AZ : PART 9

12 1 0
                                        

Aku pulang ke rumah dengan hati yang gembira , sampai sahaja rumah aku dia sapa oleh isteri ku Datin Suraya . " Awal abang balik harini , dah kenapa masuk rumah senyum senyum je ni ada apa apa berita yang gembira ke dekat office ? " Datin Suraya bertanya , kerana selalu nya kalau balik senyum senyum ni biasanya dapat project baru .

Aku menarik tangan isteri ku untuk duduk di sofa . " Awak tahu tak saya jumpa siapa harini ? " aku ajukan soalan kepada Datin Suraya .

" Siapa ? " Tanyanya hairan .

" Saya dah jumpa dia sayang , saya dah jumpa puteri bongsu awak sayang " jawab ku dengan muka bersinar sinar .

" Ya Allah betul ke abang ? abang jumpa dia dekat mana ? dia sihat tak ? dekat mana dia sekarang ? bawak saya jumpa dia bang , saya nak peluk dia bang saya rindu puteri bongsu saya bang " bertubi tubi soalan dari Datin Suraya , Datin Suraya menangis di dalam pelukan Dato' Fakhrul Aziz .

Aku menarik isteri ku di dalam pelukan ku , aku cuba menenangkan Datin Suraya . Tiba tiba kedengaran orang bagi salam .

" Assalamualaikum ibu abah , along dengan angah dah balik "

Kaki di bawa masuk ke rumah agam dan kami melihat ibu sedang menangis di pelukan abah , kami tertanya tanya kenapa ?

" Ibu kenapa abah ? ibu okay ke ? " tanya Amsyar kepada abahnya dengan muka yang risau . Ibunya tidak pernah menangis begini .

" Abah dah jumpa dia along angah , abah dah jumpa adik bongsu kamu berdua " cerita aku kepada anak sulung dan kedua aku .

Amsyar dan Afwaf terkejut akan apa yang Dato' Fakhrul Aziz sampaikan . " Ap.. apa abah ? betul ke ? dekat mana adik sekarang abah ? " tanya afwaf dia sungguh rindu kan adik bongsunya , 23tahun terpisah tanpa khabar berita , sihat ke tidak adiknya semua dia tidak tahu .

" Abah nak mintak tolong dengan along dan angah kalau terjumpa adik dekat mana mana tolong , tolong jangan paksa dia , jangan tanya dia macam macam . Cukup lah abah bagitahu yang dia sihat dan sangat cantik , adik kamu berdua sangat cantik . Dia dah matang , pandai berdikari , andai kata abah tak tinggal kan dia dulu mesti dia dah bahagia dengan kita " kata ku sambil memandang ke bawah menahan dari air mata jatuh

" Abang , saya nak jumpa anak saya bang . Saya nak mintak maaf pada dia bang , saya banyak dosa pada dia bang " Datin Suraya menangis semahu mahu nya .

" Nanti ye kita jumpa dia, belum tiba masa nya kita bagi adik ruang . Bukan mudah untuk dia terima semua ini selepas apa yang kita dah buat "

Kami sekeluarga hanya mampu berdoa agar Allah bukakan hati anak bongsu kami untuk memaafkan kami sekeluarga .

[ Harini update 2 chapter terus takut esok busy tak sempat update hehe jangan lupa comment ye , nak tahu apa yang patut saya improve ]

aisyana zahra [ OG ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang