POV Raz, 19
"Raz dah fikir masak-masak ke?" soalan itu menerjah ke telinga saat dia sedang terleka menatap wajah comel dalam pelukan.
Bila si kecil mula mengeliat, dia tepuk tubuh itu lembut. Cuba dodoikan agar si kecil tidak terganggu dengan perbualan.
Wajah putih bersih itu di tatap lama.
Dia tidak mengerti mengapa ada ibu dan bapa yang sanggup membuang anak sendiri. Sedang kan dia, saat pertama kali mata nya menatap zuriat sendiri, sayang nya telah tumpah buat si kecil tanpa syarat.
"Ini yang terbaik, mak. Kalau bersama pun tak beri apa-apa manfaat untuk kami, lebih baik berpisah. Lagipun memang ini yang dia nak." Ucap nya ringkas.
Ikatan perkahwinan memang bukan satu perjudian. Kerana rasa cinta dan sayang yang tidak bertepi itulah, usai saja Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hampir dua tahun lalu, dia terus ikat Mariana sebagai isteri meski pun di halang mak berkali-kali.
Kata mak, mereka masih muda. Masih jauh lagi perjalanan. Masing-masing pun nak sambung belajar, belum bekerja, macam mana mereka nak membina rumah tangga.
Tetapi dia berkeras. Dia kata yang dia dan Mariana sudah berbincang. Memang mereka bercadang untuk bernikah dan sama-sama sambung pengajian. Dia tahu mak tidak berkira. Arwah ayah ada tinggalkan sedikit harta untuk mereka anak-beranak.
Rumah pusaka dan tanah kebun. Sudah memadai dan cukup untuk menampung hidup mereka sampai dia berjaya menggenggam ijazah nanti. Tidak lah bermewah, namun sederhana seadanya.
Tapi bila dia buat keputusan untuk bernikah di usia muda, dia juga tidak mahu mengharapkan sepenuh nya harta itu. Maka, dia buat kerja sambilan sambil dia sambung pengajian.
Apatah lagi bila Mariana di sahkan hamil sejurus selepas mereka menikah. Bunting pelamin, kata orang. Hingga pengajian isterinya itu terpaksa ditangguhkan disebabkan alahan yang sangat teruk.
Siapa sangka, dalam pada dia sibuk belajar dan mencari rezeki untuk isteri dan anak dalam kandungan, rupa-rupanya sang isteri curang di belakang. Berjanji dengan lelaki lain yang lebih kaya untuk tinggalkan dia sebaik saja selamat melahirkan.
Dan itulah yang Mariana kotakan.
Sebaik saja si kecil lahir, belum sempat pun disusukan, Mariana sudah elok dipimpin oleh lelaki yang dia kira 5 tahun lebih berusia dari mereka.
Dan kini, usia bayi mereka belum pun cecah 3 bulan, tak sabar-sabar Mariana lemparkan surat permohonan cerai. Tidak sedetik pun wajah si kecil di tatap. Dan sedikit pun Mariana tidak bertanya perihal anak mereka.
Lalu untuk apa dia bertahan?
Seandainya Mariana bertekad, dia juga serupa. Andai Mariana berniat membuang bayi mereka, dia dengan rela hati menjaga dan menyayangi si anak dengan sepenuh hati.
"Raz minta maaf, mak." Pinta nya untuk banyak perkara yang dia yakin wanita itu mengerti.
Bukan sikit-sikit dugaan yang di tanggung. Dari saat dia berkahwin sampai kini hampir bercerai, memang kisah dia dan Mariana menjadi bualan penduduk kampung.
Gatal nak kahwin muda lah, sudah terlanjur sebab tu menikah awal lah, tak reti jaga bini lah, dan bila masing-masing dapat tahu Mariana ikut lelaki lain, lagi sekali nama keluarga mereka menjadi sebutan.
"Biar kan cakap-cakap orang, Raz. Lama-lama nanti reda lah tu. Mak ni tak peduli langsung semua tu. Macam mak cakap dulu, yang penting anak mak bahagia." Ujar mak sambil menepuk perlahan bahu nya.
"Dan mak sokong keputusan Raz kalau Raz rasa itu yang terbaik." Dia tahu mak mahu katakan lebih tetapi wanita itu bertahan.
Namun dia juga tahu apa yang mak mahu katakan.
Ya, memang Mariana tidak layak bergelar ibu kepada puteri hati nya ini.
Author note:
Dah upload prolog. Macam mana? Okay ke?
Komen lah dekat bawah. Kalau you all komen, lagi bersemangat I nak post setiap hari. Hehehe
Dalam story ni akan ada dual pov. From hero and heroin side. Lain sikit dari yang lain tapi hopefully korang enjoy! Let me know kalau rasa ada yang kurang. Feedback korang sangat lah bermakna untuk I.
So, jumpa esok untuk first chapter!
Lots of Love,
fhyuri
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...