AZ : PART 21

8 1 0
                                        

Sampai sahaja di rumah Datin syuhaila terus kami di sambut olehnya . " anak bonda " dia memeluk aku . " mari masuk , bonda ada masak banyak " , kaki kami menuju ke ruang makan .

" yeayyy bonda masak , rindunya nak makan masakkan bonda kan zyden " terliur betul dia tengok makanan yang banyak tu nyum nyum .

" fuh ni mesti sedap ni , kalau tak habis nak tapak boleh bonda ? " seloroh zyden , budak ni tak malu betul .

" jaga sikit perangai kau zyden , tak malu betul " marah lucas , yang lain hanya menggeleng kepala tahu dah perangai si zyden dengan jay tu macam mana .

" biarlah dia lucas , meh duduk meh " bonda mengleraikan pergaduhan itu lalu menyuruh mereka duduk .

aku memandang sekeliling tidak nampak kelibat uncle addy mahu pun anak anaknya . " mana uncle addy dengan anak anak bonda ? tak balik ke ? " tanya ku sambil mencedok nasi ke dalam pinggan .

" balik kejap lagi sampailah tu , takpe aisyana cedok je nasi tu dulu bonda nak ke dapur buat air " tengah tengah cedok nasi aku terdengar orang bagi salam lalu aku menyambut salam tu .

Nampak sahaja kelibat uncle addy , irfan dan imran aku terus tersenyum . Mereka membawa kaki mereka menuju ke ruang makan , " ramai rupanya meriahlah rumah uncle " dia tersenyum melihat semua yang ada di meja makan .

" awal uncle , abang irfan dengan abang imran balik " kata ku .

" awalla sebab bonda kata ada tetamu special nak datang tak sangka ramai rupanya " jelas irfan

" sihat lucas ? " tegur imran kepada naim , mereka merupakan kawan baik . mereka lahir pada tahun yang sama kiranya umur samalah, dah 30an bila nak kawin taktau .

" sihat alhamdulillah , kau ? " tanya dia semula

" sihat macam ni jelah , eh jemputlah makan " pinta imran

" patutlah riuh semacam bonda dengar , rupanya semua dah ada jom makan " datang sahaja bonda terus kami menjamah makanan yang ada sambil berborak borak bertukar cerita . Maklumla dah lama tak berkumpul memang banyak mende nak di cerita .

Selesai sahaja kami makan dan solat maghrib kami di jamu dengan kek coklat Datin syuhaila .

" lama ke korang dekat sini ? " tanya uncle addy

" kami ikut aisyana uncle , kalau dia tak balik italy kami pun tak balik lah . her safety oils out priority " kata raihan sambil menyuap kek ke dalam mulutnya

" baguslah kalau macam tu , tolong tengok tengokkan anak bonda sorang ni ye " bonda mencapai tanganku lalu tersenyum , aku hanya membiarkan sahaja .

Tiba tiba kedengaran sudu jatuh " ka...kami ni bukan anak bonda ke ? " sayu je suara jay , Allahuakbar mula dah drama dia ni , sedih sedih pun kek tetap masuk mulut

" eh apa cakap macam tu kamu semua pun anak bonda tapi kamu semua lelaki pandai berlawan jadi bonda tak risau lah , ni ha anak bonda sorang ni perempuan lai lah " Datin syuhaila meneluk bahuku

" eee bonda aisya pun pandai berlawan lah " protesku , aku memuncungkan bibir sambil memusing ke arah lain tanyanya merajuk .

" alah merajuk dah anak bonda ni , yela yela apa apa pun mereka tetap kene jaga aisya okay " pujuk Datin syuhaila dan aku tersenyum mengangguk .

Jam di dinding aku pandang sudah hampir pukul 9 , aku meminta diri untuk pulang lalu bersalam dengan Datin syuhaila .

Sampai sahaja aku di rumah aku terus mandi dan solat isyak , selesai sahaja solat teh chamomile aku bacuh maklumlah kitanya susah nak tidur kene la minum teh ni . Berkesan jugak , senang lah kerja takdela asyik makan ubat tidur je kihkih .

Lama kelamaan aku berasa mengantuk tak sempat nak masuk bilik puk aku terlena atas sofa di ruang tamu .

Ting ting ting telefon ku berbunyi menandakan massage masuk , aku terjaga kerana ringtone itu agak kuat . Aku capai telefon ku dengan mata yang mengantuk, aku melihat jam baru pukul 2 pagi lalu aku membuka massage dari gerangan tersebut .

unknow number
Have fun ? have you received my gift ? not yet right ?
I hope you like it , see you eagle

Hadiah ? hadiah apa ? kenapa lah pukul 2 pagi dia nak aku berfikir ? " ni kalau suruh jay track no ni pun takde function confirm no pakai buang " tanpa memeningkan kepala aku sambung tidur .

Azan subuh berkumandang lalu aku bangkit menuju ke tandas untuk mandi dan berwuduk , selesai sahaja aku terus menunaikan solat . Hari masih awal baru pukul 6:30 pagi , aku memutuskan untuk membaca semula case yang di tulis oleh puteri .

' king terlibat '
' orang berdekatan '
' jangan mudah percaya orang , terkadang musuh sendiri di dalam selimut '

" Maksudnya king ni anggota keluarga aku ke macam mana ? damn kenapa rumit sangat ni . Bagi aku petunjuk lagi Ya Allah bantulah hamba mu ini " aku menekup muka ku di antara lutut .

Jam dinding aku pandang , sudah pukul 8 pagi ' baik aku bersiap ' kata ku di dalam hati .

Siap sahaja terus aku menuju ke office , butang tingkat 25 di tekan . Sampai sahaja di office aku di tegur oleh kak lin macam biasa , buka sahaja pintu dang! bersepah ! bilik aku bersepah, macam kene pecah masuk . Eh ni bukan macam dah memang ye kene pecah masuk !

Tiba tiba aku di sapa oleh adila " Selamat aisyan... , Allah apa yang terjadi ni aisyana ? " dia terkejut melihat bilik ku yang bersepah itu .

Aku terkejut akan kehadirannya , dah la main sergah je kang mampus aku kat situ siapa susah ? " mana la aku tahu , aku pun baru datang " kataku , tiba tiba aku teringat massage yang aku dapat pukul 2 pagi tadi " jadi ni hadiah yang kau katakan ? " aku berkata sendiri .

" hah ? hadiah apa ? aku tak bagi kau hadiah lah ! baik kau cakap kau tahu sesua.. hmphhhh " aku tutup mulut adila , bising betul dia ni .

" kau ni cuba cakap elok elok jangan jerit boleh tak ? makin pening kepala aku " aku melepaskan mulutnya lalu aku memicit kepala . tanpa menunggu lama aku menuruh kak lin panggil cleaner . Sampai sahaja dia terus aku berpusing ke arahnya .

" kak ton , tolong kemas bilik saya boleh ? saya ada hal nak keluar " suruh ku , kak ton hanya mengagguk lalu aku menarik tangan adila menuju ke satu tempat .

aisyana zahra [ OG ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang