Bab 35

10.1K 368 11
                                    

POV Tash

Beberapa bulan selepas pulang menunaikan umrah dan bulan madu, Tash rasa kehidupan semakin tenang.

Dia pejabat, Hairina tidak lagi mengganggu nya. Mana kan tidak, usai dia naik kerja, Lucy beritahu yang Hairina sudah di pecat.

Kata nya, atas kes penyelewengan dana syarikat. Rupa-rupanya, Hairina berpakat dengan kekasih hati wanita itu yang bekerja di account department dan memalsukan beberapa invois dan dokumen.

Dia tak sangka pula Hairina ada kekasih sebab gaya wanita itu cuba mengurat suami dia, mati-mati dia ingat Hairina masih solo.

Rupa-rupanya, yang selama ini Hairina selalu tak puas hati dengan dia tu sebab dia selalu berborak dan rapat dengan salah seorang senior accountant di pejabat mereka. Dan lagi, Hairina sangka Tash bakal tahu semua perbuatan jahat wanita itu kerana sejak dia mula bekerja di bawah seliaan Encik Kamal, lelaki itu selalu arahkan Tash untuk semak semua fail syarikat sejak dari 4 tahun kebelakangan ini.

Hairina bimbang, Tash dapat bongkar kegiatan itu jadi, disebabkan itulah Hairina selalu cari pasal. Saja nak buat Tash stress dan akhirnya berhenti kerja.

Tetapi, rancangan jahat wanita itu gagal. Mungkin juga berkat doa dia di tanah suci ketika menunaikan umrah. Langsung Hairina kantoi sendiri bila pihak akaun yang tiba-tiba semak semua itu.

Dia pun tak pasti macam mana kisah sebenar nya, macam mana boleh kantoi. Tetapi dia percaya, setiap perbuatan baik atau jahat pasti akan dapat balasan.

Dan orang yang sentiasa sabar pun akan diberikan ganjaran.

Kerana itulah, ketika Hairina diberhentikan dan jawatan Hairina diserahkan kepada Lucy, wanita itu telah memberi rekomendasi kepada pihak atasan untuk menjadikan dia sebagai pembantu.

Jadi, dari status eksekutif biasa, kini dia merupakan salah seorang senior eksekutif. Naik pangkat, naik gaji, dan bertambah kerja.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Dia hanya bersyukur untuk semua yang telah dikurniakan kepada mereka.

Dan sejak percutian dia dan Raz juga, hubungan Raz dan Amelia semakin baik. Mungkin berjauhan membuatkan masing-masing saling merindui. Dan segala apa sengketa yang masih dia tidak ketahui hingga ke hari ini itu akhirnya terlerai begitu saja.

Kepulangan mereka dari bercuti dulu pun di sambut Amelia dalam tangisan. Bukan main dia peluk Raz macam tak jumpa setahun. Dan dengan dia juga sama. Amelia peluk tak mahu lepas. Rindu yang teramat lah tu gamaknya.

Setelah itu, segala-galanya berjalan normal dan seperti biasa.

Cuma apa yang dia perhati, Raz lebih kerap meluangkan masa di rumah. Tidak ada dah pulang sampai lewat malam. Setiap hari, mereka pasti akan bersarapan dan makan malam bersama. Raz pasti akan pulang bersama-sama Amelia.

Paling lewat pun lelaki itu akan sampai rumah sebelum jam 9 malam.

Dan setiap hari, mereka sempat menunaikan solat isyak berjemaah.

Hubungan dia dan Raz semakin hari semakin tidak boleh dipisahkan. Berkepit macam belangkas. Masih dalam fasa honeymoon gitu!

Dia bahagia seadanya.

Kadang kala dia, Raz dan Amelia akan keluar makan malam bersama di luar. Ada masa, dia biarkan Raz dan Amelia dating berdua di mana-mana, saja beri masa untuk bonding anak-bapa.

Dan ada ketika Raz akan bawa dia keluar berjalan. Berpegangan tangan bak orang baru mula bercinta. Ini kan pengalaman pertama dia. Juga pengalaman baru untuk Raz. Bak kata Raz, mereka berdua kan sedang belajar berkasih sayang. Pegang tangan tu adalah perkara wajib bagi mereka tak kira di mana pun.

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now