Seminggu sudah berlalu , hari ini hari di mana aku sah menjadi tunang kepada hayden . Pagi itu Mak ani datang untuk makeup kan aku , aku hanya mengenakan makeup simple tak heavy light light sahaja , katanya muka aku sudah cantik takpayah makeup tebal tebal .
Aku mengenakan dress putih dan aku memegang bunga , pintu bilik ku di kuak dari luar dan muka Datin Syuhaila memenuhi ruang pintu itu " keluarga hayden dah sampai , aisyana bolehlah turun " kata Datin Syuhaila
Dia berjalan mendekati ku lalu memegang tangan ku " cantiknya anak bonda ni " katanya dan aku memberikan senyuman paling manis kepadanya " jom keluar " dia menarik tanganku menuruni tangga
Turun sahaja flash dari camera menerjah mataku , aku mengambil tempat duduk di atas kerusi yang di sediakan , aku melihat mummy hayden datang mendekati ku bersama cincin . " Tangan sayang mummy nak sarung cincin " aku tersenyum lalu menghulurkan tangan ku kepada Puan Sri Seroja
Camera tidak henti henti mengambil gambar setiap gerak geri ku , Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Harini ini sah menjadi tunang kepada hayden zarief , kelibat dia aku tak nampak tanpa menghiraukan nya aku terus ke bahagian makanan , terasa lapar lah pulak .
Tiba tiba ada orang berbisik di telinga ku " amboi makan tak tengok kiri kanan ye " katanya
Terkejut aku nasib baik tak naik tangan tampar dia ish " awak ni selalu terkejut kan saya " aku memuncungkan bibir
" muncungkan lagi bibir tu aku cubit nanti " katanya sambil membuat gaya mahu mencubit
" awak tak makan ke ? " tanya ku sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut
" tak , kenyang dah tengok kau " katanya
" ee pervertnya " aku menjulingkan mata ke atas
" kau nampak cantik harini " ye bukan aku tak perasan dia pandang aku tak lepas ye , seram sejuk rasa . Tiba tiba ada suara yang mencelah " amboi ni baru tunang ye belum kahwin lagi sabar sabar masih jauh perjalanan " adila mengusik
Aku jangan cakapla merah dah muka macam tomato , meja yang tadi kosong di penuhi oleh mereka bertujuh .
" tahniah miss " kat leo , terkejut kau dia ucap macam tu . Dia ni jarang nak bercakap sekali cakap terkedu semua orang
" Terima kasih leo " aku senyum kepadanya lalu aku memandang muka hayden , muka orang cemburu ehek
" tahniah sayangku aisyana , muah muah ! " kemain bunyi dia cium aku sampai melekat air liur nya
" eee apa ni , air liur kau adila ! " tinggi suara aku memarahnya dan kami berperang mulut di situ
" sikit je , kau dah tak sayang aku ke aisya ? " sedih sahaja suaranya
" sayang lah " dengan nada marah aku berpaling ke arah lain konon kononnya merajuk
mereka yang ada di meja itu hanya ketawa melihat berdua bergaduh bermasam muka .
Selesai sahaja majlis aku membantu Datin Syuhaila dan uncle addy mengemas apa yang patut , selesai mengemas aku duduk di gazebo di luar rumah itu . Saja lepak situ ambil angin malam .
" Besar dah anak bonda " aku memusing kepala melihat Datin Syuhaila dan Uncle addy datang menuju ke arahku dan aku tersenyum melihat mereka .
" terima kasih bonda , uncle uruskan majlis aisya . kalau takde bonda dengan uncle aisya taktahula apa jadi " kata ku
" sudah menjadi tanggungjawab uncle " dia memberikan senyuman kepadaku
Datin Syuhaila mencapai tangan ku , " aisyana sayang , sekarang dah jadi tunang orang nanti nak jadi isteri orang pulak . banyak benda yang aisya kena hadap lepas ni , bonda harap aisya selalu sabar ye sayang " dia mengelus lembut tangan ku tanpa ku sedar ada cecair yang turun di pipi ku iaitu air mata .
Datin Syuhaila mengelap air mata ku lalu berkata " jangan menangis sayang , bonda tahu aisya dah lama harungi perkara perkara yang tak sepatutnya aisya lalui . bonda tahu anak bonda sorang ni kuat kan terlalu kuat sampaikan orang boleh buat aisya macam tu " dari mengelus tangan dia mengelus bahuku
Uncle addy di situ hanya menahan air mata , kalau dia menangis siapa yang akan jadi penyemanagat mereka berdua ?
Tanpa mereka sedar ada mata yang memerhati kan mereka
" bahagia nampak , tunggu masa je . aku akan hancurkan kau sehancur hancurnya aisyana "
**
Pagi itu aku kembali ke office seperti biasa , berita aku bertunang sudah tersedar . Sekejap betul sebarnya haihlah ni semua kerja adila .
Sampai sahaja di office aku di usik oleh kak lin " wow berserinya tunang orang satu ini "
" kak lin janganlah " aku merengek dia hanya ketawa
Dia menghulurkan sejambak bunga rose biru kepadaku aku hairan siapa pulak yang bagi ni ? " cik tunang kesayangan awak yang bagi "
Aku hanya mampu tersenyum , aku bau bunga itu wangi . " jangan lupa buat kerja pulak takut lepas bertunang ni lupa jalan buat kerja " dia mengusik lagi
" akak dah lah tu " aku hentakkan kaki ku tanda merajuk
" alolo merajuk dah adik akak sorang ni , yela yela maafkan akak ye " dia memeluk bahuku . selesai sahaja drama dia itu aku terus berlalu masuk ke bilik ku
Aku menghantarkan message kepadanya
Aisyana Zahra
Thankyou for the flower
*picture*ting ting ting , aku melihat ke arah telefon ku
Hayden Zarief
My pleasure my sweetheart
Beautiful as always ❤️Aku tersenyum sambil menyandarkan diri aku ke kerusi huwaaa ada rama rama dalam perut , dah macam ulat bulu dah kalau aku bayangkan perangai sendiri er
Sedang aku leka tersenyum sendiri tiba tiba aku dapat call dari ' Dato' Fakhrul Aziz ' mungkin ini masanya aku berhadapan dengan mereka .
Aku tidak sempat angkat tetapi dia ada tinggalkan pesanan message .
Dato' Fakhrul Aziz
Kita jumpa di restaurant t'our lunch nanti
Ibu dan abah tunggu aisyana dekat sanaJam di tangan aku kerling ada lagi 3jam macam tu sebelum lunch hour , tanpa membalas message yang aku sambung buat kerja .
Sedang leka buat kerja kedengaran pintu ku di ketiak dari luar " masuk " muncullah kak lin di muka pintu .
" taknak lunch ke ? " tanyanya , jam di tangan aku pandang sudah masuk lunch hour .
" thanks ingatkan aisya akak , akak pergilah dulu aisya nak mengemas sekejap " kataku , lalu dia menganggukkan kepala dan berlalu pergi .
Selesai sahaja mengemas bag tangan dan kunci kereta aku capai . Aku menuju ke kereta lalu memandu ke restaurant tersebut . Sampai sahaja aku tidak terus masuk , aku mengumpul kekuatan terlebih dahulu . Belum sempat aku melangkah ada orang berdiri di tepi aku dan aku memalingkan kepala melihat gerangan tersebut ' hayden '
" awak buat apa dekat sini ? " tanya ku hairan
" jom masuk , aku teman kau " katanya , dia seolah olah tahu yang aku memerlukan seseorang untuk berada di sisi aku di saat saat ini . aku mengangguk lalu kami berjalan menuju ke meja yang di tempat kan oleh Dato' dan Datin .
Sampai sahaja di meja mereka aku berhenti di sisi meja lalu mereka mengangkat kepala memandang ke arah ku dah mereka tersenyum lalu nampak sahaja kelibat hayden senyuman mereka mati .
" duduk lah aisya sayang " pelawa Datin Suraya
Hayden menarik kerusi aku lalu aku senyum ke arahnya dan melabuhkan punggung ku di atas kerusi itu . Dia duduk di sebelah ku .
" abah ingat aisya datang sorang " dia memberikan senyuman tapi aku beriak biasa sahaja
" maaf kalau Dato' dengan Datin kurang selesa tapi saya yang nak teman dia " kata hayden dan mereka hanya beriak biasa tidak angguk tidak geleng .
Tanpa menunggu lama aku bertanya " ada apa dato' dan datin nak jumpa saya ? " mereka sedikit terkejut dengan gelaran yang aku gunakan itu tapi mereka cuba beriak biasa .
" kita pesan makanan dulu ye " kata Datin Suraya dan dia memanggil waiter .
YOU ARE READING
aisyana zahra [ OG ]
ActionMengisahkan tentang seorang gadis bernama aisyana zahra . Dia tinggalkan oleh keluarga sejak dari kecil , dia juga merupakan seorang peguam . Demi menegakkan keadilan , dia sentiasa di hantui oleh peristiwa hitam . Bertemu seorang lelaki bernama Hay...