata Della terpasung pada sebatang tubuh yang dikerumuni oleh beberapa orang.
Jantung Della bagaikan ditusuk anak panah. Reis yang terduduk di atas lantai dalam keadaan melutut menghantar perasaan yang pedih ke dalam jiwanya.
Reis kelihatan begitu... lemah.
"Reis!" Lekas Della menyelitkan diri dan mendapatkan Reis. Wajah memancar bimbang. Kenapa dengan suaminya? Rambut disebakkan daripada mengucup dahi yang berkeringat dengan peluh.
"Reis? Awak dengar tak suara saya? Ni saya. Della, isteri awak."
Anak mata Reis yang hitam kepekatan naik pada suara yang menjadi peneman tidak kira di mana. Memerah kulit wajahnya dek kesukaran bernafas. Kuat bunyi denyutan jantungnya, kesampaian ke telinga.
Isterinya di sini.
Insan yang paling dia perlukan ada di sini. Di depan matanya.
Menggeletar tangan Reis cuba meraih Della. Della yang menyedari tindakan itu menyatukan tangannya dengan jari-jemari Reis. Sejuk! Apa yang telah berlaku? Reis belum pernah bertingkah sedemikian.
Dan berapa lama Reis dalam keadaan seperti ini?
"Sa... sayang..."
"Deep breath. Tarik nafas awak perlahan-lahan." Della merapatkan tubuhnya dengan tubuh Reis. Dilagakan dahi mereka. Deruan nafas Reis yang berat, menampar lembut dan kasar kulit wajahnya.
"Back off, everyone. Look away," arah Iskan bernada keras supaya memberi ruang kepada pasangan itu. Kerumunan tadi menjauhkan diri daripada berkumpul di situ.
"Kau rasa Reis okay ke nanti?" Aryan berbisik kepada Harsen.
"Isteri dia ada. Kau jangan risaulah. Benda-benda macam ni, lebih baik orang yang rapat dengan dia yang tolong. Kita ni bukan siapa-siapa."
Dengan kudrat yang tersisa, Reis gagahkan diri untuk menarik tubuh Della ke dalam dakapannya. Dibenamkan wajahnya pada leher Della seraya mengawal pernafasannya yang tidak teratur.
Pudar segala rasa yang melemaskan dirinya. Menghilang suara-suara yang mengusutkan fikiran. Degupan jantung yang pantas mulai surut dan mereda kadarnya.
"Saya ada dengan awak. Jangan fikir benda lain."
Della tidak bertanyakan apa-apa. Sebaliknya, dia menggosok lembut belakang badan Reis. Memberikan masa untuk bertenang. Dia yakin ada sesuatu yang berlaku namun dia tidak akan memaksa Reis untuk menceritakannya.
Menekan Reis sekadar mengeruhkan situasi terhadap dirinya.
"Reis, awak dah okay? Awak nak air?"
"Sorry, sayang," ucap Reis perlahan. Dia tidak mahu menunjukkan sisinya yang lemah sedangkan dia sepatutnya nampak kuat sebagai seorang suami.
Dia sangka parutnya tidak akan terbuka lagi. Dia silap. Parut yang pernah berdarah tidak sembuh semudah itu dalam perubahan masa yang singkat. Parutnya masih meninggalkan luka yang mendalam.
"Kenapa awak nak minta maaf dekat saya?"
"Sebab aku jadi macam ni dan aku tak bagitau kau apa-apa." Reis dirundung perasaan serba salah. Dia yang selalu mengingati Della untuk tidak menyelindungkan apa-apa walhal dia yang sebenarnya bersikap begitu.
"Saya tak nak dengar maaf dari awak. Awak tak salah apa-apa. Kita balik, jom? Saya call papa suruh datang rumah kita. Biar papa check awak apa yang patut. Atau awak larat nak pergi klinik?"
YOU ARE READING
THE LOVE SETS
RomanceSTAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Ke...