Tiba sahaja ke kereta aku terus menuju ke office , sampai sahaja di bilik office ku terus aku menghempas bunga dan bag aku . Harini tiba tiba takde mood semua di sebabkan lelaki itu . Pagi ni aku tak di sambut macam biasa oleh kak lin sebab dia takde , dia balik kampung mak dia sakit so aku bagi cuti seminggu huwaaa bosannya . Aku bangkit lalu kaki ku menuju ke pantry , harini tekak rasa nak minum latte so bertukang lah aku di pantry .
Tiba tiba ada seorang pekerja datang menegur " Er boss buat apa dekat sini ? " tanya qistina hairan tak pernah pernah boss dia masuk pantry .
" Buat air lah qistina takkan saya buat report pulak dekat sini " kata ku sambil menghirup air yang aku buat .
" Lah kenapa bos tak panggil tea lady je , susah susahkan boss je "
" Takpela sekali sekala susah kan diri sendiri , asyik suruh orang je takkanla nanti kahwin ada anak saya nak suruh bibik yang basuh kan berak anak ? apa function ibunya " kata ku dengan selamba , aku ni tak tengok kiri kanan dah kalau cakap . Maklumla pekerja dekat sini semua macam kawan dah , aku layan diaorang sama rata je takde lebih takde kurang .
Tersenyum qistina melihat gelagat bossnya ' haihlah boss ' katanya di dalam hati . " saya masuk dululah ye " aku meminta izin untuk kembali ke bilik ku lalu dia menganggukkan sahaja .
Sampai sahaja di bilik terus aku membuka email dari kak lin untuk check apa kegiatan ku harini , maklumla lah kak lin takde semua kene buat sendiri ler hmmm . Tidak banyak perkara harini hanya perlu pergi ke site untuk check progress , sementara menunggu pukul 2 petang nanti aku check segala report yang ada . Pening kepala tengok report yang tinggi macam gunung tu , padahal semalam dah clear harini penuh balik aiyoo .
Aku tak sedar sudah masuk lunch hour pintu bilik ku di ketuk dari luar " Masuk " jerit ku di dalam .
" Miss dah lunch hour , miss tak keluar pergi makan ke ? " kata raif pekerja di sini , jam di tangan aku pandang alamak leka betul buat kerja sampai lunch hour pun aku tak perasan .
" Sorry saya tak perasan , nak keluar la ni awak pun pergila makan dulu . Thanks ingatkan saya " kata ku sambil mengemas meja dan dia senyum dan hanya mengangguk lalu keluar dari bilik ku . Segala suis aku tutup dan kaki menuju ke kereta .
Harini rasa macam nak makan oden so aku memandu ke family mart yang tidak jauh dari office . Sampai sahaja di situ aku memesan oden ,aiskrim dan tak lupa juga chocolate frappe dia sudah lama tak menikmati makanan dari family mart , kalau dulu dekat german takde macam ni huhuhuhu . Aku tak makan dekat situ , setelah pesanan ku siap terus aku ke kereta dan menuju ke pantai . Ada banyak masa lagi boleh lah lepak lepak sekejap hehehe .
Sambil menikmati oden sambil mendengar hembusan ombak tenang je dengar . Lama aku duduk di pinggiran pantai dan aku berasa ada yang memerhati dari jauh , aku pusing kiri kanan belakang tapi dia siapa pun di situ . Tapi ada kereta hitam yang duduk tak jauh dari kedudukan ku , aku hanya mengangkat bahu tanda tak kisah . Selagi orang tu tak kacau aku aku tak kisah .
Siapakah gerangan yang di dalam kereta itu ? Dia adalah irfan anak kepada Dato' Addy , dia sudah berjanji kepada ayahnya yang dia akan perhatikan aisyana dari jauh .
Terasa sudah lama aku di situ aku mengambil keputusan untuk ke site , sampai sahaja di situ aku terus mengambil topi keselamatan lalu berjumpa dengan Tuan Osman , dia yang handle project untuk kalini .
" Assalamualaikum cik aisyana , baru sampai ke ? " tanya Tuan Osman
" Waalaikumussalam , ye tuan osman baru je . So ada apa apa yang saya perlu tahu ? " tanya ku sambil menutup bahagian mata ku dengan tanya , panas sungguh harini . Nasib baiklah pergi pantai tadi tak panas macam ni .
" Setakat ni apa yang cik aisyana perlu tahu dalam 4bulan dari sekarang bangunan ni dah boleh siap , barang semua dah cukup dan progress untuk bangunan ni sudah cecah 80% " terang Tuan Osman dan aku hanya mengangguk .
" Bagus well done Tuan Osman , saya suka kerja awak . Kalau ada apa apa terus contact saya takpun PA saya kak lin , jangan lupa pesan dekat diaorang kerja kerja jugak keselamatan jangan lupa . Kalau takde apa apa saya mintak diri dulu ye " izin ku lalu Tuan Osman mengangguk lalu senyum dan dia menghantar pemergianku .
Selesai sahaja check tapak site terus aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah . Sampai sahaja di rumah terus aku solat zohor memandang waktu dah nak habis , selesai sahaja solat terus aku membersihkan diri . Sambil menunggu asar aku turun ke dapur niat nak memasak tapi bila bukak peti hanya ada sayur
" aku nak masak apa takkan nak makan sayur ? hmz " aku menggaru tepi kepala , nampaknya aku terpaksa makan macaroni instant jela . Tengah sedap masak macaroni tiba tiba telefon ku berbunyi Kring kring kring aku melihat nama pemanggil ' unknow number ' aku biarkan saja tapi tula 3 kali bunyi semak jugak , aku merengus lalu mengangkat call itu .
" nak apa ? " tanpa salam terus aku sergah .
Pemanggil di sana ketawa sinis " How are you miss aisyana or should i call you eagle ? " dia ketawa sinis

ANDA SEDANG MEMBACA
aisyana zahra [ OG ]
AçãoMengisahkan tentang seorang gadis bernama aisyana zahra . Dia tinggalkan oleh keluarga sejak dari kecil , dia juga merupakan seorang peguam . Demi menegakkan keadilan , dia sentiasa di hantui oleh peristiwa hitam . Bertemu seorang lelaki bernama Hay...