Bab 5

8.5K 415 19
                                    

POV Tash

Dia tak sedap hati.

Dari tadi lagi dada dia berdebar kencang. Tanpa sebab.

Malah, bukan sejak tadi saja. Sejak pagi tadi sejurus dia terima panggilan dari Amelia lagi.

Amelia kata papa teman nya itu jemput dia ke rumah. Bila dia tanya kenapa, Amelia kata saja-saja. Nak makan-makan dan berkenalan.

Tak pernah hayat. Tiba-tiba saja.

Sejak kali pertama dia berkawan dengan Amelia 4 tahun lepas, dia tak pernah langsung jumpa dengan papa teman nya itu.

Waktu konvo pun tak pernah. Maklum lah, course dia dan Amelia berbeza. Mereka berkawan kerana ada beberapa subjek yang kebetulan sama. Jadi, dari kuliah itu lah mereka jadi rapat dan luang masa berdua.

Dan sepanjang 4 tahun tak pernah sekali dia tanya pasal keluarga Amelia. Amelia saja yang bercerita. Itu pun, dia tak pernah lah tengok gambar ke apa. Dia bukan kaki sosial media dan Amelia juga sama.

Masing-masing jenis saling percaya sesama sendiri. Kalau kata Amelia menipu pun, dia redha saja.

Tapi ini tiba-tiba.

Tiba-tiba nak berkenalan bagai? Kenapa agak nya?

Ke sebab papa Amelia ingat dia hasut Amelia sampai ke Genting baru-baru ini?

Dan, lagi yang menambah tak sedap hati dia bila dia lihat arah dalam GPS dan di mana kereta dia meluncur ketika ini.

Memang lah dia boleh agak Amelia itu anak orang berada berdasarkan cara teman nya itu berbelanja. Tak cukup itu, tengok juga lah kereta yang Amelia pakai. Dia bukan nya naif sangat untuk tahu yang Nissan GTR itu harga nya bukan murah-murah. Ratus ribu tu.

Dan saat Amelia hantar location rumah tadi pun, dah semakin boleh dia agak memang Amelia anak orang kaya.

Tapi, dia tak sangka la kaya sampai tahap rumah besar gila macam ni.

            Dan-dan dia gementar lebih lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dan-dan dia gementar lebih lagi.

Ya Allah, ke papa Amelia ingat dia nak kikis harta Amelia? Entah-entah papa dia ajak jumpa sebab nak bagi cek dua ratus ribu lepas tu halang dia jumpa Amelia sampai bila-bila?

Eh, apa mengarut sangat ni? Macam dah jauh saja pergi nya tu? Lagipun, macam lah dia dan Amelia pasangan bercinta. Tak logik nak follow macam dalam drama!

Telefon bimbit berbunyi buat dia terjerit kecil. Urut dada bila tengok nama Amelia terpapar di skrin.

"Hello beb! Kau dah sampai ke?"

Kalau dia menipu kata ada emergency, agak-agak Amelia percaya tak? Walaupun kereta dia dah 5 minit terparkir di pinggir rumah gadis itu.

Atau patut dia gelar banglo? Rumah agam?

Raz - Sekali Lagi Cinta [C]Where stories live. Discover now