Setelah bertahun tahun lamanya dia di German kini dia pulang ke tanah air nya Malaysia . Dia aisyana zahra pulang ke Malaysia untuk membuka buku baru . Aisyana Zenia merupakan anak bongsu kepada Dato Fakhrul Aziz dan Datin Suraya , dia juga mempunyai dua abang yang sayang kepadanya tapi baginya semua itu hanyalah kata semata mata .
Mempunyai keluarga tapi berasa hidup sebatang kara itulah apa yang aisyana zahra rasa kan sepanjang 23tahun ini . Dibesarkan dan di didik oleh orang yang dia menganggap ayahnya sendiri tapi sayangnya dia bukan ayah kandungnya . letih dia letih kerana terpaksa menjadi kuat di waktu yang tak sepatutnya , terpaksa menjadi dewasa oleh keadaan yang tidak sepatutnya dia lalui .
Perit hidup yang dia tanggung selama 23tahun bersendirian mengajar dia menjadi seorang yang tabah , sabar dan kuat .
Aku berjalan keluar lalu mengambil bagasi ku di tempatnya , mata ku melilau mencari kelibat seseorang . Aku harap balik ke sini dapat mengubati luka yang aku simpan selama 23tahun ini .
" Aisya !! sini sini " jerit adila sambil melambai lambai dengan bersungugh sungguh kearahnya . Adila merupakan kawan baik aisya , kawan yang membesar bersama sama aisya .
Aisyana tersenyum melihat gelagat kawan baiknya itu , setelah tiba di hadapan kawan baiknya itu aisyana berkata " janganlah jerit jerit malu lah aku "
" Aaaa rindunya dekat kau " akhirnya mereka berpelukkan melepaskan rindu terhadap satu sama lain .
" Kau sihat aisya ? 6 tahun kau duduk sana makin kurus aku tengok dari sebelum ni . Kau tak makan ke aisya ? ke ada orang sakitkan kau ? kau bagitahu aku cepat aisya , biar aku tumbuk orang tu " bertubi tubi soalan dari mulut adila , tidak sempat aisyana hendak menjawab soalanya .
" Ya Allah , satu satu lah dila . Alhamdulillah aku sihat , kau sihat ? mana ada aku kuruslah sama je aku tengok . Takde , takde orang sakitkan akulah haih kau ni " Aisyana menjawab sambil ketawa .
" Ah yelatu kau , takpe takpe jom kita pergi makan sesi menggemukkan kau semula jom jommmmm " Adila menarik tangan aisyana menuju ke kereta sambil bercerita routine hariannya sepanjang ketiadaan aisyana .
Setiap kali call adila dia akan bercerita tentang semua benda termasuklah dia makan apa . Apa dia ingat aku boyfriend dia ke nak tahu semua benda ish . Adila merupakan seorang yang banyak bercakap dari kecil , tidak sepertinya pendiam dan bercakap bila perlu sahaja . Tetapi dengan adila dia banyak bercakap dan mudah tersenyum , baginya adila satu satunya rakan yang dia ada yang mampu membuat seorang Aisyana Zahra ketawa .
Adila merupakan sepupu kepada aisyana , mereka membesar bersama sama di Milan , Italy . Dia yang membesar bersama aisyana pun tidak sanggup lihat apa yang di lalui oleh sepupu kesayangannya itu . Bak kata uncle addy ' she is strong, she knows how to fight but she is also fragile at the same time ' . Jadi seorang aisyana zahra bukanlah mudah .

ANDA SEDANG MEMBACA
aisyana zahra [ OG ]
ActionMengisahkan tentang seorang gadis bernama aisyana zahra . Dia tinggalkan oleh keluarga sejak dari kecil , dia juga merupakan seorang peguam . Demi menegakkan keadilan , dia sentiasa di hantui oleh peristiwa hitam . Bertemu seorang lelaki bernama Hay...