AZ : PART 51

8 1 0
                                    

Selepas sahaja solat subuh aku tak boleh tidur , jam di dinding menunjukkan pukul 6 pagi , jadi mengambil keputusan untuk turun ke dapur memasak , turun sahaja aku di sapa oleh bibik di rumah itu " puan kenapa turun ? "

" saya nak masak sarapan bik " kataku

" takpayah la puan nanti datin marah " nadanya seakan ketakutan

" takpe takpe , awak tolong saya boleh ? " pinta ku

" boleh puan "

Pagi ni terasa nak makan nasi lemak , jadi aku meminta bibik mengeluarkan segala bahan bahan masakkan yang ada untuk membuat nasi lemak , harini aku buat ayam goreng berempah dengan sambal kerang sebagai lauk . Keluarga hayden dan keluarga aku memang selalu makan berat belah pagi , biasalah tekan melayu kan tak makan nasi tak sah .

Selesai sahaja masak aku menghidang makanan di atas meja ruang makan , kelibat Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Seroja kelihatan sedang turun tangan .

" eh aisya awalnya turun " tanya Puan Sri Seroja

" puan masak breakfast harini datin saya hanya membantu dia " jelas bibik inah yang berjalan ke meja meletakkan dulang air

" susah susah je aisya masak pagi pagi , bibik kan ada " katanya lagi

" takpela mummy , aisya tak boleh tidur lepas subuh tu yang turun masak " aku tersengih

" aisya masak apa ni ? wah sambal kerang favourite daddy ni " terliur dia tengok tanpa banyak kata terus dia menuju ke meja makan

" daddy kamu tu hantu sambal kerang aisya , suka la tu kalau menantu dia masak makanan kesukaan dia " kata Puan Sri Seroja

" yeke , nanti daddy mummy cakap je nak makan apa aisya boleh buatkan " kata ku dengan ceria

Mereka tersenyum melihat gelagat ku . " ni hayden mana ? "

" ada kat atas mummy , kejap aisya panggil kan " aku meminta izin lalu mendaki anak tangga , selisih pulak dengan adik beradik hayden semata di tangga

" selamat pagi kak ngah " tegur harief dan hasya

" selamat pagi " aku senyum kepada mereka berdua

Sampai sahaja di bilik terus aku memulas tombol pintu dan masuk sahaja aku terus mencari kelibat hayden , aik takde ? dia kat mana ?

Tiba tiba aku merasakan ada tangan yang menjalar di perut ku dari belakang , siapa lagi kalau bukan hayden ?

" awak ni terkejut saya " aku memukul dada bidangnya , segak sungguh laki aku pagi ni .

Dia mengenakan baju tshirt hitam plain dan seluar slack hitam " handsomenya suami aisya , duduk rumah pun kene handsome handsome ke " kataku

" hari hari suami awak ni handsome tau , penat dah rasa " eee angkat bakul sendiri aku menjeling ke arahnya

Aku merapikan bajunya " dah siap , jom turun breakfast " aku berjalan menuju ke pintu , belum sempat aku memulas tombol pintu dia menarik tanganku

Aku jatuh ke dalam dakapannya , kedua tangan ku berada di dada bidangnya . Dia memandang aku dengan pandangan yang terpukau lama kelamaan dia semakin mendekat, bibir kami bertemu . Aku memejamkan mata . Lama kami dalam keadaan begitu sehinggalah aku meleraikannya , megah betul aku mengambil nafas

" sweet like strawberry "

Aku terkaku , pipiku mula merona merah malu lah . alahai first kiss ku telah di curi

" dahla jom turun nanti mummy cari " aku menarik tangannya lalu turun

Turun sahaja dari tangga aku di usik oleh abang sulung hayden iaitu hazym .

" amboi lama betul nak boleh ke turun , buat apa lama lama " usik dia

Aku jangan cakap lah aku dah sorok belakang hayden dari tadi , malu tahu kene usik

" jangan usik diaorang along mummy piat telinga nanti " marah Puan Sri Seroja , hazym mencebik usik sikit pun tak boleh

Aku dan hayden melabuhkan punggung di atas kerusi , lalu aku mencedok nasi ke dalam pinggannya . Dia menjamah lalu mengangkat muka memandang ke arah Puan Sri Seroja .

" mummy masak ke ? " tanyanya

" taklah isteri kamu lah yang masak , awal pagi dah turun duduk ke puk pang puk pang dekat dapur " balas Puan Sri Seroja , aku hanya tersengih

" sedapnya sayang masak , gemuk lah saya lepas ni kalau makan masakkan awak . Hilang six pack saya nanti " bisiknya di telinga

Aku mencubit pinggangnya, lalu menjamah nasi itu . Selesai sahaja kami bersarapan kami duduk di ruang tamu . Harini mereka semua cuti , seminggu lama kan ? yela sorang kahwin semua kene cuti ehek

" mummy dah buat keputusan nak hantar aisyana balik rumah uncle addy dia "

" apa?! " tinggi suara hayden

" hayden , your voice " tajam pandangan hazym ke arah hayden

" sorry , mana boleh mummy "

" taknak taknak , angah taknak berpisah dengan isteri angah " rayunya , dia mengenggam tangan ku . aku di sebelah hanya beriak kosong mengada betul

" bukannya mummy suruh berpisah tak jumpa jumpa , 3 hari je sampai hari resepsi , kamu taknak keluar bilik pun mummy tak heran lah " balas Puan Sri Seroja

" lama mummy 3 hari tu , ibarat 3 tahun tau " sedih sahaj suaranya

" takde takde , kejap lagi uncle addy datang amik aisyana " laju sahaja Puan Sri Seroja bersuara

" sayang , tolonglah pujuk mummy tuuuu " dia merengek di bahu ku , aku menepuk belakangnya seolah olah tengah pujuk baby . tapi ni bukan baby kecik ni baby besar

" ee apa angah ni mengada lah , menyampah hasya tengok " sinis sahaja hasya berkata

" hasya diamlah , hasya tak tahu rasanya berjauhan dengan isteri sendiri "

" ala 3 hari je nanti dekat kampung kita jumpa semula ye " aku memujuknya, aku mengusap lembut rahangnya

" yela " dia menghadap lain , ha sudah merajuk dah baby besar ni adoi

Semua yang berada di dalam rumah tu hanya menggeleng, tak sangka hayden yang garang dan beku itu perangai sebenarnya begini . manja betul bila dengan isteri , manja , mengada , gedik itulah sisi lain selain hayden

aisyana zahra [ OG ]Where stories live. Discover now