CHAPTER 11

3.9K 251 4
                                    

JARI-JEMARI Della yang runcing mengetik papan kekunci. Satu demi persatu jadual direktur yang baru disusun dia semak semula. Tak mahu ada yang salah mahupun tertinggal.

Usai itu, iPad yang terletak di sebelahnya diambil.

Dia perlu berjumpa dengan ketua division bahagian kurier yang menghantar stok minyak wangi ke butik perniagaan syarikat mereka di sebuah pusat beli-belah. Pada masa Della bangun dari duduknya, pintu bilik ofis dikuak dari luar.

Wajah diangkat.

"Sweetheart..."

Air muka Della segera berubah.

"Della, sorry. Aku dah cuba halang dia." Hera terlebih dahulu mengucap kata maaf. Banyak alasan yang dia cipta supaya Evan terpedaya bahawa Della tiada di ofis buat sementara waktu.

Tapi gagal. Evan keras kepala nak tengok dengan mata sendiri.

"It's okay, Hera. Kau keluar dulu. Aku rasa dia ada benda penting nak cakap. Tinggalkan kitorang. Kalau ada apa-apa, aku panggil kau guna intercom." Sengaja Della menekan perkataan 'penting'.

"Alright, just be careful. Dia ni bukan boleh percaya. Kalau dia buat apa-apa dekat kau, terus panggil aku. Aku bawa guards dan suruh diorang heret dia keluar. Let me know anything."

Hera memaling tubuh. Matanya menjegil sebal ke arah Evan yang langsung tak tahu malu nak tunjuk muka depan Della. Dah curang masih berani ingin jumpa. Pandai tercari-cari. Dasar buaya!

Hera keluar dari bilik ofis itu dengan hati yang panas. Nasib penamparnya tak melayang.

Apabila pintu terkatup rapat, Della melepas dengusan. Tangan naik bersedakap dada. Sudah seminggu lebih dia tak mendengar khabar lelaki ini. Untuk apa dia perlu tahu? Kisah mereka sudah tamat.

"Apa sebab awak datang sini?"

"Saya nak bincang tentang kita."

Hujung bibir Della melekuk naik. Sinis.

Jika Evan menganggap hubungan mereka yang retak segenapnya boleh diselamatkan, lelaki itu silap besar. Kemungkinan otak Evan rosak setelah bersetubuh dengan Tessa. Dah tercemar angkara kekotoran dan maksiat.

"Tak ada apa-apa nak dibincangkan lagi. Kita dah putus."

"Since when? Saya tak pernah setuju pun kita putus. Saya tak cakap apa-apa tentang hubungan kita. Awak yang buat keputusan sendiri tanpa mendengar penjelasan saya!" Emosi Evan memuncak.

Raut wajah Della tak dihiasi sebarang reaksi. Bahkan tatapan matanya yang penuh dengan cinta untuk Evan selama empat tahun sudah pudar. Perasaan yang indah itu telah karam sejak insiden itu.

Perlahan, Della berjalan sekitar meja lalu mara setapak. Menikam tajam renungan matanya tertala ke arah Evan yang tak mengalah. Seorang sudah tawar hati dan yang seorang lagi berharap dia akan diberi peluang kedua.

Ah, situasi ini sungguh kelakar dan bodoh.

"Kenapa saya perlu dengar penjelasan awak? Tubuh awak ni. Mulut awak ni. Seluruh badan awak dah rasa Tessa. Awak expect saya nak teruskan hubungan dengan lelaki yang menangkan nafsu dia? Yang senyap-senyap dah curang dua tahun? Awak rasa diri awak layak untuk bersama saya lagi? You're a pathetic man, Evan."

"Please, Della. Just hear me out." Evan separuh merayu dan cuba menyentuh tangan Della.

Della lebih cepat menepis. Amarah yang dikawal menyerbu ke seluruh tubuh. Wajahnya beriak tegang.

"Secuit awak sentuh saya, saya takkan teragak-agak panggil guards datang dan suruh mereka heret awak keluar! Saya tak perlukan penjelasan bodoh awak. Semua tu tak bermakna apa-apa."

THE LOVE SETSWhere stories live. Discover now