AZ : PART 48

9 2 0
                                        

Sebulan sudah berlalu , hari ini ada lah hari di mana aku akan sah bergelar isteri kepada hayden zarief . Pagi itu Mua , stylish & fashion designer datang ke hotel bilik yang aku duduki. Aku di siapkan oleh mereka , aku makeup tak terlalu bold hanya simple seperti yang aku mahu kan . Aku mengenakan baju kurung yang jenis kain silk keras tu berwarna putih untuk akad nikah , baju itu menjadi pilihan ku kerana aku tidak suka yang terlalu over ( don't know how to describe T_T )

Selesai sahaja aku di bawa turun menuju ke laluan pengantin lalu , kami bernikah di dewan d'foryl terus dan juga majlis di jalankan di tempat yang masa dalam satu masa . Semua orang dah ada di dalam termasuklah pengantin lelaki , hanya menunggu pengantin perempuan sahaja masuk . Kaki di bawa melangkah masuk ke dewan dan aku kedengaran orang yang sedikit menjerit " pengantin perempuan dah sampai "

Aku nampak hayden terus mengangkat mukanya dan dia seolah oleh terpukau melihat ku dalam busana itu " jangan tengok lama lama sangat , sabar ye kejap lagi kita akadkan " kedengaran tok kadi berkata dan semua orang ketawa ,hayden menggaru leher yang tidak gatal itu malu gamaknya

" bismillahirrahmanirrahim , boleh kita mula ? " tanya tok kadi kepada saksi dan wali , mereka semua mengangguk .

" Dato' boleh mula " ye dialah menjadi wali kepadaku Dato' Fakhrul Aziz , macam mana dia terima untuk jadi wali aku ? mesti korang tertanya tanya kan ?

flashback ( 4 hari sebelum majlis )

Aku mengajak hayden dan uncle addy untuk ke rumah Dato' Fakhrul harini , sampai sahaja aku di sambut oleh Datin Suraya " aisyana "

" masuk dulu sayang , kejap ibu panggil abah " katanya dah dia berlalu pergi

Aku , hayden dan uncle addy mengambil tempat di ruang tamunya , nampak sahaja kelibat Dato' Fakhrul Aziz terus aku mengubah posisi kedudukan ku .

" ada apa datang sini ? kan aku dah cakap anggap aku dah mati dalam hidup kau " tanpa nada , hanya biasa sahaja

" abang ! " jerit Datin Suraya sambil menepuk paha Dato' Fakhrul Aziz

Uncle addy sudah bangun dari kedudukannya , aku tahu dia bengang pantas sahaja aku memegang tangannya lalu memandang ke arahnya dengan menggeleng , dia duduk kembali .

" saya datang sini bukan nak berlawan mulut , saya datang sini dengan niat nak Dato' walikan saya di hari perkahwinan saya nanti " kata ku dengan memandang ke arahnya

Dia senyum sinis " baru sekarang nak cari ? " katanya

" tolong saya mohon , selepas Dato' selesai sahaja saya takkan ganggu Dato' sekeluarga " aku bermohon

Dia diam , lama dia menatapku " baik , aku akan datang jadi wali kau lepas sahaja semua itu selesai aku akan berambus dan aku nak kau berambus dari hidup aku "

agak susah menerimanya lalu aku mengangguk .

" watch your mouth fakhrul , kalau bukan kau bapak dia dah lama aku bunuh kau " dia menarik tanganku lalu keluar dari rumah agam itu , di ikuti oleh hayden

End of flashback ( macam tu je )

" hayden zarief bin firdaus "

" ye saya "

" aku nikahkan dikau dengan anak perempuan ku aisyana zahra binti fakhrul aziz dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai "

" aku terima nikahnya aisyana zahra binti fakhrul aziz dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai "

" sah ? "

" sah!!! " kedengaran kuat suara zyden dan jay dari saksi haihla budak dua orang ni

Alhamdulillah dengan sekali lafaz , tak sangka aku sudah menjadi milik hayden . air mata ku mengalir cepat cepat aku lap . Dia solat terlebih dahulu sebelum sesi batal air sembahyang . Selesai sahaja dia solat aku nampak dia berjalan ke arah ku

" assalamualaikum isteri hayden , cantiknya isteri hayden ni " dia cuit hidungku

" waalaikumussalam suami aisya , suami aisya pun handsome lah harini " gedik kan ? tapi comel tau

Dia menyarungkan cincin, lalu aku menyalam dan dia meletakkan tangannya dia atas kepala ku dan aku terdengar dia membaca satu doa . Giliran aku pula menyarungkan cincin kepadanya , photographer menyuruh kami posing haih bermacam macam posing kami lakukan .

Selesai sahaja nikah majlis pun bermula , kami duduk di atas perlamin itu agak lama . Hayden menggengam tangan ku bagaikan taknak lepas . Kami menghayati moment indah kami di atas pelamin itu tiba tiba kedengaran MC bercakap

" baiklah segak sungguh ke dua mempelai kita hari ini sama padan sama cantik , si suami sabar ye janganlah pegang si isteri macam tu saya tak tackle pun dia lah " usik MC itu , aku melihat hayden menjeling ke arah MC

" okay tanpa membuang masa kita persilakan ibu bapa belah lelaki untuk memberi ucapan "

" assalamualaikum hayden aisyana , alhamdulillah kamu berdua dah selamat menjadi suami isteri . Daddy nak pesan sikit dekat kamu hayden jadi suami yang baik , bimbing aisya ke jalan yang benar , jadi imam dia , kalau ada perkara yang berlaku atau selisih faham tolong selesaikan dengan cara yang baik . sekarang kamu dah jadi ketua keluarga , ujian kamu bila dha berkahwin ni banyak , jangan sesekali tinggikan suara pada isteri kamu , jaga dia bagaikan permata " pesan Tan Sri Firdaus , hayden mengangguk dan senyum dia tak nangis tapi aku tahu dia sedih sebab apa , sebab dia semakin kuat kan genggaman tanganya

" mummy taknak cakap banyak sebab mummy takut jadi drama air mata , aisya tolong jaga anak mummy ye . kalau dia nakal aisya cubit aje mummy benarkan , jadi isteri dan suami yang soleh solehah ye mummy sayang kamu berdua " dia sudah mengeluarkan air matanya

" fuh tersentuhnya ucapan dari orang tua pihak lelaki "

" sekarang kita alu alukan ibu bapa pihak pengantin perempuan "

Nampak sahaja Dato' Fakhrul Aziz dan Datin Suraya mendekati MC aku terus bangun dan berkata " maaf ibu abah saya dah mati "

aisyana zahra [ OG ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang