Bab 21

9K 397 20
                                    

POV Raz

Dia pandang gelagat kedua gadis itu dari jauh.

Tidak lah jauh mana. Lebih kurang selang tujuh ke lapan meja. Tapi cukup untuk buat mereka tidak perasan akan kehadiran nya.

Sesekali dia teguk kopi di dalam cawan. Usai menjamu selera tadi, dia masih kekal di sini tidak berganjak. Selagi yang di sana tu tidak bergerak, selagi itulah dia akan kekal di sini.

"Berapa lama lagi nak tenung, Raz?"

Dia tersentak.

Terlupa pula yang dia bukan keseorangan di meja ini. Ada Nathan bersama. Dan dia lihat bibir lelaki itu tersungging senyum. Sinis.

"Aku tengok anak aku." Balas nya walaupun kedengaran sumbang. Cukup untuk buat Nathan ketawa.

"Dah-dah lah tu menipu. Berapa lama lagi kau nak tunggu? Bunga dekat sana tu bukan tak ada yang pandang. Kalau lambat, melepas di petik orang, Raz." Nathan capai cawan kopi sendiri dan teguk sambil pandang dia tidak lepas.

"Kau tunggu apa lagi? Semua orang dah setuju. Tinggal kau mulakan langkah je. Apa ke lembap benar kau ni." Kutuk Nathan tidak bertapis. Bukan main lancar kata-kata lelaki itu. Tak fikir langsung tentang apa yang ada dalam kepala nya. Dia ni ada banyak benda yang perlu di ambil kira.

"Dia tak nampak macam berminat dekat aku pun, Nath. Mungkin pada dia aku ni sekadar orang tua. Tak sesuai nak berganding dengan dia."

Sekali lagi Nathan ketawa. Kali ini terbahak-bahak sampai mengundang pandangan mata meja sebelah menyebelah. Sempat dia jegilkan anak mata. Bimbang kedudukan mereka di sedari.

Dan dia tak faham apa yang kelakar sangat. Dia tak buat lawak pun.

"Dia tu perempuan, Raz. Takkan lah dia nak tunjuk semua tu. Malu lah dia. Engkau yang dah matang ni patut nya man up! Mula kan first step." Ujar Nathan.

"And lagi satu, kau tu tak nampak tua pun Raz. Kalau tidak, takkan lah ramai perempuan berebutkan kau. Yang perempuan tu pulak bukan semua sebaya kau. Ada yang muda-muda lagi. Lagi muda dari anak kau pun ada. So, jangan jadikan benda tu alasan lah!" bebel sahabat nya itu lagi.

Raz mengeluh.

Macam mana dia nak fahamkan Nathan?

Dia dah 24 tahun menduda.

Dia sudah lupa macam mana cara bercinta. Macam mana nak memikat hati wanita.

Kalau sebab rupa semata-mata, dulu pun orang puji dia kacak. Tetapi akhirnya bekas isteri dia tinggalkan dia juga.

Dan yang Nathan kata selama ini perempuan kejar dia itu, itu kerana sekarang dia sudah berduit. Yang mereka mahukan adalah harta dia, pangkat dia.

Penyebab sama juga yang buat dia ditinggalkan dulu.

Semua nya kerana wang semata-mata. Dia hampir kehilangan Mel dulu pun kerana wang.

"Pa? Uncle Nath?" tersentak dia bila mendengar suara itu. Terus rasa gelabah bila terpandang wajah si anak yang sudah berkerut-kerut. Namun, dia cuba sembunyi kan.

Sedangkan Nathan hanya tersengih-sengih. Tak support punya member! At least bagi lah hint.

"Eh, Mel? Mel pun makan sini? Tak perasan pula uncle. Kalau tahu, boleh duduk semeja tadi." Ujar Nathan dalam senyuman.

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now