Aku kembali ke kerusi lalu aku membuka laptop dan membuka ke semua email yang ada takut aku terlepas pandang email email yang penting . Aku melihat satu email yang di hantar oleh abah ku , aku tidak membukanya aku menghiraukan email tersebut .
Setelah lunch aku terus ke cafe tersebut untuk attend meeting bersama Dato' Luqman . Setelah tiba di cafe tersebut aku ternampak Dato' Luqman sedang menunggu ku , lalu kaki ku dibawa menuju ke arab meja tersebut .
" Maaf Dato' saya terlambat " kata ku kepadanya
" Tak mengapa miss aisyana , saya pun baru sahaja sampai . Boleh kita mula miss aisyana ? " tanya Dato' Luqman
" Boleh " jadi kami memulakan perbincangan tentang kerjasama kami untuk membangunkan bangun di Terengganu . Tidak sedar akan masa , masa telah berlalu sehingga jam 4 petang .
" Kalau macam tu apa apa saya akan maklumkan pada awaklah aisyana , tentang progress dia macam mana " kata Dato' Luqman
" Baik Dato' takde masalah apa apa boleh maklumla pada saya takpun pada PA saya , terima kasih untuk hari ini saya pergi dulu " aku minta diri sambil senyum dan berlalu pergi .
Harini sungguh meletihkan biar pun tidak banyak kerja yang aku buat , aku menghidupkan kereta dan menuju ke supermarket yang berdekatan . Tujuan ku ke sini untuk membeli bahan basah dan semua keperluan yang diperlukan .
Selesai sahaja mengambil cereal di raknya , badan ku di langgar oleh seorang lelaki . " Buta ke ? " getus ku di dalam hati .
" You okay ? sorry i tak nampak you tadi " kata lelaki itu . " Eh you aisyana !! " jerit lelaki itu .
" Allah bala apa pulak yang datang ni , kenapa aku boleh terserempak dengan mamat ni " kataku di dalam hati
" Bila you balik sini ? bukan you dekat italy ke ? " tanya dia lagi
" Baru je balik , takkanlah i nak duduk italy selama lamanya kut . I lahir sini kena lah balik sini " kataku
" Lah mana lah i tahu , you kerja apa sekarang ? kerja sendiri ke menghabiskan duit boyfriend lagi ? " katanya dengan nada yang sinis .
" Lol kerja sendiri lah tak hamaklah i nak guna duit orang , i masih mampu and i masih ada duit . Kalau i guna duit orang pun kenapa ? susahkan you ke ? ke you yang guna duit perempuan mana tah " hei aku pun boleh balaslah kau ingat kau sorang je boleh ? ni aisyana lah dasar jantan tak guna !
Dia terkedu , tak sangka aisyana yang dia kenal dulu menjadi begitu kasar orangnya
" Dahla i nak pergi nanti lambat pulak nak masak untuk boyfriend i , yela dah habis i guna boyfriend kan kena lah masak sedap sedap untuk dia " dan ye aku blah macam tu ye semak betul jantan tu .
Siapa lelaki tu ? dia lah EX BOYFRIEND YANG PALING TAK GUNA , dah kikis duit aku lagi kata aku yang guna duit lelaki lain puih lah . Dasar play victim .
Selesai membuat bayaran aku terus pulang ke rumah dan membersihkan diri . Setelah selesai mandi aku melepak di atas sofa sambil tengok running man dan ye aku gelak macam takde hari esok , aku kalau tak gelak macam orang gila tak sah kalau boleh sampai kepala bawah kaki kat atas boleh bayang tak ? kalau tak boleh kau buat lah tutorial sendiri ye kih kih . Sedang melayan running man aku mendapat panggilan dari adila , jam di dinding aku padang sekilas pukul 10 malam .
" Hello ? kenapa kau call aku dila ? " tanya ku dengan hairan , tak pernah pernah minah ni call waktu waktu macam ni .
" Aisya , diaorang .. diaorang dah balik " balas adila dengan nada yang risau
Prang , kata kata yang meniti di bibir adila seperti kata yang pecah . Tuhan kenapa semua ini berlaku dengan pantas , aku tak mampu nak hadapnya lagi .
![](https://img.wattpad.com/cover/366018873-288-k132215.jpg)
YOU ARE READING
aisyana zahra [ OG ]
ActionMengisahkan tentang seorang gadis bernama aisyana zahra . Dia tinggalkan oleh keluarga sejak dari kecil , dia juga merupakan seorang peguam . Demi menegakkan keadilan , dia sentiasa di hantui oleh peristiwa hitam . Bertemu seorang lelaki bernama Hay...