AZ : PART 31

4 1 0
                                        

Tiba sahaja di malaysia terus aku menuju ke rumah uncle addy , katanya ada perkara yang nak di bincangkan . Aku memandu merentasi lebuh raya , sampai sahaja terus aku memberi salam .

Aku hairan banyaknya kasut dekat rumah ni , ada orang lain selain aku ke ? salam ku di jawab oleh Datin Syuhaila , dia menarik tangan ku lalu menuju ke ruang tamu . Aku melihat mummy daddy hayden serra dirinya .

Aku melabuhkan punggung ku di sebelah Datin syuhaila , " mesti penat kan baru sampai terus datang sini " kata Datin Syuhaila dia meramas lembut tangan ku , aku hanya memberikan senyuman

" Penat sikitlah bonda "

" kenapa ada Tan Sri dengan Puan Sri ni bonda ? " bisik ku kepadanya

" Dia datang melawat uncle addy , alang alang uncle tahu kamu balik harini tu yang dia ajak kamu datang sekali makan makan " bisiknya kembali aku hanya ' Oo ' kan sahaja .

Aku perasan yang hayden menatap ku dari tadi tapi aku hanya biarkan saja , tiba tiba Datin Syuhaila bangun aku menarik tangannya " Bonda nak pergi mana " tanya ku

" Bonda nak siapkan makanan lah , kenapa ? " tanyanya

" Nak tolonggg " aku merengek , kedengaran gedik tapi peduli apa aku .

Tan Sri Seroja hanya senyum melihat gelagat ku " saya tolong akak jugak lah " kata Puan Sri Seroja

Datin Syuhaila hanya mengangguk dan kami bertiga berlalu ke dapur untuk menyiap kan makanan , siap sahaja terus Datin Syuhaila memanggil mereka untuk makan .

Aku duduk di hadapan hayden matanya hanya memerhati gerak geriku terkadang is membuatkan aku rasa tak selesa .

" Kenapa lama tak datang rumah mummy ? mummy rindu aisyana tau . Hayden cakap aisya busy tu tak datang rumah mummy " Puan Sri Seroja membuka bicara .

" Er betullah tu mummy , aisya busy sorry ye " aku memujuknya

" Takpela nanti datang tau " pesannya

" Eh tambah lagi hayden , makan banyak banyak " kata uncle addy , dia hanya mengangguk .

Selesai sahaja makan aku tawar diri untuk membasuh pinggan , jadi aku berseorangan di dapur membasuh pinggan . Tak lama tu aku rasa bulu roma aku berdiri tegak rupanya hayden di belakang ku . Aku berpaling , hidung aku hampir terkena dadanya fuh kus semangat nasib baik tak kena dia kalah tak naye aku .

" Awak ni kenapa ? nasib baik saya tak terlanggar awak " kataku dengan nada yang marah

" Langgar jela , kau jatuh aku sambut " katanya dengan senyuman sinis

" Gatal " kataku terus aku berlalu pergi , tak sempat nak melangkah dia menarik baju ku dari belakang .

" Aku nak number kau boleh ? " mintaknya

" Nak buat apa ? " tanya ku hairan

" Senang lah nanti aku nak contact kau kalau mummy nak ajak datang rumah " balasnya

" Kalau macam tu saya bagi number dekat mummy jela " kataku dengan polos

" Eh janganlah , eh tak maksud aku mummy jarang tengok hp why not kau bagi aku je " katanya sambil menggaru belakang lehernya

Sus betul lelaki ni , aku menghulurkan tangan lalu dia memandang ku hairan " nak apa ? " kata dia

" Tadi kata nak number saya bagi lah telefon awak " kata aku

Dia tepuk dahinya lalu menghulurkan telefon nya , selepas isi number aku , aku memulangkan telefonnya " nah "

" Terima kasih sweetheart " dia mengenyitkan mata dah berlalu pergi

" Eee gatal " aku memegang dada ku aik laju betul berdegup jantung , tahu lah orangnya handsome eh ? eee tak tak

Aku membawa kaki ke ruang tamu , terdengar gelak ketawa dari mereka bergema ruang tamu rumah uncle addy . Aku melabuhkan punggung di sebelah Datin Syuhaila , tiba tiba Puan Sri Seroja mulakan bicara

" Aisyana dah ada kekasih ke ? " hampir tersedak aku mendengar soalan dari Puan Sri Seroja

" Er takde lagi mummy " kata ku sambil menggaru sisi kepala

" Sama lah dengan anak teruna mummy ni , dia pun single lagi " kata Puan Sri Seroja dengan nada gembira , aku hanya senyum janggal .

Aku memandang ke arah hayden lalu dia mengenyitakan mata kepada ku , habis merah muka ku kerana dek malu dan dan je dia ni kalau bonda dengan uncle nampak macam mana ? eee

" aisyana kerja dekat mana ? " tanya Puan Sri Seroja

" aisya kerja dekat company arwah atuk aisyana mummy " kataku

" company dia seroja bukannya company arwah atuk dia " kata uncle addy , aku memandang ke arahnya lalu memincingkan mata ke arahnya . suka suka je claim company aku ish

" lah yeke , baguslah muda muda dah ada company sendiri " senyum Puan Sri Seroja ke arah ku , aku balas jela senyuman dia nak buat apa lagi

" bukan ke aisyana lawyer ? " tanya Tan Sri Firdaus, sebab dia pun hairan kata lawyer tapi kerja dekat office .

" memang aisya lawyer daddy tapi sebab nak ambil alih syarikat jadi aisya terpaksa stop dulu terima kes kes yang ada , nak fokus dekat syarikat dulu " jelas ku , Tan Sri Firdaus hanya mengangguk faham .

Hayden hanya memasang telinga dengar percakapan kami , maklumlah dianya bukanlah sejenis suka masuk campur urusan yang tak berkaitan dengan ya.

Rasa macam dah lama dekat rumah uncle addy jadi aku amik keputusan meminta diri untuk pulang yela mana tak nya dari sampai tadi mana lah aku mandi cuma dan gosok gigi dan cuci muka je . Sebelum keluar dari rumah agam uncle addy aku menyalam Datin Syuhaila dan Puan Sri seroja lalu aku menuju ke kereta dan memandu pulang .

aisyana zahra [ OG ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang