JARUM JAM menunjukkan pukul tiga pagi. Hari masih gelap di luar dan terlalu awal untuk bangun. Della mencelikkan mata yang terasa berat. Terjaga dari tidurnya. Buat sementara, dia bingung di mana dia berada. Bilik tidur ini, bukan bilik tidur Della!
Merasakan pinggangnya ditindih, kebingungan Della berubah panik. Penglihatannya cuba difokuskan untuk melihat dalam keadaan yang samar kegelapan. Oh, terlupa. Dia sudah bersuami. Reis yang masih lena, ditenung olehnya. Kacak tapi bukan masanya untuk dikagumi.
"Reis," panggil Della. Suaranya kecil.
"Hm?"
Hanya sekali panggil saja, Reis terus bangun. Terpisat-pisat dia. Dah pagi atau tengah hari? Dia terlajak tidurkah? Reis menjenguk kepala. Jam digital yang berada di meja sisi katil dikerling sekilas. Tiga pagi.
Kemudian, Reis beralih kepada Della yang tampaknya masih mamai.
"Tidur, sayang." Telapak tangan Reis menepuk-nepuk perut Della. Bagai menidurkan anak kecil. Masih awal. Mungkin Della terjaga.
Della menggeleng kecil. Dia mengantuk tapi pada masa yang sama perutnya mengadu lapar. Dan sudah tentu, rasa lapar itu tidak dapat diabaikan. Jarinya dilarikan pada kening Reis. Meminta perhatian.
"Yes, princess?" Dengan suara yang serak basah, Reis menyoal.
"Saya lapar. Saya nak pergi dapur," beritahu Della. Dia boleh turun ke dapur seorang diri kalau Reis tidak larat menemaninya. Rasanya lampu di ruang dapur dibiarkan terpasang. Taklah menakutkan dia.
"Kau lapar?"
"Lapar," ulang Della.
"Nak makan apa? Aku buatkan." Tangan Reis menarik bantal ke bawah untuk menggantikan lengannya yang mengalaskan kepala Della. Dipastikan Della dalam keadaan selesa terlebih dahulu.
"Larat ke awak nak masak? Saya boleh masak sendiri." Della tidak mahu menyusahkan Reis. Tadi pun sekadar ingin mengejutkan dan memberitahu suaminya yang dia hendak pergi ke dapur.
"Larat, sayang. Bagitaulah kau nak makan apa."
"Nak mi goreng. Saya tak nak susahkan awak masak nasi."
Ringkas permintaan Della. Tidak susah untuk disediakan. Reis turun dari katil. Walau dia jarang terbangun dalam pukul ini, apapun untuk Della dia sanggup. Pintu bilik dibiarkan sedikit terbuka olehnya agar mudah mendengar Della memanggilnya andai memerlukan apa-apa.
Sepuluh minit diambil oleh Reis sebelum dia kembali ke bilik tidur bersama semangkuk mi goreng serta segelas air kosong. Pandangan dihalakan kepada Della yang sudah terlelap semula. Reis mendekati katil. Dia duduk berhampiran Della. Bibirnya mengulum senyuman.
Mengantuk sangat ni sampai tak terhidu bau aroma mi goreng.
"Sayang, aku dah bawakan mi goreng ni. Bangun kejap," kejut Reis seraya meletakkan mangkuk dan gelas ke atas meja di sebelah katil.
Senyap. Della belum menjawab.
"Ngantuk sangat? Nak makan ke tak?"
Della menggumam. Kelopak matanya disingkap. Sipi-sipi terbuka. Pipinya terasa dikucup sebentar. Reis mengambil mangkuk. Garpu dicapai. Mi goreng yang dimasaknya tadi, disuakan ke mulut Della.
Melihat Della yang masih mengantuk, entah-entah mengunyah pun tidak larat. Reis menekan garpu ke dalam mangkuk. Memotong mi goreng menjadi pendek agar senang dimakan. Disuakan sekali lagi.
"Buka mulut, sayang," tutur Reis bernada lembut.
Barulah Della membuka mulut, menerima suapan dari Reis dalam keadaan yang separuh mamai. Sungguh berat terasa kelopak mata. Reis hanya memerhati dan memberi suapan demi suapan sehingga mangkuk kosong. Senyuman terus-menerus mekar. Isterinya lucu!
YOU ARE READING
THE LOVE SETS
RomanceSTAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Ke...