AZ : PART 32

6 1 0
                                    

Sampai sahaja di rumah ku tak dan untuk aku mengemas bagasi terus aku menuju ke tandas untuk mandi berlengas badan . Selesai sahaja mandi aku solat zohor lalu mengemas bagasi , penat betul padahal kemas baju je .

Aku merebahkan diri di atas sofa , aku melelapkan mata sekejap. Niatnya sekejap ke tapi bila tersedar dah asar kau ha takboleh percaya kalau kata nak lelap kejap . Aku bangun lalu mengambil wuduk menunaikan solat asar . Tiba tiba kedengaran telefon ku berbunyi .

' unknown number ' siapa pulak yang call aku ni ? malas betul nak layan . Bila aku tak angkat , bunyi message  masuk pulak ting ting ting!

unknow number
pick up mu call
it's me hayden

Lah hayden ke , mana la aku tahu sebab aku tak save number dia ehek . Tak lama tu dia call semula dan aku angkat .

" hello ? "

" kenapa tak angkat call aku ? message aku pun baca je "

" mana lah saya tahu tu number awak , ni pun saya baru tahu "

" save tau jangan lupa "

" awak call saya kenapa ? "

" saja nak dengar suara kau , saja nak suruh kau save number aku tu je function aku call "

" awak ni , dah lah saya letak dulu "

Hayden POV
Tak sempat aku nak cakap dia dah tutup aku hanya tersenyum " haih aisyana aisyana you drive me crazy "

Aku jatuh hati pada dia ke ? lain macam rasa dia kalau dekat dengan budak ni haih la jantung . Aku menekup muka ku ke bantal lalu menjerit . Tiba tiba kedengaran pintu ku di buka

" Angah kenapa ni ? terjerit jerit macam orang tak betul ni " kata Puan Sri Seroja

" angah okay mummy don't worry hehe " aku senyum lalu menunjukkan gigi ku

Sikit lagi nak kantoi kus semangat . Boleh gila aku kalau macam ni

Back to aisyana POV

" tah apa apa mamat tu buang masa aku je "

Tiba tiba perut ku berbunyi tanda apa ? tanda lapar lah ehek , aku malas nak masak jadi aku nak keluar tapi taknak keluar sorang jadi aku call adila . Complicated kan ? peduli apa aku

Aku bersiap untuk keluar dengan adila pergi makan lepastu shopping sikit biasalah perempuan kan . Aku ke rumah adila untuk mengambilnya , dia ni memang pemalas nak bawak kereta sendiri nak jugak orang amikkan . Aku ingatkan boleh la rehat sebab nak suruh dia amik rupanya tidak hampeh betul .

Kunci kereta audi Rs7 aku capai lalu aku bergerak memandu ke rumahnya , sampai sahaja di rumahnya terus kami bergerak ke mall .

" Nak makan apa ? " tanya ku sambil mata melilau cari parking

" Johnny nak ? " tanyanya

" boleh jugak , lama aku tak makan johnny " aku bersetuju dengan pendapat nya , ada sahaja parking kosong terus aku masuk .

Kaki kami di bawa menuju ke tingkat 2 di mana restaurant johnny di tempatkan , kami memesan makanan . Sementara menunggu makanan sampai adila bertanya

" So macam mana kes dekat italy ? " tanya dila

" Okay je , tapi tula kesian jugak aku dekat dia . Dia guna duit syarikat sebab terpaksa bayar hutang suami dia " jelas ku , tiba tiba makanan sampai

" Ada lagi eh lelaki macam tu ? harap kan bini dia je yang cari duit , sepatutnya lelaki lah kene cari duit bagi nafkah dekat isteri " bebel adila , aku hanya mengangkat bahu tanda tak tahu

" dah jangan beleber please , baik kau makan kalau tak aku habiskan semua ni nanti " ugut ku

" ahh janganlah , tak boleh " kata adila

" lepas ni kita window shopping eh " kata adila lagi

" eleh konon nnti beli jugak , belinya bukan satu dua heh " perli ku

" hehe biasalah perempuan kan kau ni macam tak biasa pulak " gedik suara gedik dha keluar

" apa apa jela , dah makan ni habiskan " arah ku

Kami menikmati makanan kami dan selesai sahaja terus kami ronda ronda masuk kedai sana masuk kedai sini tapi belinya tidak aduhai , setelah sekian lama ada jugak beli barang dari kedai bonia . Tu pun dia beli card holder kemain kau bonia ha . Selesai sahaja membeli kami membuat keputusan untuk balik .

aisyana zahra [ OG ]Where stories live. Discover now