Selesai sahaja solat maghrib dan isyak aku menuju ke dapur untuk minum air, dan aku di tegur oleh nek wan nenek kepada hayden
"tak tidur lagi aisya ?"tanyanya
"belum lagi nek wan, aisya nak minum air lepastu baru masuk bilik "jelas ku
"okay lah kalau macam tu nek wan masuk bilik dulu ye, semangat! "selepas sahaja nek wan berkata begitu terus dia pergi ke depan
Apa benda ni? semangat apa benda? dari tadi lagi aku kene usik tau huwaaa nak balik bonda, uncle amik aisya balik pleasee. Lepas je nek wan kata macam tu terus aku takut nak masuk bilik, ragu ragu aku nak masuk tiba tiba di tegur oleh hazym abang sulung hayden
"kenapa tak masuk aisya? dari tadi along tengok kamu berdiri je depan pintu "
"er nak masuk lah ni" agak kekok ye bila kantoi
"jangan risau hayden tak makan orang, tapi kalau aisya mungkin lah "usiknya
Tak betah aku duduk situ terus aku masuk ke dalam, masuk sahaja aku tak nampak kelibat hayden fun selamat. tiba tiba ada benda yang berjalar di pinggang ku gulp! aku dah tekan air liur, nampaknya tak selamat aku malam ni Ya Allah bantu la hamba mu ini .
Dia memusingkan badan ku "hai sayang "katanya sambil sengihan agak nakal
Aku senyum kekok "er..er jom tidur? saya dah mengantuk"
aku melepaskan tengannya dari pinggangku tapi hampa dia mengetatkan lagi
"aip, you own me something sayang"," argh! "aku terjerit akibat dia mendukung ku gaya bridal .
Dia menuju ke katil lalu meletakkan aku di situ "no no nooo" jerit ku, aku merangkak untuk turun ke katil tapi pantas sahaja tangannya menarik kaki ku , ini kalau bukan suami dah lama aku tendang
Dia mengepung aku dengan kedua dua tangannya di sisi aku, aku memandang ke arah matanya. Pandangan itu pandangan yang sangat aku kenali
"be my real wife sayang " bisiknya di tepi telinga ku
terkaku aku mendengar katanya, dia masih menanti jawapan aku. "izinkan saya "
Bagaikan terpukau aku hanya mengangguk
" bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum isteri hayden "
"waalaikumussalam suami aisya"
Kata terakhir sebelum aku sah milik hayden, malam itu aku spenuhnya milik kepada hayden zarief
**
Keesokkan paginya, selepas sahaja sarapan hayden membawa aku pusing pusing di kampung ya, kami berjalan kaki sahaja . Nak hirup suara kampung katakan .
Dia menggengam erat tanganku bagaikan taknak lepas . Aku layan kan jela kang kalau lepas meraung pulak budak ni .
Kami berhenti di sebuah kedai makan di simpang jalan, duduk sahaja terus kami order roti canai dan teh tarik 2. Sampai sahaja terus aku menikmati makanan itu lalu mata ku melilau sekeliling, saja je tengok tengok kitanya suka judge dalam diam
Tiba tiba ada seorang tegur hayden "eh hayden "
Dia memandang ke arah empunya suara itu lalu berjambat tangan dengan nya .
"baru balik ke " tanya hayden
" aah baru sampai semalam " dia hanya mengangguk lalu dia memandang me arah ku
" ni siapa hayden ? adik kau ke ? asal macam lain ne muka ? " tanyanya
"she is my wife" kata hayden dengan nada yang agak tak terima, ada ke patut dia kata aku ni adik hayden ? ish
"wife ? Ya Allah aku lupa yang mak aku kata kau dah kahwin "dia mula rasa serba salah
"sorry, aku lupa "katanya kepada hayden, dia memandang ke arahku "maafkan saya ye "aku hanya sekadar mengangguk
" anyway congratulations on your wedding day" katanya dengan penuh ceria "thankyou bro" balas hayden
Lama mereka berborak sampai lah makanan aku habis, mungkin hayden nampak kut aku dah termenung itu yang di minta diri untuk beransur pulang. aku bukan main happy lagi ye bila nampak dia pergi bayar hehehe, kitanya tak duduk diam kena lah balik cepat .
Sepanjang perjalan dia menggengam tangan aku, kadang kadang di hayun, kadang kadang dia cium tapi satu je habit dia dia suka usap tangan ku dengan Ibu jarinya, itu paling penting .
"jom singgah kedai tu sekejap, abang nak beli barang " katanya dan aku hanya mengangguk
Abang? ye sejak dari pagi itu dia suruh aku biasa kan diri untuk panggilnya abang, jadi aku ikutkan aje.Aku dan dia masuk ke dalam kedai runcit itu, aku taktahu apa yang di beli . aku berjalan tengok tengok kut kut ada yang nak beli, jalan punya jalan aku ternampak ada aiskrim boba . Aku mengambil 4 because that's my favourite,
takpela amik banyak cik suami yang bayarkan hehehe .Selesai sahaja amik aiskrim terus aku mencari dia, rupanya dia dah kat counter nasib baik tak bayar lagi hehe .
"abang" panggil ku
Dia menoleh lalu menggeleng "banyaknya awak beli sayang" dia mencuit hidungku.
Aku tersengih menampakkan gigi, lalu aku meletakkan aiskrim itu di atas counter
"isteri kamu ke ni hayden " tegur makcik di counter itu "iya makcik inah " balasnya dengan senyuman
"cantik, comel aje orangnya " puji dia, aku apa lagi dah tersipu malu sebelah hayden tu, dia hanya menggelengkan kepala
"berapa makcik ?"
"rm20.50 hayden " dia menghulurkan duit dan disambut oleh makcik inah "terima kasih makcik " kataku dan dia hanya tersenyum
Kami berjalan pulang, sampai sahaja di rumah aku terus masuk dalam . Aiskrim yang aku beli tadi aku simpan di dalam fridge . Setelah itu aku masuk dalam bilik mandi, terasa berlengas dah badan. sementara tunggu zohor aku menolong nek wan menyediakan makanan tengahari, katanya makcik dan pakcik hayden nak datang makan di sini .
Selesai sahaja masak azan zohor pun berkumandang, aku solat berjemaah dengan hayden. selesai sahaja solat aku keluar dari bilik dan gudang makanan di atas meja, aku hanya mengenakan seluar slack hitam, baju blouse hitam dan shawl jersey.
Sementara menunggu mereka datang aku join hayden, tokwan, daddy, mummy, hazym senang cerita keluarga hayden lah ha dekat luar rumah berborak .
Borak punya borak tiba tiba ada 6 biji kereta parking di depan rumah tokwan dan nek wan, tertanya tanya jugak siapa, keluar sahaja mereka dari kereta baru lah aku tahu itu pakcik dan makcik hayden. tokwan menjemput mereka masuk, dan kami menjamu selera .
Selesai sahaja makan aku masuk billk untuk solat asar, selesai je solat kaki ku menuju ke dapur terasa nak makan aiskrim yang beli tadi hehe .
bukak je peti ' eh takde ' terus ku dalam hati
Mana aiskrim aku ni ? huwaaa nak nangis rasa, nak aiskrim tadi . lama aku berdiri di depan peti sehinggalah sepupu hayden menegur aku"kenapa tercegat dekat depan peti tu "?
aku memandang ke arah gerangan tersebut lalu aku melihat di tangannya ada aiskrim ! aiskrim mochi aku !"did you eat my ice cream ?" tanya ku
"oh kau punya ke ? sorry but" ngap dia masukkan dalam mulut lebih an aiskrim itu "dah habis" dia senyum sinis
"tak reti nak mintak izin dulu ke sebelum amik makanan orang ?" kataku dengan nada biasa
"mana lah aku tahu tu kau punya, aku amik jela"
"aiskrim pun takboleh nak beli miskin " balasku
"eh yang kau nak meroyan sangat ni kenapa ? aiskrim je pun " marahnya
"eh meroyan lah sebab tu aiskrim suami aku belikan untuk aku, yang sibuk nak makan tu apa pasal "bentak aku
Dia geram lalu dia mencapai tudung ku untuk di tarik dan bermula lah perang dunia di dapur keluarga hayden. Aku tak tunggu lama aku pun tarik tudung dia ha dua dua mengaduh suruh lepaskan tapi peduli apa aku makin kuat aku tarik
"astagfirullah"

ANDA SEDANG MEMBACA
aisyana zahra [ OG ]
ActionMengisahkan tentang seorang gadis bernama aisyana zahra . Dia tinggalkan oleh keluarga sejak dari kecil , dia juga merupakan seorang peguam . Demi menegakkan keadilan , dia sentiasa di hantui oleh peristiwa hitam . Bertemu seorang lelaki bernama Hay...