Back to aisyana POV
Keluar sahaja dari rumah uncle addy , kaki ku menuju ke kereta . Aku taktahu kenapa setiap kali berjumpa uncle addy mesti perkara tu yang dia akan bertanya terkadang aku muak . Tanpa membuang masa aku terus memandu kereta untuk pulang ke rumah , dah la banyak kerja haih ler .
Sampai sahaja di rumah aku terus masuk mandi dan solat , tak terasa nak makan jadi terus katil yang aku tuju . Kring kring kring tidur punya tidur tak sedar sudah hampir pukul 5:30 pagi , aku menutup jam dia telefon lalu bangun mandi dan terus solat subuh . Sementara menunggu pukul 8 pagi aku membuat dulu kerja yang boleh di buat .
Pagi tu terasa nak mengemas rumah so aku kemaslah rumah , buang tabiat ke apa kemas rumah pukul 6:30 pagi ? Ye seorang aisyana kalau dah takde kerja , kerja gila lah dia buat . Selesai sahaja mengemas rumah jam di dinding aku pandang sudah pukul 7:30pagi " Baik aku pergi mandi " kataku
Selesai sahaja mandi aku mengambil blouse berwarna putih plain seluar slack hitam dengan tudung hitam corak bunga . Minyak wangi lady million aku sembur lalu kunci kereta aku capai dan terus menuju ke kereta. Jam di tangan aku pandang masih awal ada dalam 40minit lagi sebelum ke office . Jadi aku membuat keputusan untuk berhenti di satu kedai bunga ' D'florist ' nama kedai bunga itu .
Masuk sahaja aku dia apa oleh pekerja di kedai itu dan mataku dihiasi dengan pelbagai jenis bunga segar dan mata ku memandang ke arah bunga rose biru sangat menarik dan cantiknya warnanya . " Erm miss can i get this flower ? " kata ku kepada pekerja itu sambil menunjuk ke arah bunga rose biru .
" Yes sure miss , nak beli sekuntum ke macam mana ? " balasnya dengan tambah .
" Bagi saya sejambak lah " biar pun aku tak suka bunga tapi taktau kenapa gatal nak beli bunga , self reward katakan . Self reward untuk apa pun taktau .
" Alright , tunggu sekejap ye saya siapkan untuk miss " dia mengambil bunga itu dan berlalu pergi ke belakang . Sambil menunggu aku ronda ronda di dalam kedai tersebut , menarik betul semua bunga di kedai ni cantik betul bunga matahari tu . Tak lama kemudian aku di tengur oleh pekerja tadi .
" Miss your flower is done , boleh bayar dekat counter ye " dia menunjuk ke arah counter dengan senyuman dibibir , aku membalas anggukkan dan senyuman " Terima kasih " kataku sambil melintasi dia lalu menuju ke counter . Selesai sahaja membayar aku terus menarik pintu nak tiba sahaja nak keluar.
Bugh!
Siapa pulak yang langgar aku ni , bunga tadi aku alihkan dari muka . Mak ai dia ni tak nampak ke aku nak keluar ? mata tu letak dekat mana ?
" Eh awak jalan pakai mata ke tak ? Ke buta " marah ku
" Eh kau tu yang jalan tak pakai mata nak salah kan aku pulak " sinis sahaja kata lelaki itu .
Amboi amboi cik abang , dahla pegang kopi itu kalau kena baju aku memang aku mengamuk jadi singa kau tahu . Dah lah harini aku pakai baju putih cis
" Kan saya bawak bunga ni awak tak nampak ke bunga ni besar mana lah saya nampak awak nak masuk , yang awak tu dah tahu nak masuk bagi lah orang keluar dulu ni tak main terjah je . Awak ingat saya ni halimunan ke ? " amik kau macam peluru keluar dari pistol laju betul mulut aku .
Lelaki itu terkedu lalu membuka cermin mata hitamnya , pergh cantik mat mata dia warna olive macam tu . Sedang leka aku memandangnya dia memetic jari di hadapan muka ku " Dah habis tenung aku ? kut ye pun nak tenung janganlah depan kedai orang . Lagi satu dah tahu kau tu kecik yang pergi beli bunga besar besar tu kenapa ? beli je lah sejambak " katanya tanpa tengok kiri kanan , pergh mamat ni aku bukak WWE kang naye .
Aku pukul dia dengan bunga aku " menyampah lah "
Dia mengaduh kesakitan " Aduh aduh okay sorry salah aku , sorry sorry " pujuknya
" Ok , dahla tepi saya nak keluar " tanpa menunggu dia ketepi terus aku tolak dia . Aku berjalan menuju ke kereta .
Hayden memandang sahaja aku sehinggalah hilang kelibat ku dan dia tersenyum " See you again my woman " lalu dia berlalu pergi dia ingatkan singgah sini nak beli bunga untuk mummynya tapi lain jadinya dia terjumpa bunga yang lebih menarik .
YOU ARE READING
aisyana zahra [ OG ]
AcciónMengisahkan tentang seorang gadis bernama aisyana zahra . Dia tinggalkan oleh keluarga sejak dari kecil , dia juga merupakan seorang peguam . Demi menegakkan keadilan , dia sentiasa di hantui oleh peristiwa hitam . Bertemu seorang lelaki bernama Hay...