AZ : PART 12

12 1 0
                                    

Selesai solat maghrib aku mendapat message dari uncle addy .

Uncle addy :
assalamualaikum aisya , aisya busy ke ? kalau tak busy jemput datang rumah uncle auntie syuhaila rindukan aisya. Dia ada masak lauk kesukaan aisya .
Uncle dengan auntie tunggu aisya ye , rumah uncle sentiasa terbuka untuk aisya .

aku menghela nafas , aku membalas massage tersebut

Aisyana Zenia
waalaikumussalam , lepas isyak aisya datang

Sementara menunggu isyak aku bersiap terlebih dahulu , aku hanya mengenakan abaya hitam dan tudung hitam bercorak daun . Selesai sahaja solat isyak kunci kereta aku capai , kaki dibawa menuju ke kereta . Tidak membuang masa aku memandu kereta menuju ke rumah uncle addy .

Sampai sahaja di rumah uncle addy , aku disambut oleh Datin syuhaila isteri kepada Uncle addy . " Asslamaualaikum , bonda . Bonda sihat ? " ye itu adalah gelaran yang Datin Syuhaila suruh aku panggilnya sejak kecil lagi .

" Alhamdulillah , bonda sihat . Jom la makan , semua dah tunggu dekat meja " kata Datin Syuhaila sambil memimpin tangan ku . Kaki kami di bawa menuju ke meja makan , aku melihat terdapat kedua dua anaknya berasa di situ dan uncle addy .

" Oh uncle lupa nak cakap dekat aisya yang irfan dengan imran ada sekali , aisya okay kan kalau mereka ada sekali ? mereka baru je balik dari dubai " terang uncle addy kepada ku , tahu tahu je aku tertanya tanya kenapa ada si irfan dengan imran dekat sini setahu aku diaorang berkerja dekat luar negara . Aku hanya mengangguk tanda aku okay saja kalau ada anaknya .

Tanpa membuang masa aku mengambil tempat duduk disebelah Datin Syuhaila . Aku melihat pelbagai jenis makanan yang di sediakan oleh Datin Syuhaila mungkin kerana anak anaknya pulang dan mungkin kerana dia menjemput aku sekali . Kami mulakan makan dengan membaca doa , kami tidak bercakap sehingga lah selesai makan . Selesai sahaja makan aku menolong Datin Syuhaila membasuh ke semua pinggan, lepas dari pada itu kaki kami di bawa ke ruang tamu hadapan .

Tiba di ruang tamu aku hanya mendiamkan diri , aku tertanya tanya apa hajat uncle menjemput aku kemari ? . " Uncle ada beberapa perkara nak tanya aisyana " uncle addy memecahkan kesunyian di ruang tamu . Aku mengangkat muka tanda suruh uncle teruskan apa yang di mahu tanya .

" Sampai bila nak berdiam ? " tanpa basa basi uncle terus ceroboh soalan yang pasti aku ragu ragu nak jawab .

" Sampai tiba masanya " jawab ku acuh tidak acuh

" Kalau masanya tak tiba aisyana nak buat apa ? nak tunggu lagi ? aisyana tak penat ke sayang ? uncle tahu aisyana ada jumpa dengan abah aisyana kan ? " bertubi tubi soalan yang di keluarkan dari mulut uncle addy , bagaikan mercun das grrr

Aku menarik nafas dalam sebelum aku menjawabnya " 23 tahun uncle , 23 . Itu bukan waktu yang singkat , uncle ingat seronok ke berdiam diri lama lama macam ni ? selama 23tahun tu lah saya cari cara untuk terima semua ni tapi tak boleh saya tak tahu kenapa , tak tahu cara apa lagi yang perlu saya buat untuk redha dan terima keadaan . Penat ? ye saya penat sangat sangat , di saat semua orang dapat kasih sayang ibu bapa diaorang tapi kenapa saya tak ? mana diaorang ? kalau diaorang sayang kan saya kenapa diaorang tinggalkan saya ? " aku menarik nafas dalam , sedalam dalamnya sebelum aku sambung kata kata ku . Tangan ku di gengam bagi menguatkan semangat ku .

" Saya tak mintak banyak uncle , saya cuma nak tanya kenapa diaorang buat saya macam ni ? saya ni anak pungut ke ? saya..saya penat sangat , kalau bukan sebab adila dan uncle sekeluarga lama dah saya fikir untuk pergi jauh jauh dari sini . Saya betulkan ayat uncle , saya tak jumpa dia tapi saya terserempak dengan dia . Saya mintak maaf uncle kalau uncle rasa saya kurang ajar , saya mintak diri dulu . Bonda aisyana mintak diri dulu terima kasih untuk makan malam harini " tanpa berlenggahkan masa aku terus menyalam tangan Datin Syuhaila lalu aku keluar dari rumah agam itu .

Semua yang berasa di dalam rumah itu semua terkaku mendengar luahan hati ku .

Uncle addy POV

Aku tidak sangka jadi seorang aisyana sangat berat , aku tahu apa yang di lalui . Dari kecil dia bersama ku , apa aku dah buat ni Ya Allah aku berjanji taknak keruhkan lagi keadaan .

" Salah ke apa yang abang cakap sayang ? " tanya uncle addy kepada Datin syuhaila sambil memandang ke bawah .

" Taknak salah bang tapi abang sendiri tahu macam mana dan apa yang aisya lalui . Saya rasa cukup lah sampai sini kita tanya dia tentang keluarga dia , saya taknak dia berjauhan dengan kita pulak bang , saya sayang dia bang " Datin Syuhaila menggengam tangan ku sambil membelai rahangku dan dia tersenyum .

" Abang takut apa apa terjadi dekat dia " sedikit lagi aku mahu menitik kan air mata ku tapi aku gagahkan diri untuk tidak mengeluarkan nya .

" takpe ayah , along boleh tengok aisya dari jauh . Lagi pun aisya bukanlah orang asing bagi along , along boleh tengok kan dia , inshaallah takde apa apa berlaku " kata irfan hanya untuk menyedapkan hatiku . Aku hanya tersenyum kepadanya

aisyana zahra [ OG ]Where stories live. Discover now