keesokkan harinya aku dah boleh discharge , dari mula bukak mata sampai lah sekarang hayden yang uruskan semua . Dari bill hospital sampai ke semua bag pakaian aku dia yang uruskan , boleh dah ni nampak ciri ciri suami dan ayah yang berjaya hehehehe
" jom " kedengaran dia masuk lalu berkata
" dah siap ke semua ? " tanya ku
" dah sayang , tinggal kau keluar dari bilik ni je " katanya sambil tersenyum
Hahahaha comel betul dia ni geram sis! aip no no
" larat tak ? kalau larat kita pergi beli barang hantaran " tanya nya sambil mengekori aku keluar dari wad itu
" larat je jom lah " kata ku dan dia mengangguk.
Kami berdua berjalan menuju ke kereta , dia membawa bag pakaian aku dan aku hanya berjalan dengan tangan kosong sebab tak boleh nak angkat benda berat lagi takut luka jahitan dekat perut terbuka huh .
Bagaikan mimpi yang aku di tikam, seder tak sedar dah seminggu perkara itu berlaku , dia memetik jarinya di depan muka ku .
" taknak masuk ke sayang ? "
" huh ? " aku blur
" taknak masuk ke ? ke nak termenung sampai esok dekat sini hm ? " taktahula dia perli ke apa , rupanya dia dah bukakkan pintu kereta dari tadi patutla
Aku tersengih sehingga menampakkan gigi ku , dia hanya tersenyum melihat gelagat ku dan menggelang haihla cik tunang kita ni .
Kami berdua menuju ke mall untuk membeli sedikit barang hantaran , first stop kami pergi ke kedai emas katanya dia nak beli cincin kahwin dan gelang emas untuk batalkan air sembahyang . Aku hanya ikutkan sahaja , tentang design dia suruh aku pilih dia hanya bayarkan sahaja .
Aku sejenis tidak suka barang kemas yang besar dan over jadi aku memilih gelang emas yang halus dan terdapat loceng dan love yang bergantung , manakala untuk cincin aku memilih yang ada permata sekelilingnya . Harga untuk kedua duanya adalah RM10,000 , tak terkejut pun tengok harga sebab dia kan kaya ehek . Dia mengeluarkan black card nya lalu membayar , selesai bayar kami keluar lalu aku bertanya
" nak pergi mana lepas ni ? "
" kita pergi cari Al-quran dan sejadah lepastu set wangian sebab rasanya yang lain nanti mummy akan settlekan " jelas hayden
Aku hanya ' ooo ' kan sahaja , aku menunggu hayden di kerusi di depan auntie anne sebab katanya dia nak ke tandas , tiba tiba sakit perut . Semantara aku menunggu dia aku bermain dengan telefon ku dulu , tak lama tu aku di tegur seseorang
" eh you yang haritu kan ? " tanyanya
Lalu aku mengangkat muka memandang ke arah empunya suara , alamak bala dah datang ni kalau dia sepak muka aku sekali lagi memang aku ganyang perempuan ni dekat sini .
" pardon ? " aku mengerutkan muka
" yes you lah yang haritu , ni keluar dengan jantan mana pulak ni ? siapa beli emas bagai ? " sinis sahaja dia berkata
Amboi dia ingat aku ni cop lelaki ke ? " eh cik kak , yang cik kak sibuk tentang saya ni kenapa ? ikut suka hati saya lah nak keluar dengan siapa pun ada kacau kain cik kak ke ? " aku membalas , taknak , aku taknak kalah
Dia bengang , aku boleh nampak muka dia yang sedang menahan amarah itu . Ha kejap lagi meletuplah , meletup macam bom yang aku kene tu .
" you ni memang kurang ajar kan ? macam mana lah hayden ni suka you " katanya sambil melilau tangan di dada
Hayden ? apa kene mengena dia dan hayden ? " eh kalau dia suka saya pun ada masalah ke ? " tanya ku
" dia tu boyfriend i ! mesti la ada masalah ! " jerit dia , weh bingit dari adila minah ni . Boleh dah kut lawan jerit dengan adila
" yeke ? takde pulak dia cakap pasal awak , ke awak ni jenis yang syok sendiri yang tergila gila kan orang tapi orang tak pandang ? opss hahahah " aku pura pura ketawa sambil meletakkan tangan ke mulut ku
Membuak buak amarahnya , dia mengangkat tangan untuk menampar ku belum sempat tangannya mendapat di pipi ku ada satu tangan yang menghalangnya .
" how dare you touch my wife ? " kedengaran suara hayden celah gigi
Dia terkedu melihat hayden di situ " yo..you no i tak sentuh dia you salah faham ni " tergagap dia , ha tadi berani sangat pastu mula lah kecut perut
" kau okay tak ? " tanya dia , dia membelek tubuh ku dari atas hingga bawah
" tak , kalau lambat sikit mungkin dah lama dia tampar saya buat kali kedua " rengek ku , nampak gedik tapi peduli apa aku
Bulat mata hayden " kali kedua ? maksud kau ? " dia memandang ke arah tasya " kau pernah tampar dia ke tasya ? "
Menggeleng perempuan tu di buatnya , aku sudah tersenyum sinis melihat muka dia yang pucat itu ahak padan muka kau .
" last warning from me tasya jangan pernah kau sentuh dia sekali kau sentuh memang nahas aku kerjakan kau and tolong tanam dalam kepala kau yang kita takde hubungan apa apa , kalau aku tahu hubungan aku dengan dia retak kau yang aku cari dulu , you know me right ? mark my words tasya ! " jerkah dia lalu dia menarik tangan aku menuju ke kereta , meninggalkan dia terkulat kulat di situ .
Masuk sahaja ke kereta terus dia aku mulakan bicara .
" er macam mana dengan barang yang kita nak beli tadi ? " berhati hati aku tanya , risau betul dia mengamuk sini kang dia campak aku dekat minah tadi
" nanti aku suruh mummy uruskan and kau " dia mencerlung tajam ke arah ku , aku hanya mampu menelan air liur terasa kesat lah pulak
" kenapa tak bagitahu aku yang tasya tu tampar kau ? " tanyanya
" ala waktu tu kita tak kenal lagi , takkan lah tiba tiba saya nak bagitahu awak yang saya kene tampar ? nanti awak kata saya buang tabiat pulak ha " jelas ku sambil muncungkan bibir
" muncunglah muncung aku cium nanti baru tahu , dahla banyak cakap " dia buat muka gatal nya
" eee pervert , bagitahu mummy " dia hanya menggeleng san ketawa
Kami keluar dari perkarangan parking , keluar sahaja terus dia berkata " aku suka kau rengek macam tadi nanti lepas kahwin buat lah selalu dapat pahala and you look more sexy when you do that " katanya sambil mengenyitkan mata sebelum focus ke depan semula
Aku tak payah cakapla muka dah merah macam tomato , eee tak suka hayden yang ni . Gatal miang semua adalah menyampah , aku jeling ke arahnya .
" auch garangnya , sexylah " katanya lagi
Aku menghadap ke luar tingkap " shut up hayden "
bergema ketawanya di dalam kereta itu .

ANDA SEDANG MEMBACA
aisyana zahra [ OG ]
AçãoMengisahkan tentang seorang gadis bernama aisyana zahra . Dia tinggalkan oleh keluarga sejak dari kecil , dia juga merupakan seorang peguam . Demi menegakkan keadilan , dia sentiasa di hantui oleh peristiwa hitam . Bertemu seorang lelaki bernama Hay...