Sampai sahaja di kedai makan , mereka memesan makanan dan sambil menunggu makanan sampai mereka berborak dahulu . ( yk right bila member dah balik gossip ler hehe )
" Uncle addy apa khabar ? " Adila buka cerita terlebih dahulu .
" Alhamdulillah, uncle sihat je . Uncle hazran dengan Auntie Sharifah sihat ke ? " soalan yang sama dituju kepada adila
" Alhamdulillah , mama papa aku sihat je . Aku dah lama tau tertanya tanya , kenapa kau tak panggil uncle addy tu ayah su ? " Adila sudah lama mahu bertanya tentang ni tapi takut aisyana tidak selesa akan soalan nya .
" Entah , aku rasa tak selesa lagi nak panggil dia ayah su . Dari kecik memang dia bahasakan diri dia uncle jadi aku panggil jela uncle " sambil mengangkat bahunya .
" tapi bonda kau panggil bonda pulak ish kau ni " kata adila , aku hanya mengangkat bahu .
" so how's life in german ? " tanya adila
" good , biasa je student life , assignment report bla bla bla " balas ku
" so apa perancangan kau sekarang ? " soalnya
" amik alih syarikat arwah atuk aku lah " balasku
" but kau amik law aisya , macam mana pulak nak amik alih business ? " soalnya hairan
" terpaksa , kalau bukan aku siapa ? uncle addy pun ada syarikat dia sendiri , mana lah dia cukup tangan nak handle dua dua syarikat " jelas ku
" tapi waktu dekat german dulu aku ada buat research pasal business, jadi aku tahu lah sikit sikit . Lagi pun aku banyak tanya kawan aku yang amik course business so aku rasa takde masalah bagi aku " sambung aku
" if you need anything tell me okay , aku boleh je nak tolong kau " pesan adila
" i will , so kau macam mana boutique , okay ? " tanya ku
" alhamdulillah okay , makin banyak tempahan masuk sampai takde cuti pekerja aku bulan ni " katanya
" alhamdulillah , baguslah tu . nanti bolehlah kau belanja aku kan dapat bonia pun cukup dah " aku ketawa
" anything for you sayangku " katanya dengan muka yang agak pervert
" eee buruk betul muka kau " kataku
Kami berdua ketawa tak ingat dunia sehinggalah makanan tiba dan kami menikmati makanan itu sebelum mereka bergerak balik ke rumah . Biasalah dan berjumpa memang banyak perkara nak cerita , gossip katanya . 6 tahun bertahan untuk jumpa biasanya kutuk orang waktu video call je ni dapat jumpa depan depan ha hambik kau kedai makan macam buat rumah sendiri .
Adila menghantar aisyana pulang ke rumahnya . Setelah itu aisyana masuk dan membersihkan badannya terlebih dahulu , badannya terasa melekit kerana 18jam di dalam pesawat . Setelah selesai mandi aisyana mengemas baju bajunya dan simpan di dalam wardrobe .
Tekaknya terasa ingin minum kopi , kakinya menuju ke dapur dan mengambil serbuk kopi di dalam almari untuk dibancuh . Selesai membuat kopi kakinya menuju ke sofa , dia melabuhkan punggungnya di sofa sambil menikmati kopinya . Tiba tiba matanya terhenti di frame gambar yang tergantung di dinding , terdapat 3 frame gambar .
Gambar dia bersama keluarganya , gambar dia sewaktu bayi dan dia di dalam dakapan abahnya Dato' Fakhrul Aziz dan terdapat ibunya dan abang abangnya , mereka terlihat sangat bahagia . Gambar kedua gambar bersama rakan rakannya , rakan sepasukannya yang telah meninggal dunia hanya tinggal dia dan adila sahaja . Gambar terakhir gambar bersama arwah atuknya , kesemua gambar itu terdapat kisahnya tersendiri , kisah hitam yang selalu menghantuinya . Dia sakit , sakit bila mengingatkan kisah tersebut .
Dapat ke aku memaafkan mereka ? berdosa ke aku lakukan mereka sebegini ? tuhan bantu aku

ANDA SEDANG MEMBACA
aisyana zahra [ OG ]
ActionMengisahkan tentang seorang gadis bernama aisyana zahra . Dia tinggalkan oleh keluarga sejak dari kecil , dia juga merupakan seorang peguam . Demi menegakkan keadilan , dia sentiasa di hantui oleh peristiwa hitam . Bertemu seorang lelaki bernama Hay...