Bab 33

4.5K 207 6
                                    

POV Raz

Raz tekun memandang laporan di atas meja dan turun kan tanda tangan. Sempat kerling jam di pergelangan.

"Allahuakbar!" ucap nya kalut bila sudah menginjak ke angka 5 petang.

Dia sudah janji dengan isteri dan anak nya untuk berjumpa kedua-duanya di ballroom. Majlis resepsi nya bakal berlangsung esok malam dan hari ini merupakan final rehearsal.

Disebabkan dia terlalu sibuk kebelakangan ini, dia biarkan saja Tash dan Amelia selesaikan semua perkara. Lagipun, dia tidak kisah akan semua itu. Asal isteri dan anak puas hati, dia keluar duit saja.

Lagi pula, dia bukan saja-saja sibukkan diri. Dia minta Luthfi susun semua jadual nya agar dia dapat bercuti panjang selepas majlis resepsi ini.

Cadang nya hendak bawa isteri menunaikan umrah dan setelah itu melancong ke beberapa buah negara di Eropah. Tash belum tahu lagi tentang ini, tetapi dia awal-awal dah minta pelepasan dari Jazli sewaktu dia hulur kad jemputan tiga minggu yang lalu. Kelebihan orang ada kabel. Heh!

Sebab itu lah jadual dia sekarang ketat. Nak pastikan semua kerja selesai agar dia dapat bercuti dengan tenang tanpa gangguan.

Kemas-kemas meja dan barang-barang penting. Pasti Tash dan Amelia sudah menunggu di Hotel de Palma. Membebel lah si anak nanti kalau tahu yang dia keluar lambat. Ini belum masuk kalau tersangkut dalam kesesakan jalan raya lagi.

"Bro?" dia angkat wajah bila mendengar sapaan itu.

"Nath." Balas nya kembali sambil tangan masih ligat mengemas meja dan susun segala dokumen.

"Kalau ada apa-apa urusan, esok ajelah kita bincang. Aku dah lambat ni. Nanti Mel marah kalau tahu aku belum gerak lagi." Ujar nya lantas bangkit. Capai kot dan briefcase.

"Duduk sekejap, Raz. Ada hal aku nak beritahu ni." Suara Nathan agak serius. Buat dia pandang lelaki itu bersama kerutan di dahi. Apatah lagi bila Nathan sudah duduk di sofa yang terdapat dalam pejabatnya.

"Hal apa?" soal nya sambil berjalan, mengambil tempat di sofa juga. Berdebar-debar pula dada bila melihat reaksi sahabatnya itu.

"Kenapa ni, Nath? Macam serius saja bunyi nya?" dia bertanya lagi bila melihat Nathan tidak bersuara. Sebaliknya hanya memandang wajah nya lama.

Dia tidak perasan langsung akan sampul surat coklat di tangan Nathan sebelum ini. Namun, bila mata terpandang akan benda itu, automatik peristiwa lama terbayang kembali.

Peristiwa di mana Nathan serahkan kepingan gambar dan maklumat tentang kecurangan bekas isteri nya. Riak wajah Nathan juga sama.

Langsung buat jantung nya seakan mahu berhenti berdegup.

Takkan lah...?

Takkan lah Tash...

"Tash curang ke?" bisik nya longlai. Dia sangka mereka baik-baik saja. Walaupun dia sibuk kebelakangan ini tetapi Tash mengerti. 

Atau mungkin sebenarnya tidak? Mungkin kesibukan nya menjadi punca isterinya itu mulai bosan? Sama seperti dulu.

Tetapi perkahwinan mereka baru masuk dua bulan...

"Astaghfirullah al azim! Apa kau merepek ni, Raz?" tinggi sikit nada suara Nathan. Riak wajah lelaki itu kelihatan terkejut dengan soalan nya.

"Tak baik kau sangka dia macam tu." tambah lelaki itu lagi.

Buat Raz urut dada. Lega. Namun, sedikit pun tidak mampu membuang sebarang kemungkinan. Sekalipun dia dapat merasakan yang Tash tidak seperti Mariana, tetapi payah untuk dia yakinkan diri sepenuhnya.

Tambah lagi Tash masih muda. Masih banyak pilihan lain yang lebih layak untuk isterinya itu berbanding dia.

"Kecik hati dia kalau dia dengar, Raz. Dia ada beri sebab untuk kau tak percaya pada dia ke?" sekali lagi Nathan menerjah. Nampak marah bila dia bercakap begitu.

"Susah nak buang rasa tu, Nath." Balas nya rendah. 

Iya, susah untuk dia buang rasa ragu-ragu itu dalam hati nya. Setiap hari dia terfikir-fikir sendiri bila kah agaknya Tash akan berubah hati. Setiap hari bangun tidur dia akan ternanti-nanti andai ada tingkah laku Tash mencurigakan di mata nya.

"Jangan terlalu fikirkan hal lama, Raz. Memang lah tak salah kau ambil benda tu sebagai pengajaran. Tapi kalau kau sama kan isteri kau sekarang dengan isteri kau dulu, tak adil untuk Tash. Sudah lah dia tak tahu apa-apa, kau syak dia bukan-bukan. Tak elok macam tu." ujar Nathan lagi. Dan sudah berkali-kali sebenarnya Nathan dan Luna minta dia berterus-terang pada Tash tentang kisahnya dulu. Kata Luna, itu adalah hak Tash sebagai seorang isteri.

Tetapi dia yang masih belum bersedia untuk bercerita. Dia masih belum yakin untuk membuka kembali hikayat lama.

"Dan apa yang aku bawa ni, tak ada kena mengena pun dengan Tash. Tapi ini tentang Mel." Beritahu Nathan sambil serahkan sampul surat itu kepada nya.

Dia sambut dan buka rakus. Mahu mengetahui isi nya.

"Anak kau suruh orang siasat tentang diri dia sendiri sejak dari lahir sampai sekarang. Of course, as an anonymous tapi aku dapat dokumen tu dari Luna. Transaksi bayaran urusan komunikasi semua dari akaun bank dan email Mel. I think she wants to know about that incident."

Terkedu Raz sekali lagi. Dia selak dokumen dan mata nya tertancap pada perbualan email yang tertera itu.

Tentang kisah penculikan yang berlaku 20 tahun dulu melibatkan puteri kesayangan nya itu.

"Mel dah tahu?" dia letak dokumen itu di atas meja dan picit pangkal hidung. Dia sangka dia mampu sorokkan hal itu selamanya dari pengetahuan Amelia.

Macam mana Amelia boleh terfikir untuk siasat semua ini? Apa punca yang buat anak nya itu bertindak begini?

"Some of them. Tapi aku dah minta budak-budak halang maklumat selebihnya sampai pada dia. Mel berhak dengar semua ni dari mulut kau sendiri, Raz. Kau kena cerita pada dia." tegas Nathan lagi. Malah dah berkali-kali Nathan dan Luna pesan namun dia yang berdegil. Dia rasa dia boleh tutup segalanya kerana dia bimbangkan emosi Amelia.

Malah sejak kecil ketika Amelia ceritakan tentang mimpi yang dihantui anak nya itu pun, dia katakan itu hanyalah sekadar mimpi dan mainan tidur. Walhal, sebenarnya itu adalah pengalaman sebenar Amelia. Pemikiran tanpa sedar anak nya itu yang masih terbayang akan situasi penculikan itu sehingga terbawa ke alam mimpi.

Cuma dia sangka Amelia sudah berhenti mengalaminya. Kerana lama sudah Amelia tidak mengkhabarkan pada nya tentang mimpi sebegitu. Sangka nya ia sudah berakhir lama dulu.

"Kau dengar tak ni, Raz? Cerita pada dia sebelum dia tahu daripada orang lain. Nanti dia akan fikir yang kau belakangkan dia dalam hal ni. Lama-lama nanti dia susah nak percaya kau lagi." Ujar Nathan lagi sebelum lelaki itu bangkit. Tepuk bahu nya perlahan dan melangkah keluar.

Meninggalkan dia termangu-mangu sendiri.





Author note:

Gaisssss! Thank you so much yang komen-komen dekat post I sebelum ni. Support korang tu buat I semangat nak menulis and improve lagi. Love love love ❤️

Insha-Allah, tak lama je lagi cerita Abe Raz & Tash nak habis dah. Follow rapat tau!

Jangan lupa komen, vote and share.

Thank you.

Lots of Love,

fhyuri

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now