Sampai sahaja dirumah adila , aku memberi salam dan aku di sambut oleh bibik " Mba aisyana , mahu ketemu sama mba dila ya ? " dan aku mengangguk , bibik pelawa aku masuk dahulu sementara dia membuat air .
Sambil menunggu sosok mama adila iaitu Datin Syuhaila turun dari tangga , dia sedar akan kehadiran ku dan kakinya di bawa mendekati ku " Eh aisyana bila sampai ? nak jumpa dila ye ? kejap ye mama panggil " kata Datin sharifah
" Baru je sampai mama , aah nak jumpa dila " Jawab ku sambil tersenyum , ke semua makcik aku hanya dia seorang gelaran mama yang dituturkan di bibir aku .
" Adila , aisya datang ni . Kejap ye aisya mama minta diri dulu nak pergi dapur masak " Jerit mama di tangga memanggil adila lalu meminta diri kepada ku . Aku tersenyum dan mengangguk .
Nampak sahaja sosok adila turun dari tangga aku tersenyum . " kau kenapa senyum senyum , ada berita gembira ke ? " tanya adila dengan penuh semangat , biasanya ada berita gembira je aku senyum.
" Takde lah " tiba tiba senyuman ku mati , lama kami berdiam diri , lalu aku membuka bicara " aku jumpa uncle addy tadi " kataku sambil memandang karpet bawah .
" Hah ? bila kau jumpa ? Uncle cakap apa ? lepastu kau okay tak ni ? " bertubi tubi soalan di ajukan oleh adila , tak menyabar betul minah ni .
" Macam biasalah , aku okay je . Tapi aku tak tahu bila aku bersedia untuk berhadapan dengan diaorang . Bukan mudah dila untuk aku hadap diaorang , aku takut aku terkasar terlepas kata aku taknak diaorang benci aku " aku berkata sambil menahan gentar di hati , mata ku tidak berkaca tapi hati ku seperti kaca yang mahu pecah .
' Kau baik aisyana , orang dah buat kau dah tinggalkan kau pun kau still baik dengan orang . Hati kau diperbuat daripada apa ni aisyana . Kalau aku jadi kau aku tak sanggup nak maafkan diaorang , aku biarkan sahaja aku berkata kasar biar sahaja mereka terasa kerana mereka layak dapat layanan macam tu , 23 tahun bukan mudah aisyana aku yang membesar dengan kau aku tahu sakit dia macam mana ' monolog adila di dalam hatinya sambil melihat aku yang termenung memandang pemandangan di luar .
" Jangan fikir pasal tu lah aisya , aku tahu kau mampu . Takpe aku ada dengan kau , aku selalu ada dengan kau aisya " adila menggengam tanganku menyalurkan kekuatan kepada ku . Kami berborak lama sehingga jam di tangan aku melihat sudah hamper maghrib , aku meminta diri untuk pulang . Kaki di bawa menuju ke kereta dan memandu pulang ke rumah ku .

ANDA SEDANG MEMBACA
aisyana zahra [ OG ]
ActionMengisahkan tentang seorang gadis bernama aisyana zahra . Dia tinggalkan oleh keluarga sejak dari kecil , dia juga merupakan seorang peguam . Demi menegakkan keadilan , dia sentiasa di hantui oleh peristiwa hitam . Bertemu seorang lelaki bernama Hay...