AZ : PART 17

6 1 0
                                    

Selesai sahaja solat zohor aku berehat disitu kerana aku mahu menunggu azan asar memandang kan ada lagi 20 minit sebelum masuk waktu asar . Selepas sahaja solat asar aku bercadang untuk singgah rumah uncle addy , ada perkara yang aku perlu selesaikan . Nak tenangkan ? kene lah mintak maaf ehek .

Aku memandu kereta menuju ke rumah agam uncle addy , sampai sahaja aku beri salam dan aku disambut oleh Datin Syuhaila " Waalaikumussalam , eh aisyana mari lah masuk " aku menyalam tangannya lalu dia manarik tangan ku lalu menuju je sofa di ruang tamu .

" Ada apa datang ni ? kenapa tak call bonda dulu ? boleh bonda siapkan makanan untuk aisya " katanya lalu dia senyum .

" Takyah lah susahkan bonda je , aisya datang tak lama pun . Erm aisya nak jumpa uncle addy , dia ada tak ? " ragu ragu aku bertanya .

" Ada ada , kejap ye bonda panggil " dia berlalu pergi menuju ke tangga , sementara menunggu aku melilau mataku di sekeliling rumahnya . Sunyi , mungkin anak anaknya kerja . Nampak sahaja kelibat uncle addy dan Datin Syuhaila terus aku membetulkan kedudukan .

" Kenapa aisya datang ? ada hal penting ke " tanya uncle addy

Aku menarik nafas sebelum berkata " Sebenarnya tujuan aisya datang aisya nak mintak maaf dekat uncle addy dan bonda , aisya tahu aisya tak patut layan uncle addy macam tu . Tapi aisya tak suka bila uncle addy tanya soalan macam tu , apa yang aisya boleh jawab aisya belum bersedia. Belum tiba masanya , bagi aisya masa nanti bila aisya dah sedia aisya sendiri akan jumpa mereka " tatapan mata sayu yang ku berikan kepada uncle addy dan Datin Syuhaila .

" Aisyana tak salah , uncle yang salah . Maafkan uncle kalau soalan yang uncle tanya buatkan aisya sakit hati " dia tahu yang dia salah , dia taknak kehilangan aisya lagi cukup lah sekali sahaja dia pernah kehilangan aisya .

Datin Syuhaila bangun dari kedudukannya lalu menghampiri aku , dia memeluk aku lalu melabuhkan ciuman di dahi ku " Bonda tahu perkara ni berat bagi aisya , tapi aisya kene ingat yang bonda dengan uncle sentiasa ada bersama aisya " dia mengelus lembut bahaku .

Aku memejamkan mata saat dia mencium dahiku, terasa sangat sperti seorang ibu mengalirkan kekuatan kepada anaknya . Perkara yang ku nanti nantikan dilakukan oleh ibu ku sendiri tapi semuanya hampa .

Terasa macam dah lama berada di situ aku meminta diri untuk pulang . Sampai sahaja di rumah terus aku solat isyak lalu tidur , aku sudah solat maghrib ketika di rumah uncle addy tadi .

' Kau pembunuh ! '
' kau penyebab mereka mati '
' kau lalai ! kau ketua yang mementingkan diri ! '

Dahi ku terasa berpeluh , aku memusing ke kiri dan kanan .

' kau yang patut mati bukan diaorang '
' kau memang pembawa malang '

Allahuakbar , aku terjaga dari tidur . Jam di dinding aku pandang baru pukul 3:30 pagi . aku mehela nafas mimpi itu kembali lagi setelah sekian lamanya , aku mengelap peluh di dahi lalu kaki ku di bawa menuju je bilik air . Aku mengambil wuduk untuk solat tahajjud , selesai sahaja solat aku duduk lama di atas sejadah

" Ya Allah jika benar ini kesalahanku kau tunjukkanlah , jika bukan kau ungkapkanlah kebenarannya Ya Allah . Hanya kepada mu aku mohon pertolongan , bantu lah hamba mu ini Ya Allah "

Selesai sahaja berdoa aku terus capai Al-quran untuk dibaca sementara menunggu azan subuh berkumandang . Azan subuh kedengaran lalu Al-quran aku tutup dan solat subuh . Selesai sahaja solat aku berniat untuk jogging di taman bandar , rasa macam dah lama tak jogging .

Sampai sahaja di taman bandar aku mula memanaskan badan lalu berlari keliling taman . Tiba tiba aku di halang oleh seseorang ' Allah bala mai dah '

" Excuse me ? dah kenapa halang jalan orang ni ? tak nampak ke orang nak jogging ? " aku merengus kasar , pantang betul orang halang jalan aku .

" you pun jogging sini ke ? i tak pernah nampak pun . Ke you stalk i ni ? " katanya sambil ketawa

" Ew takde masa lah dah tepi " aku menolaknya , terus dia genggam tangan aku . Mata aku membulat , eh jantan ni main kasar nampak .

" eh dah kenapa sentuh anak dara orang ni ? lepas lah lepas ! " jerit aku , tiba tiba ada satu tangan yang menghinggap di pipi aku , Allah terasa sangat sakit ye sampai terteleng kepala aku .

" eh perempuan , yang you gatal sentuh tangan boyfriend i ni kenapa ? " marah dia

" eh siapa sentuh siapa ni ? " aku geram lalu rambut mereka berdua aku tarik " suka hati mak bapak kau je lempang aku kan ? eh uncle aku pun tak pernah naik tanganlah dekat aku ! " bentak aku , mereka mengaduh kesakitan suruh aku lepaskan tangan ku .

Tiba tiba ada satu tangan yang memeluk aku dari belakang , Allah bala mana pulak main peluk aku sesuka hati ni !

" sorry ni isteri saya dia tak sihat sikit sebab tu jadi macam ni , come to me dolcezza " dia menarik tangan aku

" dolcezza kepala bapak kau lah , siapa bini hmphhh " hayden menutup mulut ku lalu aku berpaling dan memijak kakinya dan ye aku blah macam tu je . Tak lama tu dia memanggil aku tapi aku buat bodo je , dia geram lalu manarik pergelangan tangan ku dan ye auto tangan aku naik jugak dan ....

aisyana zahra [ OG ]Where stories live. Discover now