POV Raz
Raz lajukan langkah.
Tergesa-gesa dan tidak sabar.
Tidak mahu terlepas saat-saat penting dalam hidup nya.
Menyambut kelahiran si cahaya mata.
Dia tidak peduli meskipun dia dapat perkhabaran tentang kecurangan Mariana hampir dua bulan lepas. Dia tahu sukar untuk dia maafkan wanita itu, tetapi ketika ini yang paling utama bagi nya adalah zuriat yang berada di dalam rahim Mariana.
Sekali pun Mariana tidak pernah meminta maaf mahupun menjelaskan saat segala bukti dia bongkar di depan wanita itu. Bukti kecurangan Mariana yang berjaya Nathan kumpul kan. Dia tidak tahu dari mana lelaki itu peroleh segalanya namun saat Mariana hanya memandang segalanya tanpa menafi, dia tahu semua itu adalah hakikat.
Hakikat yang dia tertipu dengan lakonan Mariana selama ini. Hakikat yang membuatkan dia sukar untuk percaya pada wanita itu lagi. Apatah lagi Mariana hanya selamba setelah dia luahkan segala kekecewaannya. Cinta yang mereka pupuk sejak zaman sekolah dulu begitu murah harga nya pada pandangan Mariana. Tiada nilai nya bila wanita itu tanpa silu mengkhianati ikatan perkahwinan yang suci antara mereka.
Malah, dengan nada tenang Mariana meminta dia melepaskan wanita itu sebaik saja selesai melahirkan. Dia sangka mereka masih mampu pulihkan keadaan. Dia ingat Mariana akan menyesal dan kerana kasih nya pada wanita itu, dia sanggup memaafkan dan memulakan segalanya semula.
Namun, Mariana terlebih dulu meminta sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran nya.
Perpisahan. Penceraian.
Dia langsung tidak pernah terfikir ke arah itu. Saat dia akad Mariana beberapa bulan dulu, dia tidak pernah terlintas untuk menceraikan wanita itu. Dia sangka mereka akan hidup aman bahagia selamanya. Dia sedar alam perkahwinan tidak selama nya indah. Ada pasang ada surut. Ada ujian dan dugaan tetapi penceraian bukanlah jalan akhir dalam kamus hidupnya.
Tetapi, dia juga sedar yang dia hanya manusia. Mampu merancang tetapi yang menentukan adalah Tuhan. Sejauh mana dia mencuba bertahan dan berusaha, namun andai hanya dia saja sebelah pihak yang bermati-matian, pun tidak ada guna nya juga.
Cuma dia masih mampu berharap agar Mariana mengubah fikiran. Mungkin bila zuriat mereka sudah lahir ke dunia, ianya akan melembutkan hati wanita itu. Mungkin Mariana akan sedar yang keluarga kecil mereka lebih bermakna berbanding segala nya.
Namun, saat kaki dia tiba di bilik wad yang menempatkan Mariana, jelas wanita itu sudah bersiap-siap. Dia terpaksa keluar dan ponteng kuliah bila mendapat perkhabaran yang Mariana dikejarkan ke hospital kerana hendak bersalin.
Tetapi apa yang di lihat di depan mata, Mariana sudah berkemas-kemas. Bersedia untuk pergi dengan perut yang sudah kempis. Bersama seorang lelaki yang sejak tadi berpeluk tubuh memerhati.
"Mar, awak nak ke mana ni?" soal nya kosong. Seperti tiada hati kerana akal sudah menjangka jawapan yang bakal sampai ke telinga.
"Jangan buat-buat lupa, Raz. Saya dah kata sebaik saja lepas bersalin, saya nak awak ceraikan saya." Ujar Mariana selamba. Dan dia rasa segala deria hilang bila melihat lelaki tadi kini memimpin jemari Mariana, yang masih lagi bergelar isterinya.
"Habis anak kita?" soal nya berbisik.
"Awak jaga lah budak tu. Saya tak mahu ada apa-apa kaitan dengan dia. Lepas awak ceraikan saya, hubungan kita putus semuanya." Tanpa perasaan, begitu mudah perkataan itu meluncur dari bibir Mariana.
"Mar..."
"Kalau awak tak mahu jadi lelaki dayus, lepaskan saya Raz. Kita jumpa dekat mahkamah. Jangan tak datang." Setelah itu Mariana berlalu bersama 'kekasih' hati wanita itu. Meninggalkan dia termangu sendiri.
Dia pandang sekeliling bilik yang sudah kosong. Sama seperti kosong nya hati dan perasaan dia saat ini. Sepi.
Entah berapa lama dia terpaku di situ sebelum pintu wad itu di tolak dan sosok seorang jururawat menghampiri, bersama bayi kecil di tangan.
"Eh, mana ibu baby?" soal wanita itu sambil perhati keadaan sekeliling sementara mata dia terpasak lama pada wajah si kecil dalam gendongan.
"Encik ni siapa?" soal wanita itu lagi bila dia terdiam tidak mampu menjawab.
"Papa dia." Bisik nya perlahan sambil hulur tangan dan meminta si kecil. Wanita itu nampak ragu-ragu sebelum dia terpaksa keluarkan bukti. Kad nikah dia tunjuk agar si jururawat mengerti bahawasanya memang dia bapa kepada bayi itu.
"Sebenarnya, saya hantar baby ni sebab nak minta ibu dia susukan. Tapi tak apa, encik pegang dulu. Nanti ibu dia dah ada, boleh susukan baby ya?" ujar wanita itu dalam senyuman sebelum si kecil bertukar tangan.
Mujur juga wanita itu terus keluar dan membiarkan dia sendirian bersama si anak. Wajah comel dan kemerahan itu di tatap lama. Selimut berwarna merah jambu yang membalut tubuh kecil itu membuatkan Raz menitiskan air mata buat kali pertama sepanjang bergelar lelaki dewasa.
Dia dapat anak perempuan....
Allahuakbar!
Dia tidak berkesempatan menyambut kelahiran si kecil. Tidak diberi peluang mengiqamatkan zuriatnya sendiri. Segala perkara yang dia paling nantikan itu begitu kejam di rampas dari nya.
"Papa minta maaf, sayang... papa terlambat..." ucap nya dalam sisa tangis. Dan dalam air mata yang masih bersisa, dia rapatkan wajah ke telinga kecil itu.
"Allahuakbar... Allahuakbar..."
Dia laksanakan segala yang tertangguh. Dia tidak tahu siapa yang mengiqamatkan si anak. Dia berterima kasih kepada manusia itu tetapi dia tetap mahu melakukan nya sekali lagi.
Kerana dia pasti, setelah ini dia mungkin tidak berpeluang melakukan semua ini lagi...
25 tahun kemudian....
Raz pandang si kecil dalam tangan.
Birai mata nya basah.
Angkat wajah bila pipi terasa di sentuh. Ada tangan yang mengusap dan menghapus air mata yang mengalir.
"I hope it's a happy tears..." wajah yang masih pucat itu tersenyum merenung nya bersama pandangan yang penuh rasa cinta.
"It is, sweetheart. It is..." balas nya lantas dia kucup dahi licin itu lama. Meluahkan segala perasaan yang terpendam.
Penghargaan atas pengorbanan Tash melahirkan zuriat mereka yang mana dia turut sama menjadi saksi nya. Setia menggenggam jemari halus isterinya itu, memberi dorongan dan kekuatan untuk Tash terus berjuang. Membisikkan kalimah yang dia harap memberi ketenangan dan tidak putus mengungkap rasa cinta yang tidak bertepi buat si isteri.
Dan usai tangisan bayi kedengaran dan diserahkan si kecil itu ke dalam gendongan, dengan air mata kegembiraan dia azankan anak lelaki nya. Sambil disaksikan Tash yang juga tersenyum manis ke arahnya.
Segala-galanya kini sempurna...
Author note:
Last deleted chapter sebelum I upload final epilog. Agak-agaknya, korang akan rindu kan Raz dengan Tash ke lepas ni? hmmmmmm
Jangan lupa komen, vote and share.
Thank you.
Lots of Love,
fhyuri
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...