Selesai sahaja meeting sebentar tadi bersama mereka aku meminta diri untuk balik , takde lah balik saja nak jalan jalan pusing bandar hehe . Nak hilang kan stress orang kata .
Aku berhenti di sebuah bakery tiba tiba tekak ni terasa nak makan roti . Aku turun dari kereta lalu kaki di bawa menuju ke bakery tersebut , buka sahaja pintu aku di tampar oleh bau harum dari roti . Banyak pilihan roti yang di sediakan oleh kedai tersebut jadi rambang mata nak pilih , macam nak beli semua je ish tak baik tamak nanti tak habis .
Akhirnya aku memilih roti chicken floss , roti bersalut gula dan brownies cupcake , aku menuju ke counter untuk membuat bayaran . Selesai sahaja aku membuat bayaran terus aku menuju ke kereta dah takde apa apa nak beli so balik lah , tiba sahaja di kereta baru saja aku nak bukak pintu kereta aku di halang oleh seorang lelaki .
Aku mendongak lalu memandang ke arahnya terdapat 5 lagi orang di belakangnya " nak apa ? " aku bertanya acuh tak acuh aku ni penat tau kang aku sepak apa tak dapat , tiba tiba plastik roti ku dia campak ke tepi aku bengang lalu aku menumbuk perutnya , aku pantang betul orang kacau makanan aku .
" not bad " aku mendengar dia berkata kepada rakannya , aku bingung siapakah mereka ? tiba tiba aku di serang dari belakang terasa sakit kepala ku akibat di pukul kayu , tapi aku tetap gagahkan diri lawan balik . Dia menyerangku lalu aku membalas dengan sepakan di bahagian pinggangnya , dia jatuh melutut memegang pinggangnya . Aku memanjat belakangnya lalu memusingkan badan ku dan menjatuhkan badannya .
Datang lagi seorang dengan memegang pisau dia mengacukan kepada ku dan aku mengelak tapi terkena sedikit pada lengan baju ku dan ye terkoyak siut sungguh . Mahal mahal aku beli baju ni kau koyakkan memang nak kene , aku terus mengelak dari terkena pisaunya lalu aku menyepak tangannya dan pisau itu terjatuh . Aku diserang dari tepi mamat tu pegang pergelangan tangan ku lalu aku memusingkan tangannya ke arah ibu jari si penyerang dan dia mengerang kesakitan .
Tidak sempat aku menyepak dia tiba tiba sesuatu yang tajam hinggap di leher ku adakah ini picagari ? ye picagari aku di cucuk , terasa pedih tiba tiba kedengaran suara orang menjerit " Hoi " lelaki itu berlari ke arah ku . lelaki yang menyerang aku melepaskan aku begitu sahaja kaki ku sudah tidak kuat menahan aku hampir terjatuh tapi bukan ke tahan malahan di dakapan lelaki itu .
" Damn , izinkan aku angkat kau " itu ayat yang terakhir aku dengar sebelum dunia ku berubah menjadi gelap .
Aku terjaga dari lena ku tapi sangat berat bagi aku membuka mata , kepala ku masih lagi terasa sakit dan kesan di leher itu terasa sedikit ngilu bila di tekan . Aku sedaya upaya menggumpul tenaga lalu membuka mata , bilik yang asing bagi ku persoalannya ' aku di mana ? ' aku membelek seluruh badan tu Alhamdulillah masih lengkap berpakaian dan tudung . Tiba tiba kedengaran pintu bilik di buka dari lupa dan muncullah muka lelaki itu dengan membawa dulang makanan di tangannya , terus aku serangnya dengan soalan .
" Awak buat apa kat sini ? saya dekat mana ? awak siapa ? awak culik saya ke ? awak buat apa dekat saya ? keluar keluar ! " jerit ku sambil memegang erat comforter , dia terkaku melihat ku berkelip kelip matanya .
" Amboi cik kak satu satu lah " dia berjalan mendekati ku lalu meletakkan dulang makanan di atas meja sebelah katil .
" Apa aku buat dekat sini ? jaga kau , kau dekat mana ? rumah aku , culik kau ? ye , buat apa dekat kau ? kau tak ingat ke sayang ? " dia melabuhkan punggungnya di atas katil lalu mendekati diriku hampir berlaga hidungnya dan hidung ku , aku ketakutan ' Ya Allah tolonglah hantar seseorang selamat kan aku ' kata ku di dalam hati . Dia semakin mendekat , aku dah tutup mata taknak tengok huwaa nak balikkkkk .
Pukk! kedengaran orang di pukul lalu aku membuka mata " Bertuah punya anak " bebel wanita itu . " Mummy suruh angah hantar makanan je yang angah pergi usik dia ni kenapa ? " memetir suara Puan Sri Seroja , dia mendekatiku lalu memeluk bahuku dan aku membalas .
" Angah hantar makanan lah ni mummy tak nampak ke ? " katanya dia sudah memuncungkan bibirnya tanda tak suka bila kene marah dengan orang , aku hanya melihat gelagat nya comel!
" Ingat mummy tak nampak ke awak usik dia ? dah pergi keluar tutup pintu " arah Puan Sri Seroja , lalu pantas sahaja Hayden bangun " Eleh usik sikit je tu pun nak marah , kau lah ni rampas mummy aku " protesnya , aku terkedu melihatnya amboi suka suka dia je tuduh kita .
Puan Sri Seroja mengambil bantal yang ada di atas katil lalu baling ke arah anak keduanya itu " Apa cakap macam tu " tapi dapat di sambut olehnya , dia hanya tersengih menunjukkan giginya . Keluar sahaja dia terus Puan Sri Seroja berpaling ke arah ku . " Lama dah ke kamu bangun " tanyanya
Aku menggeleng lalu berkata " Baru je lagi er ? "
" Puan Sri Seroja " balasnya sambil tersenyum dia tahu pasti aku tertanya tanya namanya " tapi panggil je mummy "
" Baik , terima kasih puan eh mummy " suka dia melihat gelagat ku
" Ni mummy ada masak kamu makan lah ye ? nama kamu siapa ? " Tanya Puan Sri Seroja
" Aisyana zahra "
"Cantik namanya macam tuan dia " puji Puan Sri Seroja kau tanya senyum tersipu malu kita takboleh orang puji puji ni hehehe
" Macam mana saya ada dekat sini mummy ? " sambil menyuapkan bubur ke dalam mulut ku .
Belum sempat Puan Sri Seroja membuka mulut tiba tiba pintu di kuak oleh anaknya tadi " don't you remember ? someone is trying to kill you with drugs " katanya
Dia bersandar helok di pintu bilik , aku berkerut dahi mengingat semula kejadiannya gotcha dah ingat aku kene cucuk dekat leher . Patut rasa ngilu pada bahagian leher aku damn .
" Remember ? " dan aku mengangguk , Puan Sri Seroja meminta diri untuk keluar dia mahu memberikan ruang antara aku dan hayden .
![](https://img.wattpad.com/cover/366018873-288-k132215.jpg)
YOU ARE READING
aisyana zahra [ OG ]
ActionMengisahkan tentang seorang gadis bernama aisyana zahra . Dia tinggalkan oleh keluarga sejak dari kecil , dia juga merupakan seorang peguam . Demi menegakkan keadilan , dia sentiasa di hantui oleh peristiwa hitam . Bertemu seorang lelaki bernama Hay...