SUDAH DUA minggu berlalu. Hari perlawanan rasmi Reis sebagai pemain kelab Selangor Lion akhirnya berkunjung tiba. Kemunculan pertamanya. Dewan bola tampar yang menempatkan perlawanan itu mulai dipenuhi para penonton dan peminat.
"Cepatlah, Della!" Hera menggesa. Geram pula dia dengan Della yang belum keluar dari kereta. Nanti susah nak dapat tempat duduk yang best. Dia punca utama kenapa mereka berdua berada di sini.
Nak tengok ambassador mereka! Jadi, Hera awal membeli tiket dan tentunya dia akan mengheret Della untuk mengikut dia sekali. Bukan kawan namanya jika Della tak menemani dia ke mana-mana event.
"Aku benci kau, Hera."
Gigi dikancing menahan seribu rasa. Hari Sabtu sepatutnya hari bagi Della berehat di rumah tapi kerana Hera, kawannya yang sangat bertuah ini dia terpaksa menjejak kaki ke luar walau ditentang.
Pintu kereta tak teragak-agak dihempas. Raut wajah Della beriak cemberut. Menunjuk rasa tak puas hati. Dia tak peduli sekiranya pintu kereta itu tertanggal sekalipun sebab bukan kereta dia. Itu kereta Hera, heh!
"Kalau pintu kereta tu tanggal, kau yang aku jadikan pintu lepas ni. Perangai pun. Jangan nak tunjuk muka garang kau dekat sini. Aku ajak kau tengok match dah kira okay apa. Aku yang belanja tiket, kan. Aku tak minta pun kau bayar balik."
"Fine, you're the savior," ujar Della bernada sarkastik seraya menghayun langkah ke pintu masuk dewan. Hera menyusuli langkahnya. Mereka berjalan seiringan.
Bising.
Itu yang bermain di fikiran Della sebaik dia dan Hera berada di ruangan kerusi yang tersedia. Dewan bola tampar itu mempunyai ruang tempat duduk yang bertingkat dua. Ada sebuah skrin besar di dinding yang akan menunjukkan kiraan mata ketika perlawanan.
Rata-rata peminat yang hadir ialah golongan perempuan. Ni nak tengok perlawanan bola tampar atau nak cuci mata tengok pemain? Della mengikut langkah Hera yang menarik lengan pendek baju jersi yang dipakainya sekarang. Jangan tanya kenapa dia pakai jersi.
Hera yang memaksa. Della tak tahu dari mana Hera dapat baju jersi itu pada asalnya. Kesungguhan Hera kadangkala tak bertempat.
Ketika Della melintasi beberapa gadis yang berada di ruangan kerusi sambil mencari tempat duduk, mereka ramah bertanya sama ada dia ialah peminat kepada pemain bernama Iskan. Yang menjadi masalah, Della tak kenal siapa gerangan yang dipetik itu.
Yang dia kenal dari kelab Selangor Lion cuma seorang.
Hanya Reis Drazen.
"Siapa Iskan?" Terpancar reaksi bingung di wajah Della.
"Kapten kelab ni. Kenapa? Dia dah muncul ke? Mana?" Terjengul-jengul kepala Hera ke arah tengah gelanggang dari tempat duduk.
Kebiasaannya, para pemain akan dibenarkan untuk memanaskan badan di gelanggang sebelum perlawanan berlangsung.
"I don't even know his face, Hera. Kau boleh pula tanya aku yang dia dah muncul ke tak. Manalah aku tahu. Baru hari ni aku dengar nama tu."
Hera tergelak kecil. Betul juga. Della mana berminat nak tahu jika perkara itu tak penting baginya. Tanpa sebarang kata, belakang tubuh Della ditolak ke hadapan sedikit supaya tak bersandar pada kerusi.
Ingin menengok sesuatu.
Bingo!
"Kau dah kenapa?" Bengang Della diperlakukan begitu.
"Jersi yang kau pakai ni ada nama dia. Patutlah aku dengar orang tanya kau minat dia ke tak. Nanti aku tunjuk muka dia kalau dia muncul. Memang hot," tutur Hera. Sempat lagi memuji Iskan.
YOU ARE READING
THE LOVE SETS
RomanceSTAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Ke...