AZ : PART 30

6 1 0
                                    

" Assalamualikum , ayah long " laju sahaja aku memberi salam

" Waalaikumussalam aisya , malam nanti datang rumah ayah long ye kita dinner sama sama . Ajak diaorang sekali " pesan Dato' Idris

" Baik , nanti lepas maghrib kitaorang datang " kata ku , lalu aku menutup panggilan tersebut .

Sedar tak sedar dah pukul 3:30 petang patutlah rasa lapar semacam aku tak lunch rupanya . Aku solat terlebih dahulu sebelum bergerak balik ke apartment . Aku menghantar massage kepada mereka

Aisyana Zahra
Malam ni datang rumah ayah long tau , dia ajak dinner sama sama lepas maghrib

Jay
Yeayy makannn , baik miss

lucas
Noted miss

Telefon aku tutup lalu menuju ke kereta , kunci kereta BMW M4 aku keluarkan terus aku membuka dan masuk ke dalam . Sebelum balik aku singgah ke pasaraya terlebih dahulu , ingin membeli buah nak bagi dekat ayah long . Sampai sahaja di pasaraya aku bergegas keluar dari kereta lalu menuju ke bahagian buah .

Rasa takde nak beli apa apa aku terus membuat bayaran dan beransur pulang . Sampai sahaja di rumah terus aku mandi lalu solat asar , sambil menunggu malam aku mengemas apa yang patut dia kalau dah mai bosan cuci tandas pun boleh .

Tiba saja waktu maghrib terus aku solat dan bersiap untuk ke rumah Dato' Idris . Aku mengenakan abaya hitam dan shawl corak bunga , minyak wangi lady million di sembur dan aku touch up lipmatte di bibir ku . Rasa macam dan okay kunci kereta aku , aku capai dan terus bergerak ke rumah Dato' Idris .

Sampai sahaja di rumah agam tersebut aku keluar dan menuju ke pintu rumah dan memberi salam " assalamualaikum " salam ku di sambut oleh mereka dan Dato' Idris .

" Awalnya korang sampai " kataku

" jay dengan zyden yang nak pergi awal , sebelum maghrib lagi kami dah sampai " kata lucas

" Amboi kalau bab makan laju je , ni dah solat ke ? " tanya ku

" Dah " mereka jawab serentak

" dah sampai ye semua , jom kita makan " tegur Dato' Idris

Kami membawa kaki menuju ke meja makan , pelbagai jenis makanan ada . Walaupun duduk luar negara makanan melayu tetap menjadi pilihan kami sekeluarga . Tersenyum aku melihat gelagat jay dan zyden , semangat betul amik makanan tak dan orang pelawa dia terus amik ye haihla .

Selesai saja makan kami solat isyak , selesai saja solat kami terus lepak dekat ruang tamu . " Aisya macam mana tadi ? okay dah ke semua ? " tanya Dato" Idris

" Alhamdulillah semua dah settle "

" What about pecah masuk miss ? " tanya jay

" Macam biasalah orang king " kata ku sambil memandang ke arah television

" Jadi esok aisyana balik esok lah ni ? " tanya Dato' Idris

" Kalau ikutkan macam tu lah ayah long , takboleh nak tinggal lama lama company dekat malaysia tu " memang betul , antara company dekat italy dengan malaysia , malaysia lah tak boleh tinggal sebab tinggal sekejap macam macam akan jadi .

" Sunyilah ayah long , aisyana dengan korang nak balik dah " sedih bunyi nadanya , dah tua tua pun nak merajuk

" Ala ayah long , jom lah balik malaysia duduk dengan kitaorang takde lah sunyi " pujuk ku

" Taknak lah ayah long , kalau ayah long balik siapa nak jaga rumah sini ? " kata dia

" Taknak sudah , saya tidak mahu paksa anda " aku berkata seperti budak budak

Tergelak mereka melihat gelagat aku , kami bercerita semula pulang ke apartment masing masing , keluar dari rumah aku berpesan kepada mereka

" Esok jangan lupa pukul 8 pagi kita gerak balik malaysia " pesan aku kepada mereka

" Baikkkkkkk " serentak merek berkata

Habis sahaja terus aku pulang ke rumah lalu mandi dan terus kemas barang barang ku . Nak balik dah esok kene lah kemas kalau kemas pagi esok risau ada je benda yang tertinggal . Selesai sahaja mengemas , aku menuju ke ruang tamu sambil memegang mug yang berisi air kopi . Aku menuju ke balcony melihat pemandangan dari apartment ku , terdapat banyak kereta lalu lalang ia agak bising tapi bagi ku agak tenang .

Aku termenung lama di situ aku menikmati hembusan angin, terasa sangat tenang . Aku memandang ke langit yang di penuhi bintang lalu aku tersenyum " indahnya malam ni " kata ku seorang diri .

Terasa sudah lama di luar lalu aku membawa kaki menuju ke dapur untuk basuh gelas lalu menuju ke bilik untuk tidur . Esok kene bangun awal jadi kene tidur awallah risau terlajak tidur je ehek

aisyana zahra [ OG ]Where stories live. Discover now