RIUH-RENDAH BUNYI yang bergema di seluruh pelosok dewan bola tampar. Tempat-tempat duduk yang kosong kininya dipadatkan dengan berpuluh-puluhan para penonton juga penyokong yang hadir disebabkan perlawanan friendly match yang bakal berlangsung.
Tangan kecil Riaz dipimpin Della. Dibantu si kecil turun daripada kereta. Ini kali pertama dia membawa Riaz ke dewan bola tampar untuk menyaksikan perlawanan yang sebenar. Jika sebelum ini, si kecil cuma menonton perlawanan si ayah melalui siaran langsung.
Jadi hari ini ialah pengalaman yang pertama buat Riaz!
"Kalau orang bagi sesuatu dekat Riaz, Riaz kena buat apa?" Della merendahkan tubuh di hadapan Riaz. Baju jersi yang bersaiz kecil tersarung pada badan Riaz dibetulkan.
"Iyaz cay no, no!" Terangguk-angguk kepala Riaz. Air mukanya tampak girang.
"Betul ke no, no? Uncle bagi, Riaz yang paling laju ambil." Zade menutup pintu kereta. Dialah yang menjemput kedua-dua ibu dan anak dari rumah atas permintaan Reis.
"Uh, uncle unye kongci ngan Iyaz!"
"Uncle tak cakap pun yang uncle nak kongsi dengan Riaz sebelum ni?" Tanpa bertanya apa-apa, Zade hanya ambil beg galas daripada pegangan tangan Della. Disangkut pada bahu kiri.
"Addi akap kena kongci!" Pandai.
"Daddy Riaz tu suka ajar yang bukan-bukan. Mana ada betul," jawab Zade lalu membuka langkah. Mujur perlawanan itu tidak dihebohkan di sosial media. Tidak perlulah dia memakai sebarang pelitup muka.
Kurang mengerti, mata Riaz yang bundar terkelip-kelip memandang ibu. Della mengulum senyuman. Jari-jemari dibuka, menjadi tempat pautan tangan tembam si kecil. Terkedek-kedek kaki Riaz menyusul langkah Della di sebelah.
Ke kiri dan kanan kepala si kecil berpaling di sebalik keramaian orang. Kehairanan kenapa sangat ramai orang di tempat tersebut.
Acap kalinya Riaz berlaga mata dengan orang-orang yang berselisih arah daripada mereka, ramah saja dia menyapa mereka. Tangan Riaz yang tambun melambai-lambai ke atas. Kaki berselang-seli bergerak.
Della menggeleng pasrah. Dilarang sekalipun, si kecil makin pandai berinteraksi dengan orang luar. Setiba di dalam dewan, diekori Zade yang menuju ke arah di mana tempat duduk mereka telah ditetapkan.
Kelebihan memiliki suami seperti Reis, tiket perlawanan tidak perlu dibeli. Memang Reis yang belikan buat Della andainya dia berhasrat mahu datang dan menonton perlawanan. Kali ini juga, tiada bezanya.
"Eh, Riaz sayang. No, no. Mommy cakap tak boleh." Tidak keruan Della jadinya. Ditarik cepat tangan si kecil yang hampir menerima pemberian gula-gula daripada salah seorang penonton yang hadir.
Bukan Della tidak suka apabila ada yang baik hati mahu berkongsi sesuatu kepada si kecil namun dia dan Reis sudah lama berbincang bahawa mereka harus berhati-hati dengan pemberian orang asing.
Reis yang paling tegas mengenai isu ini. Dia tidak membenarkan sesiapa mendukung Riaz atau menyentuh pipi si kecil sewenang-wenangnya. Selagi tiada kata izin daripadanya, selagi itulah Riaz berada di bawah pemantauan jagaannya bila Della ada atau tiada.
"Iyaz nak tu, ami!" Ujar Riaz.
"Tapi Riaz dah janji dengan mommy Riaz cakap tak nak tadi. Kalau daddy tahu ni, daddy marah Riaz. Riaz nak ke daddy marah-marah?"
"Anyak!" Pantas Riaz menjawab.
"Sini, uncle ada banyak lagi gula-gula." Faham akan mengapa Della menghalang Riaz daripada menerima apa-apa dari orang asing, Zade mengeluarkan paket jeli berbentuk beruang daripada beg galas.
YOU ARE READING
THE LOVE SETS
RomanceSTAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Ke...