BAB 38

23 0 0
                                        

RASA MACAM nak makan laksa tapi macam nak makan tom yam. Soalan itu bermain dalam benaknya buat seketika.

Kakinya ke hulu ke hilir berjalan sambil memikir untuk membuat keputusan.

Alang-alang Muadz belum masak, bolehlah ambil peluang minta makan di luar.

"Abang..." Meleret panggilannya pada Muadz.

"Ya, sayang?" Sambil menyahut, tangannya tidak lepas dari melipat pakaian mereka berdua. Dari awal dia sudah melarang Himayah untuk melipat.

Himayah maju dan terus duduk bersebelahan dengan suaminya di atas sofa.

"Hmm... kan abang belum masak lagi, kan?" Satu persatu perkataan itu disebut.

"Ya?"

"Hmm... kalau kita makan kat luar aje boleh tak?" Dengan hati-hati Himayah bertanya, bimbang menggores hati Muadz.

"Kenapa? Sayang dah bosan ke makan masakan abang?" Risau pula Himayah sudah jemu makan masakannya. Selama ini Himayah tidak pernah memilih. Apa yang Muadz masak, semuanya dia akan makan tanpa sebarang kritikan.

Memang masakan Muadz sedap pun.

"Bukan bosan... tapi, Ima teringin nak makan tom yam kat restoran depan mall tu."

"Bukan abang tak nak bawa sayang makan kat luar tapi sayang tahu kan, makan kat rumah lagi baik. Lagi selamat. Lagi-lagi sayang dah nak bersalin tak lama lagi... abang tak mahu apa-apa jadi pada sayang dengan anak kita," terang Muadz.

Himayah menjuihkan bibir bawahnya sambil jarinya bermain sesama jari yang lain.

"Tapi Ima teringin..." bisiknya perlahan seorang diri.

Macam mana nak pujuk ya? Desis hatinya. Habis semua sudut diamatinya untuk mencari cara memujuk Muadz.

Dia semakin mendekatkan jarak antara mereka lalu dipeluk lengan Muadz erat sehingga Muadz susah bergerak untuk melipat pakaian lainnya.

"Abang, please?"

Muadz menghela nafas perlahan. Telapak tangan Himayah ditekup dengan telapak tangannya.

"Sayang betul-betul teringin ke?"

"Ya, abanggg. Kita pergi, please? Please, please, please?" Semakin meleret hujung ayatnya.

"Okeylah, untuk sayang semua boleh. Tapi, bagi abang habiskan lipat baju dulu. Lepas tu, kita bersiap dan pergi. Okey?" pinta Muadz lembut seolah-olah sedang bercakap dengan anak kecil yang comel.

Belum ada anak lagi dah kena layan anak besar.

"Okey! Ima masuk bilik sekejap tahu." Tanpa menunggu balasan, terus dia meluru masuk ke dalam bilik.

Dengan langkahnya yang kini sudah terbatas kerana berat badannya, dia segera menarik baju berwarna coklat gelap dan skirt yang tonanya lebih cerah di dalam almari itu.

Setelah beberapa minit, Himayah keluar dari bilik persalinan dengan pakaian lengkap yang bergantung pada penyangkut baju di tangannya.

Baru sahaja Muadz menapak, dia terkesiap. "Cepatnya sayang sediakan baju?"

Himayah tersengih.

"Ima tak sabar nak makan tom yam."

"Alelele sian diaaa... okey, sekejap. Abang pergi bersiap." Penyangkut baju disambut dengan tangan kanan.

"Jangan lama-lama tau!"

"Okey, sayang. Tunggu abang tau!"

Himayah mengangguk laju dan menghantar Muadz masuk ke dalam bilik dengan anak matanya.

Malaikat tak terdugaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang