Kedengaran pintu bilik ku di buka dari luar , jam menunjukkan pukul 3pagi . Aku ni mudah terjaga walaupun bunyi tu perlahan sahaja . Aku berpaling ke arah pintu dan nampak seseorang itu berjalan menuju ke arah ku " hayden ? "
" shh diam sayang hehe " dia menekup lembut mulut ku
" apa awak buat dekat sini ? " tanya ku
" nak tidur dengan sayang lah , dah ada isteri takkan tak boleh tidur dengan isteri " dia mencebik
Aku memegang pipinya " 3 hari je , lepas 3 hari nanti bolehlah kita tidur sama sama ye " aku memujuknya
" sayang 3 hari tu bukannya sekejap tau , dah la dulu kita tak boleh nak sentuh sentuh tapi bila dah kahwin kene tidur asing pulak " semakin galak dia merajuk
" hahaha comel lah "
Sedang aku ketawa dia memandang ke arah ku lama sehinggalah tangannya naik membelai rambut ku , alamak aku lupa aku tak pakai tudung . Eh takpela diakan suami aku bukannya berdosa pun .
" cantiknya isteri hayden ni " dia seakan akan memukau sehinggalah tangannya jatuh ke pipi aku
Aku menahan tangannya dari bergerak ke mana mana , budak ni tak boleh ni muka dahla pervert tacodnya
" pergi masuk bilik semula , nanti mummy tahu mummy marah lah " kataku
" taknak , jom jom tidur sayang "
" argh! " aku terjerit akibat dia menarik aku untuk berbaring lalu dia memusingkan aku menghadapnya hidung ku terkena dadanya dan aku mendongak memandang ke arahnya
" tidur sayang kalau tak saya cium awak " ugut nya
Cepat cepat aku menyorokkan muka ku di bidang dadanya, risau betul . Dia kedengaran aku berdengkur halus lalu menggeleng " selamat malam isteri hayden "
Akhirnya pada malam itu kami tidur bersama , tidur berpelukkan , tak menyabar betul mamat ni .
Kring kring kring! telefon jam ku berbunyi sudah tanda masuk waktu subuh , aku tekan untuk menutupnya . aku terasa ada benda berat di atas perut ku , sekak je comforter noh ada tangan seseorang aku menjerit tiba tiba gerangan itu bangun
" hey hey kenapa ni " dia menekup pipi ku dan memusing ke arahnya
Allah suami sendiri rupanya ingatkan siapa " sorry saya ingatkan siapa , biasanya bangun sorang je tiba tiba harini ada cik suami " aku mencuit dagunya
" amboi nakal ye sayang ni " dia mencubit pipiku
Takde ribut takde angin pintu bilik di rempuh oleh mummy dan daddy , terus aku sauk comforter bila nampak muka daddy .
" hayden ? kamu buat apa dalam bilik ni ! mummy dah pesan kan semalam " memetir suara Puan Sri Seroja di subuh hari
Dia bangun lalu berjalan mendekati Puan Sri Seroja
" hehe good morning mummy " dia mengucup pipinya lalu berlari keluar dari bilik" bertuah punya anak "
" yang di larang tu lah dia buat nya , awak tengoklah anak awak tu abang . ada jugak saya post telinga dia nanti " bebel Puan Sri Seroja
" sudahlah tu jom kita pergi bilik solat , aisya bersiap ye mummy daddy tunggu kat bilik solat " kata Tan Sri Firdaus
" baik daddy "
Keluar sahaja mereka terus aku mandi dan bersiap sedia ke bilik solat untuk menunaikan solat fardhu subuh .
[ bab ni pendek sikit plus maaf ye tak update :3 ]
YOU ARE READING
aisyana zahra [ OG ]
ActionMengisahkan tentang seorang gadis bernama aisyana zahra . Dia tinggalkan oleh keluarga sejak dari kecil , dia juga merupakan seorang peguam . Demi menegakkan keadilan , dia sentiasa di hantui oleh peristiwa hitam . Bertemu seorang lelaki bernama Hay...