Bab 32

10.1K 379 6
                                    

POV Tash

Usai solat maghrib dan mengaminkan doa, Tash tanggal telekung dan sangkut di ampaian. Sejadah juga dia lipat dan sangkut di tempat sama.

Betulkan ikatan rambut dan dia simpul kemas, capai tudung di tempat penyangkut dan dia sarung ke kepala.

Melangkah turun ke bawah. Mahu ke dapur membantu Mak Iti menyediakan makan malam.

Lagipun, Raz beritahu yang suami nya itu akan pulang lambat hari ini. Jadi, nampak gayanya hanya mereka bertiga saja lah makan malam bersama.

Masuk ke ruangan dapur, semerbak aroma kari menerjah hidung. Kuah masih menggelegak di atas dapur sementara dia lihat Mak Iti sedang memotong bawang di table top.

"Sedap nya bau, Mak Iti." Tegur nya lantas menghampiri periuk yang berasap itu. Telan liur dia tengok warna kuah kari itu. Pekat dan membuka selera.

Mujur lah Mak Iti sudah pulang selepas dua hari juga terpaksa bermalam di kampung. Dua hari juga dia kelam kabut menyiapkan makan malam. Dengan tersangkut dalam kesesakan lagi, berkejar memasak lagi.

Nasib baik juga Raz dan Amelia tidak memilih. Makan saja lauk sederhana dan ringkas yang sempat dia masak.

"Kari ikan kerisi. Kebetulan Mak Iti pergi pasar siang tadi, nampak pula ikan tu. Itu yang Mak Iti terus beli. Sedap tu kalau buat masak kari." Ujar wanita itu ramah.

Dan dia, dengan sibuk-sibuk dok mengacau kuah yang sedang mendidih itu. Tak sabar nya nak makan. Dia jarang masak kari dekat rumah sendiri dulu. Selalu rasa tak pass. Warna tak cantik lah, kadang-kadang macam ada rasa yang kurang. Tak sama macam kari ikan kedai mamak punya.

"Ini nak goreng ke, Mak Iti?" soal nya bila melihat ada sayur kobis yang sudah siap di potong dah di basuh dalam besen kecil di sinki.

"Ha'ah. Ini tengah siapkan bahan dia."

"Tak apa, biar Tash goreng." Pelawa nya dan sediakan kuali di atas dapur. Panas kan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah siap di potong wanita itu tadi.

"Mel dah balik ke, Mak Iti. Tak nampak dia pun?" tanya nya sambil tangan masih lincah mengacau sayur di dalam kuali. Tengok bawang hiris sudah sedikit layu, dia masukkan setengah sudu sos tiram dan kemudian tuang kobis tadi dan goreng sebati. Masuk juga garam, sedikit penambah perasa.

"Dah balik tadi. Tapi Mak Iti tengok dia macam tak sihat saja. Balik petang tadi terus naik bilik. Dia kata dia tak turun makan malam ni. Nak rehat saja." Cerita Mak Iti.

Tash kerut dahi. Pelik bin Ajaib. Sebab Amelia tak pernah skip makan malam. Kadang-kadang tu, sampai ke tengah malam melepak pun dia buat gaya macam makan tengahari.

Tadi dia sampai rumah sedikit awal jadi terus dia naik ke bilik dan kemas barang-barang dia sedikit. Kotak-kotak yang dia bawa dari rumah sewa tu belum habis susun lagi sebab Raz baru beli almari baru untuk dia letak segala harta khazanah dia.

Tak tahan mata tengok kotak-kotak bersusun itu. Tu yang dia busy betul. Jadi, memang tidak terserempak langsung dengan Amelia.

"Tak apalah. Abang Raz pun balik lambat kata nya. Kita ajelah makan berdua dulu, Mak Iti. Nanti Tash bawa makanan naik ke bilik Mel." Putus nya lantas matikan api dapur bila kobis itu kelihatan sudah sedikit layu.

Sudahnya, di meja makan besar itu, hanya dia dan Mak Iti berdua menikmati makan malam. Sedap betul kari yang Mak Iti masak. Sempat lah dia mengecek resepi wanita itu.

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now