CHAPTER 30

4.8K 297 30
                                    

DAUN PINTU ditolak. Usai melangkah masuk ke dalam bilik ofis, Della menuju ke arah mejanya. Fail yang dibawa ke sesi mesyuarat tadi, dia letakkan ke atas meja. Della menguak rambut ke belakang. Tidak sempat lagi untuk makan tengah hari! Dia lepaskan keluhan.

Botol tumbler yang berada di atas meja, Della capai. Disisip air kopi. Harap membantulah untuk mengurangkan rasa lapar. Della termangu lama. Hadir bayangan yang tidak muncul di depannya kebelakangan ini di fikiran.

Apa khabar Reis?

Ketukan di pintu menghapus lamunan Della. Kembali ke realiti. Della menoleh. Kelihatan Eline yang berdiri di luar bilik ofisnya sambil mengangkat beg kertas di tangan.

"Come in, Eline."

"Sorry ganggu Cik Della. Nak bagi ni dan macam biasa, staf dekat kaunter bawah cakap orang lain yang hantarkan hari ni," ujar Eline. Dihulurkan beg kertas kepada Della. Della terdiam beberapa ketika.

"It's okay, Eline and thank you hantarkan ni. Awak boleh keluar."

"Baik, Cik Della."

"Kejap, Eline. Sebelum awak datang sini, awak nampak Hera dah lunch ke? Saya lupa nak tanya dia tadi sebab meeting habis lambat."

Sempat Della menanyakan soal Hera. Tadi Hera mahu mengajaknya makan tengah hari sekiranya mesyuarat habis sebelum waktu makan. Sekarang, hanya tinggal beberapa minit. Nak keluar pun tak sempat.

"Dah. Saya nampak dia minta tolong staf lain bungkuskan makanan untuk dia. Cik Hera makan dekat meja dia tadi. Dia ada pesan dekat saya untuk bagitau Cik Della supaya jangan risaukan dia."

"Ah, okaylah kalau macam tu. Thank you again." Lega Della.

Eline mengundur diri. Pintu terkatup rapat, menandakan Eline sudah keluar. Mata Della melorot jatuh pada beg kertas yang dipegang atas ribanya. Termasuk hari ini, sudah hari kelima Eline akan menghantar beg kertas yang berisi donut. Tanpa nota daripada siapa pengirimnya.

Namun Della tidak perlu bersusah payah meneka siapa pengirimnya. Walau tiada nota dan sebarang pesanan, dia tahu siapa yang memberi ini kepadanya. Della menegakkan tulang belakang. Dia menghampiri sofa lalu melabuhkan duduknya di situ. Beg kertas diletak atas meja.

Jika tadi perutnya lapar, sekarang dia tidak.

Sebaliknya, Della berasa kosong. Sinar hidupnya seakan-akan sirna. Jujur, dia mulai merindukan Reis. Kehadirannya, malahan suaranya. Della belum pernah rasa sekosong ini. Putus hubungan dengan Evan pun tidak pernah menjejaskan kehidupan hariannya.

Jadi mengapa ketiadaan Reis memberikan rasa yang mendalam?

Kehangatan yang Reis sentiasa hadirkan bila mereka bersama, mula berubah dingin. Wajah Della yang tidak beremosi mengendur. Rindu ialah perasaan yang berat dan kini, perasaan itu yang memenuhi hati Della.

"Saya rindu awak, Reis."

Luahan itu meniti perlahan di bibir Della. Berharap luahannya akan diterbangkan oleh angin dan disampaikan kepada pemilik yang kini memegang kunci ke pintu hatinya.

BOLA DILANTUN-lantunkan ke atas lantai. Reis melambung bola kemudian mengejar bola yang terapung. Tubuhnya diapungkan. Reis melompat. Dengan pantas, tangannya memukul bola sekuat mungkin hingga menyebabkan bunyi dentuman yang bergema segenap dewan.

Tujahan yang tepat di hujung garisan sebelah gelanggang.

Jump serve. Itu ialah salah satu teknik yang Reis gunakan.

"Damn, Reis! Tak lama lagi kempislah bola tu."

Reis menarik kolar bajunya. Mengesat peluh yang mengalir di dagu. Dia berpaling. Mempamerkan senyuman kepada Qazer yang berbaju melayu. Baru selesai solat Jumaat. Beberapa lagi ahli kelab Selangor Lion memasuki ruangan dewan bola tampar.

THE LOVE SETSWhere stories live. Discover now