Tiba sahaja di rumah anak yatim indah aku terus memberi salam " assalamualikum "
" waalaikumussalam , Ya Allah aisyana " dia menjawab lalu memeluk ku
" bertuah punya anak , kenapa datang tak bagitahu ibu dulu ? " tanya nya , dia memukul lembut bahuku
" sakitlah ibu , hehe saja nak buat surprise " kata ku
" haih kamu ni , ni datang sorang ke ? " soalnya sambil memandang keluar
Tidak sempat aku menjawab aku di serbu oleh kanak kanak di situ " akak aisya !!! " mereka menjerit sambil berlari ke arah ku , aku melutut lalu mendepakan tangan .
" adik adik kak aisya , rindunya " kata ku sambil memeluk mereka
" kami pun rindu akak , akak lama tak datang sini " petah je mulut irsyad berkata
" sorry ye kak aisya busy sikit , eh lupa aisya tak datang sorang ibu tu ha ada anak anak ibu yang lain jugak " aku bangun lalu menunjuk ke arah mereka
Mereka semua tersengih sehingga menampakkan gigi mereka " Allah besar besar dah anak anak ibu " mereka mendekati lalu menyalam Puan husna
" korang amik barang bawak masuk ye " pesan ku mereka semua mengangguk lalu pergi ke kereta semula .
Mereka kembali dengan tangan yang penuh " apa banyak banyak ni aisya , susah susah kan kamu orang je " dia tidak gemar jika aku selalu menghabiskan duit aku untuk anak anak yatim piatu di sini tapi kisah apa aku
" ala bukan selalu lah ibu , ni aisya ada beli barang basah jugak kita masak nak ? " kata ku untuk mengalih topik
" ha iyala jom jom masuk , jom masuk anak anak tolong abang abang kamu tu " pesan puan husna sambil kaki di bawa masuk ke dalam
Rumah anak yatim ini di bina selepas aku jumpa puan husna di german dulu , dia seorang pengemis di sana tapi aku meminta tolong dengan arwah atukku untuk membangunkan satu rumah untuk anak anak yatim di malaysia dan di jaga bawak penjagaan puan husna . Aku kesian melihatnya sebatang kara di sama jadi aku mengambil keputusan untuk membawa nya ke malaysia.
Semua urusan berkaitannya arwah atukku dan uncle addy lah yang uruskan , dia sudah seperti ibu ku walaupun bukan ibu kandung . Dia baik dan juga peramah kini rumah anak yatim itu meriah dengan kehadiran anak anak yatim piatu yang ibu bapanya telah meninggal dunia .
Selesai sahaja kami memasak aku meminta izin untuk solat maghrib dahulu . Selesai sahaja solat kami menjamu selera bersama sama di lantai , kami duduk beralaskan tikar sahaja . Kami isyak berjemaah, selepas sahaja solat isyak mereka berenam melayan anak anak itu .
Aku dan Puan husna duduk di bangku luar rumah anak yatim itu , malam ni indah sangat banyak bintang , tenang je .
" ibu " aku membuka bicara , ibu memandang ke arah ku dengan muka yang tertanya tanya ' kenapa '
" aisya dah bertunang " kataku
" alhamdulillah , iya ke ? dah besar anak ibu ni " senyumannya sangat lebar , dia memeluk bahuku lalu menggosok
" maaf aisya tak jemput ibu , aisya buat majlis biasa biasa je . nanti kahwin aisya jemput ibu ye maafkan aisya kalau buat ibu terasa hati " rasa serba salah semakin membuak
" takpela sayang , ibu faham . siapa nama tunang aisya ? baik tak budaknya " soal puan husna
" hayden zarief ibu , alhamdulillah baik orangnya " kataku dengan senyuman
" baguslah kalau macam tu , siapa yang uruskan majlis aisya ? " tanyanya lagi , aku menatapnya dengan pandangan sayu
Dia faham akan pandangan itu sebab dia tahu apa yang terjadi antara aku dan keluarga aku , dia meriah tangan ku lalu mengusap lembut " takpe selagi Dato' addy ada ibu tahu yang dia akan jalankan tanggungjawab dia terhadap aisya "
Aku tak membalas aku menyandar di bahunya sambil dia mengusap tangan ku .
Walaupun dia di layan dan ditinggalkan oleh keluarganya aisyana tetap dikelilingi orang yang sayang kan dia .
**
Kedengaran orang bagi salam di luar pagar , jadi aku mengambil keputusan untuk menjenguk ke luar . Sampai sahaja di pagar aku nampak seorang lelaki dan perempuan dalam linkungan 40an dan seorang budak lelaki yang sedang pandang ke bawah .
" waalaikumussalam , cari siapa ye ? " aku bertanya
" ni rumah anak yatim kan ? " tanyanya balik
" aah ye , kenapa ye ? "
" saya nak hantar dia duduk sini " balasnya
Aku tak faham situasi ini sampailah Puan Husna yang menyapa " masuk dulu ye "
Mereka melangkah masuk bersama kanak kanak itu , aku masih menanti budak itu mengangkat muka sebab dari pandangan aku macam aku pernah nampak dia .
Kini kami berada di dalam rumah , Puan Husna memecahkan keheningan " ada apa cik berdua datang " tanyanya sopan
" kami nak hantar dia duduk sini " nadanya agak acuh tak acuh , aku di sebalah hanya diam memandang ke arah mereka .
" maaf bertanya , tapi kenapa ? cik berdua ada apa apa hubungan dengan anak lelaki ni ke ? " tanya Puan Husna
" aku taknak jaga dia , atuk dia dah mati , mak ayah dia pun sama. aku taknak dia menyusahkan hidup aku jadi tolong terima dia duduk sini " kata si suami dengan berdiri .
Dia menarik tangan isterinya untuk keluar tiba tiba budak itu berlari mengikut mereka sampai ke muka pintu, dia melutut lalu memeluk kaki si lelaki itu .
" pak long tolong lah , hayder taknak duduk sini " dia menangis dia kaki lelaki itu , tapi sayangnya di sepak oleh lelaki itu
" jangan sentuh aku lah , kau tu pembawa malang "
aku mendekat ke arah budak itu lalu merangkulnya .
" hei , dia budak jela jangan lah sampai nak sepak dia takde adab ke encik ni " marah aku
" kau diam " dia berjalan sambil menunding jari ke arah ku , tapi dia hilang oleh raihan
" watch your step old man " tegas suara raihan
Dia bengang dan berlalu keluar dari rumah anak yatim itu .
Aku masih merangkul budak lelaki itu , budak ni aku kenal .
" hayder " panggil ku
Dia mengangkat kepalanya lalu tersenyum ke arah ku dan pengsan .
" Allah , tolong call Dr. nasuha now ! " arah ku
Sampai sahaj Dr. Nasuha dia check hayder katanya dia demam dan badan dia agak lemah . Aku hanya mampu memandang ke arahnya yang nyenyak memejamkan mata . Aku membelai rambutnya lalu tersenyum .
' kesian awak , kecik kecik dah kena rasa macam ni . sihat selalu awak kuat kan ' kata ku seorang diri sambil membelai rambutnya
Sekarang dia di bawah jaga rumah anak yatim ini , jadi aku tak perlu risau akannya . Lama kami berada di rumah anak yatim itu sehinggalah , raihan ajak beransur pulang sebab hari dah lewat . Nak menginap dekat situ takboleh sebab esok ada kerja . Kami meminta diri untuk pulang , keluar sahaja simpan g rumah anak yatim itu aku ingatkan kami akan berpecah rupanya tak . Mereka ikut kereta aku sehingga lah ke rumah , nampak sahaja aku dah masuk rumah mereka memandu pulang .
YOU ARE READING
aisyana zahra [ OG ]
ActionMengisahkan tentang seorang gadis bernama aisyana zahra . Dia tinggalkan oleh keluarga sejak dari kecil , dia juga merupakan seorang peguam . Demi menegakkan keadilan , dia sentiasa di hantui oleh peristiwa hitam . Bertemu seorang lelaki bernama Hay...