" Bila ? " hanya kata itu yang mampu aku keluar kan .
" Tengah hari tadi , sekali dengan mama papa aku dan family uncle addy " adila seakan akan takut untuk tutur kan kata kata itu kerana dia tahu bukan mudah untuk aisyana melalui semua ini , tapi dia berjanji yang dia akan selalu ada dengan aisyana .
" Aku letak dulu , aku mengantuk " belum sempat aku menutup nama ku di panggil oleh adila .
" Aisya , aku tahu ni bukan mudah untuk kau tapi sampai bila kau nak berdiam aisya ? kau ada hak untuk bersuara . Aku selalu ada dengan kau aisya jangan risau , uncle addy pun ada dengan kau " dia cuba untuk pujuk aisyana , cuba untuk bagi semangat dekat aisya .
" Terima kasih dila , aku sayang kau selamat malam " aku menutup panggilan itu .
Malam itu malam dimana aku berasa sangat sesak , dada ku terasa sesak , terasa dicucuk cucuk tapi aku tidak menangis . Setitik air mata pun tidak jatuh , mungkin kerana aku sudah penat , aku sudah kebal melalui semua ini . Apa yang aku harapkan semuanya akan baik baik sahaja , kuatkan lah hamba mu ini Ya Allah , kata ku sambil memejamkan mata . Tidak sedar malam itu aku tertidur di sofa dengan hati yang sedih .
Pagi itu , aku mendapat panggilan dari uncle addy , tetapi aku tidak menjawab kerana aku tahu tujuan dia telefon . Ting ting ting bunyi chat yang masuk kedengaran dari telefon ku , iphone ku dibuka lalu membuka room chat dari uncle addy .
Uncle addy :
Aisyana sayang , kenapa tak angkat call uncle ?
Kita jumpa jom aisya , uncle ada beberapa benda nak bincang dengan aisya .
Uncle tunggu dekat cafe biasa ye , sharp 1pmMessages dari uncle addy aku biarkan terbuka , aku tahu tujuan dia mengajak berjumpa dan ye aku masih tidak mampu berhadapan dengan mereka lagi . Aku tidak kuat untuk menerimanya , aku bukanlah manusia yang pendendam tapi keadaan yang membuatkan aku menjadi bergini .
Aku bersiap untuk ke office , tiba sahaja di office aku terus masuk ke ruangan kerja ku . Sudah 6 tahun berlalu sampai ke hari ini aku masih mendapat email dari orang yang sama , aku tidak pernah membukanya sampai ke hari ini . Yang aku tahu mereka hanya mahu kemaafan , maaf maaf maaf itu perkara paling aku benci . Ye memang semua orang berhak mendapat peluang kedua tetapi kalau dah sampai 2 kali ulang benda yang sama takkan nak bagi peluang ke 3 ?
Jam di tangan aku pandang dengan sekilas , hampir masuk lunch hour . Aku kuatkan hati untuk berjumpa dengan uncle addy , kunci kereta audi Rs7 aku capai dan menuju ke kereta . Sampai sahaja di cafe tersebut aku mencari kelibat uncle addy , setelah nampak kelibatnya kaki ku di bawa ke arahnya dia duduk di hujung meja cafe . Aku melabuhkan punggung di kerusi hadapannya , dia tersenyum melihat ku akhirnya datang bertemunya .
" Uncle ingat aisya taknak jumpa uncle dah tadi " tidak lengkang senyuman dari bibirnya melihat cucunya , ye dia menganggap aisyana seperti cucunya sendiri . Aisyana merupakan cucu kepada arwah abangnya iaitu arwah atuk aisyana .
" straight to the point please , don't waste my time " kataku dengan nada biasa
Senyuman di bibir Dato' Addy aka uncle addy mati apabila mendengar kata kata itu dari aisyananya
" Uncle datang nak minta aisya jumpa ibu abah aisya , aisya tak rindu mereka ke ? " lembut saja kata uncle addy kerana dia tahu perkara ni sangat sensitif bagi aisyana .
" Untuk apa aisya rindukan diaorang ? selama ni diaorang ada fikirkan aisya ke ? " aku berkata sambil tersenyum sinis menahan gentar di dada .
" aisya , apa cakap macam tu ? uncle tak pernah ajar aisya cakap macam tu tau , walau macam mana sekali pun diaorang tetap parents aisya " dia tidak berputus asa untuk memujuk cucunya itu .
" Dahla uncle buang masa je uncle jumpa saya , kalau nak cakap pasal ni maaf saya balik dulu assalamualaikum " aku berlalu pergi tanpa toleh kebelakang .
Uncle addy mengeluh , tidak tahu cara apa lagi dia patut guna untuk pujuk aisyananya . Salah keluarganya jugak membuat aisyana menjadi begitu , dia rindukan aisyana yang ceria yang banyak senyum dan banyak bercerita .
Aku berlari ke kereta , setelah tiba di kereta aku masuk dan ya dada ku terasa sangat sesak seperti dicucuk cucuk tetapi aku tidak mengangis . Tiada air mata yang mengalir dan menitik tetapi hatinya sangat sakit , tanpa membuang masa dia memandu dan menuju ke rumah adila .

ANDA SEDANG MEMBACA
aisyana zahra [ OG ]
ActionMengisahkan tentang seorang gadis bernama aisyana zahra . Dia tinggalkan oleh keluarga sejak dari kecil , dia juga merupakan seorang peguam . Demi menegakkan keadilan , dia sentiasa di hantui oleh peristiwa hitam . Bertemu seorang lelaki bernama Hay...