Harini adalah hari ketiga di mana aku dan hayden berpisah untuk sementara waktu , kini aku berada dia kampung halaman hayden di selangor . Semalam lagi dah sampai tapi aku tak bertemu g pun dengan hayden kerana terlalu banyak halangan , aku okay je tapi tula si hayden tu mesti dia dah macam cacing kepanasan .
Pada hari resepsi hanya keluarga uncle addy , anak anak yatim dan puan husna , dan mereka berenam sahaja yang datang belah aku . Ayah long tak dapat nak datang sebab ada hal yang tak boleh dia tinggalkan hm . Keluarga aku ? jangan di tanya , selepas sahaja di halau oleh mereka terus aku tak nampak muka mereka dekat mana mana .
Aku sedang disiapkan oleh Mua , stylish dan fashion designer yang di tempah khas oleh Datin Syuhaila . Pintu bilik ku di kuak oleh seseorang aku berpaling nampaklah hayden lengkap berpakaian tuxedo biru gelap , handsomenya! aku baru sedar yang di potong rambut gaya undercut itu sungguh sesuai denganya .
Dia berjalan mendekati ku " cantiknya isteri hayden " dia mencuit hidung ku dan aku hanya tersenyum
" kacaknya suami aisyana " aku mencuit kembali hidungnya
Tiba tiba kedengaran suara Puan Sri seroja dan Datin Syuhaila memasuki bilik " masyaallah cantiknya menantu mummy ni " dia terpegun melihat aku di dalam busana biru gelap itu yang direka khas oleh fashion designernya.
" manisnya anak bonda ni " puji bonda .
Aku hanya mampu tersenyum , bersyukur sangat aku dikurniakan ibu mertua yang baik dan memahami . Tak lupa juga dengan Datin Syuhaila dialah orang yang membesarkan ku dari kecik sehinggalah kini .
" jom keluar majlis dah nak mula " ucap uncle addy di muka pintu
Kami hanya buat di tanah yang lapang milik keluarga hayden jadi nampak agak mewah lah tak halang laluan orang nak lalu apa semua . Banyak kenalan aku dan hayden yang tak dapat datang semasa majlis kami di KL datang pada hari resepsi kami . Majlis berjalan sekitar 6jam sahaja tapi penat dia lain macam .
Selesai sahaja aku masuk rumah terus solat asar , mandi dan menukar baju fuh berlengas betul badan ye , seharian pakai baju tu . Selesai sahaja solat terus aku keluar , aku mengenakan tshirt lengan panjang , seluar slack dan tudung sarung hitam .
" amboi tak tunggu saya ye " aku menoleh ke belakang sosok hayden sedang berdiri bersandar di tiang rumah
" hehe , panas lah . awak pergila masuk mandi solat , tukar baju mesti panas kan " arahku
Dia menarik tangan ku " eh eh , apa ni . orang nak basuh kuali lah " kata ku , aku melepaskan macan tu span pinggan tak dan nak basuh habis dia dah tarik .
Dia menarik aku lalu masuk ke dalam bilik , dia menolak aku rapat ke dinding . kedua dia tangan ku berada di dada bidangnya menghalang dia dari merapat ke arahku .
" er awak nak apa ni " terketar ketar tangan ku
Dia semakin mendekat , hidung kami berlaga pantas aku menutup mata . Cup! dia melabuhkan ciuman di hidungku pantas aku membuka mata tengok dia galak ketawa
" takut ke sayang " usiknya
Aku menampar dada bidangnya lalu menolak dia ke tepi " saya hempuk awak dengan sudip nanti baru lah tahu " ugut ku
" aw takutnya isteri hayden marah lah " usiknya lagi
Ee tak betah aku duduk di situ terus aku menuju ke pintu , baru hendak memulas tombol pintu dia menarik tangan ku dari belakang .
" you own me something sayang , see you tonight " bisiknya dengan sesual , terasa muka ku membahang terus aku keluar dan menghempas pintu
kedengaran hayden ketawa di dalam , lama lama aku duduk dengan dia boleh gila aku weh . Abaikan ku sambung mencuci ish , semua salah hayden .
Selesai sahaja mencuci aku lepak di pondok yang berdekatan dengan rumah nek wan hayden . Tiba tiba ada seorang duduk di sebelah ku , aku memandang ke arahnya hanya sekilas sahaja terus aku pandang ke hadapan balik .
" isteri abang hayden eh " dia membuka bicara , siapa pulak ni siap panggil suami aku abang lagi
" ye saya la tu " aku memandang ke arahnya lalu senyum , dia menjeling cis kurang asam punya perempuan . dia tak tahu ke yang senyuman aku ni mahal ?
" dah lama ke kenal abang hayden ? buat apa sampai dia jatuh cinta dengan awak ? bomoh dia ke ? " tanyanya
" amboi mulut kemain eh , kenapa kain tak cukup kat rumah sampai nak jaga tepi kain orang pulak ? kalau saya bomohkan dia pun kenapa ? ada masalah ? " sinis sahaja aku balas , eh ni aisyana la sepatah orang tanya berdas das aku balas
" oh pakai cara kotor rupanya patutla , bukannya cantik sangat " sinis dia kata
" sekali sekala apa salahnya , siapa yang kata aku cantik ? " aku memandang ke arahnya dengan wajah yang biasa
Dia berdiri mungkin dia bengang berlawa mulut dengan aku , " kau tak layak untung abang hayden lah , sudah la buat mende syirik " marahnya
" siapa yang layak ? kau ? sedar diri please " aku memandang dia atas bawah
Tiba tiba hayden datang mendekati , dia merangkul erat pinggang ku .
" kenapa ni sayang " tanyanya , aku hanya buat bodoh tak balas pertanyaannya
" abang , abang tahu tak dia ni guna bomoh sebab nak dapat kan abang " fitnahnya
" hey kau tahu mana aku guna bomoh ni ? ala kantoilah " aku membuat mimik sedih
" apa yang kau mengarut ni balqis " kata hayden
" see dia sendiri mengaku " dia tak putus asa weh
" aw abang , dia tuduh sayang lah hm " aku merengek lalu memandang ke arahnya dan menyentuh lembut rahang hayden , aku nampak halkumnya bergerak gerak ehek
" takpela kalau dia guna bomoh sekalipun , kalau dia tak guna aku tetap kahwin dengan dia betul tak sayang " dia mencuit hidungku , dan aku mengangguk bangga
Dia menghentak kaki lalu pergi dari situ , mungkin panas hatinya melihat aksi itu tadi plus hayden bela aku je dari tadi . pergi sahaja dia terus hayden menarik pinggang ke merapat ke arahnya
" damn sayang , your voice . you drive me crazy sayang . can't wait for tonight " bisiknya
Muka ku sudah merah semerah tomato " pervert " aku berkata terus aku berlari masuk ke dalam rumah , huwa mummy bonda tolong aisya !!

ANDA SEDANG MEMBACA
aisyana zahra [ OG ]
ActionMengisahkan tentang seorang gadis bernama aisyana zahra . Dia tinggalkan oleh keluarga sejak dari kecil , dia juga merupakan seorang peguam . Demi menegakkan keadilan , dia sentiasa di hantui oleh peristiwa hitam . Bertemu seorang lelaki bernama Hay...