POV Tash
Tash duduk di birai katil.
Tarik hembus nafas cuba meredakan perasaan gementar. Tiba-tiba makin gemuruh pula dada nya.
Telapak tangan yang sedikit menggeletar di pandang sekilas sebelum pejam mata. Cuba mencari ketenangan sambil mengurut dada lembut.
Bibir tidak henti-henti beristighfar. Gaya dia macam tentera yang bakal di hantar berperang.
Tetapi, perkahwinan pun dia kira satu peperangan. Ada masa menyerang, ada masa di serang. Dia perlu bersedia dengan senjata yang ampuh untuk melawan segala anasir mendatang. Dari dalam mahupun luar.
Dan ianya bermula dengan usaha, berakhir dengan doa dan tawakal. Setiap dari mereka hanya mampu merancang, yang menentukan adalah Tuhan.
Hanya dia berdoa moga rahmat Allah itu kekal mengiringi nya sepanjang perjalanan.
"Tash... dah siap ke?" tersentak lamunan. Mata terbuka bila melihat figura itu melangkah masuk ke bilik ini.
"Dah." Dia balas dalam senyuman. Dan wanita itu turut senyum lantas melabuhkan punggung di kerusi meja solek. Betul-betul di hadapan nya.
Dia pandang wajah anggun itu. Meski sudah mencecah 40-an tetapi masih lagi kelihatan muda belia. Wanita yang bernama Luna. Isteri kepada Nathan. Salah seorang rakan baik Dato' Arrazzi.
Dia tak tahu lah apa yang mereka makan sehingga kan dah masuk 40-an pun masing-masing masih bergetah macam orang muda remaja.
"Terima kasih sebab tumpang kan tempat ni." Ucap nya ikhlas. Tak terbayang rasa nya bantuan daripada suami isteri itu.
Siang tadi, Amelia yang menjemput dia dan terus teman nya itu memandu ke sini. Ke Hotel de Palma. Check in pun dekat Presidential Suite.
Apa yang dia tahu, Encik Nathan adalah merupakan pemilik hotel ini dan suite ini pun adalah hak milik peribadi lelaki itu. Bukan untuk disewa kepada tetamu melainkan tempat lelaki itu dan keluarganya berehat-rehat.
Dan mereka suami isteri berbesar hati mempelawa Dato' Arrazzi untuk menggunakan suite ini sebagai tempat untuk acara pernikahan memandangkan Tash sendiri mahu mengadakan majlis tertutup.
"Hal kecil je tu. Raz tu dah macam keluarga kami dah. Dan Tash pun bakal jadi keluarga juga. Jadi, jangan lah segan-segan dengan akak. Apa-apa yang Tash nak minta tolong, call aje." Luna usap jemari nya lembut.
"Akak nak cakap sikit, boleh?" soal wanita itu setelah beberapa minit suasana sepi antara mereka.
Tash angguk kepala.
"Akak dan abang Nath kenal Raz tu dah lama. Dari masa Mel kecik lagi. Banyak benda yang Raz tu pendam dan simpan sendiri. Sampai benda tu jadi beban berat tapi dia tetap galas sendiri. Bila Tash dah jadi isteri dia nanti, cuba-cuba lah kongsi beban tu bersama, ya?"
Tash simpan kerutan walhal dalam hati tertanya-tanya akan maksud ayat-ayat tersebut. Tetapi dia lebih memilih untuk diam.
"Raz mungkin tak akan cerita. Dia tu perahsia orang nya. Lagipun, lelaki ni ada ego yang mereka rasa mereka yakin boleh tanggung segala masalah sendiri. Tapi, itulah peranan kita sebagai isteri. Tahu bila nak ringan kan beban, tahu bila nak korek rahsia, dan tahu bila nak redakan keadaan. Kelemahan suami adalah kita, sebab dia terlalu sayang kan kita. Tetapi kita juga boleh jadi kekuatan dia, sebab cinta tu akan beri dorongan untuk dia lakukan apa saja. Kita kena bijak gunakan semua nya. Faham maksud akak?" panjang lebar Luna berkata-kata. Penuh maksud yang tersurat dan tersirat. Bahasa-bahasa falsafah yang susah untuk dimengertikan tetapi sedikit sebanyak boleh di fahami dan dijadikan panduan.
YOU ARE READING
Raz - Sekali Lagi Cinta [C]
RomanceSetelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain pula kehendak si anak. Amelia, puterinya yang menjadi satu-satunya punca dia bekerja keras kini semak...