CHAPTER 41

4K 249 6
                                    

REIS MENGESAT peluh yang menitik dari dagu. Kaki panjangnya melangkah ke bangku. Nafas yang berat dan hangat dihembus. Botol air diambil sebelah tangan. Air diteguk, menghilangkan rasa dahaga.

Cuma tinggal sebulan sebelum musim perlawanan bermula. Semakin padat jadual Reis yang berlanjutan dengan latihan. Setiap minggu dia mengerah tenaga untuk memperhebatkan skil permainannya.

Sesibuk dan giat Reis berlatih, masih dia mengambil peduli tentang Della.

Walau berpisah di siang hari dan masing-masing melaksanakan kerja sendiri, Reis tetap bertanyakan perkara-perkara kecil. Pesanan mesej atau panggilan telefon dibuat kepada Della bila diberi waktu berehat.

Diutamakan isteri dahulu, barulah kerjayanya.

Reis sedang mencuba menyeimbangkan dua tanggungjawab yang digalas olehnya. Menjadi seorang suami dan seorang pemain bola tampar bagi kelabnya. Dia tidak boleh bersikap berat sebelah.

"Reis, kau dah tengok official website kelab kita?"

"Dah, aku check pagi tadi lepas Aryan bagi link dekat aku. Sempat aku tunjuk dekat isteri aku. Dia puji aku handsome." Selamba Reis berkata. Sejak berkahwin, tidak henti-henti mulut menyebut isteri.

"Macam dia seorang je yang ada isteri," perli Harsen. Qazer hanya menepuk belakang kepala Harsen menggunakan botol yang kosong.

Itu soalankah cemburu? Reis tersenyum senget.

"Kahwin dululah, Harsen. Baru kau tahu apa aku rasa."

"Bukan tak nak kahwin, Reis. Merancang tu memang ada tapi calon yang tak ada. Nak give up aku macam ni. Baik aku minta mama aku carikan pasangan untuk aku." Harsen mengelap air mata palsu.

Terburai gelak tawa Reis. Kepala digeleng-geleng ke kiri dan kanan.

Sebelum datang ke dewan bola tampar, Reis membawa Della untuk bersarapan di luar. Di sebuah kafe berdekatan dengan kawasan ofis Della supaya jaraknya tidak jauh memandangkan pagi ini, dia yang memandu dan menghantar isterinya ke tempat kerja.

Reis ada menunjuk kepada Della mengenai informasi dia yang baru dimasukkan ke dalam official website kelabnya. Lengkap maklumat yang ditambah, juga gambarnya yang berpakaian baju jersi pasukan.

Tertunggu-tunggu dia mendengar apa yang diungkap oleh Della tadi.

Sekadar gumaman yang Reis dengari tapi jelas bahawa Della tampak takjub dengan gambarnya meski Reis merasakan dia kelihatan biasa-biasa saja.

"Aku tertanya-tanya satu benda je. Kau tak pernah marah, Reis?"

Wajah Reis berpaling ke arah gerangan yang menyoal. Aryan yang bertanya. Tidak betah, Reis terus menggelengkan kepala. Dia tidak suka marah-marah. Ditanya berjuta kali, jawapan Reis masih sama.

"Kalau aku marah, aku akan diam. Kalau aku tahu yang benda tu salah aku, aku minta maaf tapi kalaulah aku yang kena tuduh, aku takkan salahkan orang tu juga." Bila terasa hati, Reis cuma tenang.

"Boleh pula macam tu? Kalau aku yang kena tuduh, dah lama aku hempuk kepala orang tu."

"Biar orang buat kita. Kita tak perlu balas apa-apa, Aryan. Terpulang kepada dia nak fikir yang dia dah menang sebab kalau kau nak lawan pun dapat apa? Dia tetap akan cari kesalahan kau walaupun kau cuba nak betulkan apa yang dia cakap tu salah. Nak marah? Buang masa."

Terangguk-angguk kepala Aryan dan juga Harsen di sebelah. Seolah mendengar ceramah pun ada. Tidak dinafikan bahawa kata-kata Reis ada benarnya.

Marah ialah emosi yang sekadar memudaratkan diri seseorang untuk bertindak di luar kawalan. Reis tidak suka. Oleh sebab itu, dia sering mencari ketenangan dan menanam kesabaran dalam dirinya. Dididik dirinya untuk terus bersabar.

THE LOVE SETSWhere stories live. Discover now