Bab 11

8.2K 391 11
                                    

POV Raz

Raz senyum tipis bila melihat pintu bilik kerja nya di tolak dari luar. Muncul si anak dara sedang menatang dulang dan melangkah mendekati.

Dia boleh nampak Amelia tersengih-sengih sambil letakkan dulang di atas meja. Semerbak bau haruman kopi menusuk ke hidung.

Ada juga potongan puding mangga di atas piring kecil.

Bila pula ada nya puding ini?

"Minum lah, papa. Ni Mel yang buat tau!" Dia sambut huluran cawan yang Amelia beri. Teguk sedikit memandang kan ianya masih hangat.

Boleh tahan!

"Ni pun Mel buat juga tadi. Baru belajar. Cuba papa try rasa." Pelawa si anak lagi lantas dengan tidak sabar menghulur piring tersebut bersama sudu puding.

Dia senyum. Hargai usaha si anak lantas dia sudu dan masuk ke mulut.

"Okay tak, pa?" Tanya Amelia tidak sabar.

"Okay. Sedap. Lepas ni boleh buat lagi." Puji nya. Rasa puding mangga itu cukup semua rasa. Manis nya, lemak nya, anjal nya.

Cuma, entah lah. Dia rasa macam ada sesuatu yang kurang. Tetapi, tidak pula dia khabarkan pada Amelia. Bimbang si anak terasa hati pula.

"Pass lah jadi isteri kan, pa?"

Dia cebik bila si anak jungkit kening sambil ketawa suka. Ingat senang dia nak lepaskan si anak pada lelaki lain? No way! Tak akan ada mana-mana lelaki yang layak untuk puteri kesayangan nya ini.

"Ini ada apa ni? Tiba-tiba je rajin hantar kopi kat papa, buatkan puding semua ni. Hmm?" Duganya. Dia bukan tidak tahu perangai Amelia. Anak dara dia itu, pejam mata saja dia boleh baca tingkah nya.

"Kalau Mel nak minta something, papa bagi tak?" Dia picing kan pandangan bila Amelia renung dia dengan mata kucing.

"Mana pernah papa tak bagi apa yang anak kesayangan papa ni mintak." Balas nya tenang.

Memang itu hakikat pun. Tak pernah sekali pun kehendak Amelia tidak dipenuhi. Dia akan sedaya upaya cuba tunaikan segala kemahuan si anak.

"Promise?"

"Iya, princess. Nak apa? Shopping? Kereta baru? Travel?"

"No lah. Mel tak mahu semua tu."

"Habis tu?" Dia capai cawan kopi yang dia agak mungkin sudah suam. Bawa ke bibir mahu meneguk air hitam pekat itu.

"Mel nak papa kahwin."

Tersedak dia mendengar permintaan itu. Terbatuk-batuk sampai perit tekak dia. Pandang wajah si anak yang dia lihat hanya selamba. Gaya macam minta mainan saja.

"Mel bergurau apa macam tu." Dia berdehem sambil urut dada. Ya Allah, mujur lah dia tidak ada masalah jantung. Kalau tidak, dah lama masuk hospital agak nya.

"Mel serius, pa. Mel nak papa kahwin."

"Why?" Soal nya hairan. Sebab permintaan Amelia itu adalah tiba-tiba. Tidak pernah sekali pun Amelia meminta begitu. Sejak dari kecil lagi, Amelia langsung tak pernah suarakan hasrat minta dia berkahwin atau mahu kan seorang ibu.

Itu juga yang buat dia bersyukur kerana dia tahu, kalau Amelia meminta begitu, dia pasti akan tunaikan walaupun dengan hati yang berat.

Dia ingat Amelia sudah tidak kisah tentang itu. Dia ingat Amelia aman-aman saja tanpa figura itu sepanjang membesar.

Tetapi kenapa sekarang?

Setelah anak dia itu berusia 24 tahun?

"Sebab Mel rasa dah sampai masa. Selama ni papa selalu happy kan Mel. Dah sampai la masa papa happy pulak."

"Do you think I'm not happy, princess? You are my happiness. Mel lah kebahagiaan papa. Ada Mel pun dah cukup dah. Sebab tu papa tak perlu kan semua tu." Jelas nya memahamkan si anak. Dekat celah mana agak nya yang Amelia nampak dia tak bahagia?

"No, pa. Mel tahu papa happy. Tapi tak sama. Anak dan isteri tak sama. Selama ni, Mel tak pernah tanya papa tentang mama Mel. Mel tak tahu kenapa dia tak ada, dia hidup ke mati ke, Mel tak ambil tahu. Sebab Mel ada papa pun Mel dah rasa cukup. Papa bagi kasih sayang yang cukup untuk Mel sampai Mel rasa tak perlu pun ada mama ke tak. Tak penting pun. Tapi Mel jugak tengok kawan-kawan papa yang ada happy life dengan isteri masing-masing. It's different. And Mel nak papa rasa semua tu."

Terkelip-kelip mata dia pandang wajah si anak. Sebak rasa dada. Berkaca-kaca mata dia. Dia macam tak sangka anak yang dulu nya dia kendong sepanjang masa kini sudah berubah. Matang dan dewasa. Dia rindu kan saat-saat dulu. Saat Amelia masih kecil. Tanpa sedar 24 tahun berlalu begitu pantas.

"I'm fine with my life, Mel. Ada Mel dah cukup." Jelas nya sekali lagi. Dia tanggal cermin mata dan letak atas meja. Serentak itu si anak bangkit dan berjalan ke arahnya.

"Mel sayang papa. Mel nak papa happy. Mel nak sangat tengok papa kahwin." Amelia peluk tubuh nya dan lentok kepala di bahu. Dia usap kepala anak manja nya ini.

"Ini ada kena mengena dengan apa yang jadi dekat office tengahari tadi ke?" Soalnya dan terasa tubuh Amelia keras. Terus anak gadis nya angkat wajah.

"Papa tahu?"

"I'm aware of everything happened at my premise, Mel." Dia sempat dengar gosip-gosip staf nya sebelum masing-masing diam bila dia melangkah ke pejabat. Dan Ghaz pun maklumkan kejadian tersebut dari A sampai Z.

"Kalau gitu, mesti papa dah tahu semua cerita kan?" Menjuih bibir Amelia buat dia simpan senyum.

"Ini bukan kali pertama tau Mel dengar cerita perempuan-perempuan gatal entah mana-mana bergaduh berebut kan papa, lepas tu mengaku bakal isteri papa. Mel tak suka. So, Mel dah diam kan mulut-mulut dia orang. Mel dah carikan calon isteri yang sesuai dan tepat untuk papa."

"Mel..."

"Papa dah janji tadi, so papa tak boleh mungkir. Mel nak papa kahwin dengan Tash. Mel dah lamar Tash untuk jadi isteri papa. Muktamad!" Tegas si anak. Sedangkan dia sudah mengeluh dan menggaru kepala yang tidak gatal.

"Mel, Mel sedar tak apa yang Mel cakap ni? Tash tu sebaya Mel. Sebaya anak papa."

"So? Apa yang salah nya. Age is just a number, pa. Benda sama jugak yang Tash cakap dan ayat sama juga yang Mel balas. Mel tak peduli semua tu. Tak kisah pun cakap-cakap orang. Sebab Mel yakin, Tash boleh bahagiakan papa." Lawan Amelia lagi.

"Mel tak peduli, Mel tetap nak papa kahwin dengan Tash. Mel akan usahakan sampai jadi. Minggu ni, Mel nak balik kampung jumpa nenek. Mel nak bagitau nenek yang papa nak kahwin."

Bulat mata dia. "Mel!"

Amelia bolayan dia setelah bagi kata putus. Langsung si anak dara keluar dari bilik ini meninggalkan dia yang masih ternganga sendiri dengan permintaan tak masuk akal.

Kalau orang lain, seboleh-boleh mengelak, malu kalau dapat bapa yang nak kahwin perempuan muda sebaya diri sendiri. Tetapi Amelia lain pula kerenah nya. Siap lamarkan kawan baik sendiri untuk jadi mak tiri.

Astaghfirullah, Amelia sudah tidak betul kah? Tahu ke tidak beza umur dia dan bakal isteri pilihan si anak itu hampir 20 tahun?

Allah!



Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now